Lambretta J200 Kini Tiba di Malaysia
Lambretta memperkenalkan model terbaharunya, Lambretta J200, buat kali pertama kepada pasaran Malaysia sempena penganjuran Art of Speed 2026 di MAEPS, Serdang.
Kemunculan J200 menandakan kembalinya identiti ikonik siri J yang pernah mencipta nama sekitar era 1960-an, namun kini diterjemahkan semula menerusi sentuhan kejuruteraan moden dan teknologi yang lebih mesra penunggang.

Masih mengekalkan falsafah reka bentuk Itali yang menjadi identiti Lambretta, J200 hadir dengan design yang yang lebih rendah dan memanjang menerusi konsep “Low & Long Architecture”. Ia turut menggunakan binaan badan monokok keluli penuh, sekali gus mengekalkan karakter kukuh dan premium yang sinonim dengan jenama berkenaan.
Rekaan keseluruhan J200 menggabungkan elemen retro dengan perincian kontemporari, menjadikannya sesuai untuk peminat Lambretta tradisional serta generasi baharu yang mahukan sebuah skuter bergaya untuk kegunaan bandar.

Pelancaran rasmi model berkenaan di Malaysia diterajui oleh Bike Continent Sdn. Bhd., selaku pengedar rasmi Lambretta di negara ini, di bawah pimpinan Pengarah Urusannya, Ronnie Chen.
Urusan pengimportan pula dikendalikan oleh Mofaz Motosikal Sdn. Bhd., yang diwakili oleh Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim. Sesi pengenalan produk rasmi disampaikan oleh Pengarah Lambretta bagi rantau Asia Pasifik, Pierre Sainton.
Di peringkat global, jenama Lambretta terus dimiliki dan diuruskan oleh Walter Scheffrahn menerusi Innocenti SA. Struktur tersebut memastikan warisan dan keaslian jenama Lambretta terus dipelihara, sambil mengembangkan rangkaian produk dan kehadirannya di pasaran antarabangsa.

Bersempena dengan pengenalan J200, Lambretta turut mengumumkan kerjasama strategik bersama VICO menerusi kempen “VICO Bytes to Ride”.
Kempen pengguna di seluruh negara itu berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sepanjang tempoh kempen, seramai lapan pemenang akan dipilih pada setiap minggu untuk membawa pulang sebuah Lambretta J200 VICO Edition eksklusif.

Pengenalan J200 bukan sahaja memperluaskan barisan model Lambretta di Malaysia, malah menawarkan pilihan baharu kepada pengguna yang menginginkan sebuah skuter dengan reka bentuk klasik Itali, binaan premium serta ciri moden untuk tunggangan harian.
Baca Juga : Lambretta Malaysia Umum Perancangan Besar Tahun 2026
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!






