Suzuki Malaysia mengumumkan melalui platform sosial media mereka bahawa tiada panggilan semula diperlukan bagi semua unit pemasangan tempatan model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 di Malaysia.
Pengumuman tersebut menandakan komitmen Suzuki Malaysia terhadap kualiti, kepuasan pelanggan, dan keselamatan para pengguna. Dengan memberikan jaminan tertinggi terhadap pengalaman pemilikan, Suzuki Malaysia menegaskan bahawa kesemua unit Gixxer 250 dan Gixxer SF250 yang telah dipasang di Malaysia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Kredit Foto : Facebook Suzuki Malaysia
Sebelum pengumuman ini, berita tentang penarikan balik tiga model dalam barisan 250cc Suzuki telah tersebar melalui laman sosial. Model-model yang terlibat termasuk Suzuki Gixxer 250, Gixxer SF 250, dan V-Strom SX. Isu yang menyebabkan penarikan balik ini adalah masalah dengan aci sesondol enjin yang digunakan dalam model-model tersebut.
Ads
Ketiga-tiga model tersebut berkongsi enjin satu silinder 249cc penyejuk minyak yang sama. Laporan mengenai “abnormal wear” pada enjin telah menjadi perhatian utama, yang kemungkinan disebabkan oleh rawatan haba yang tidak betul semasa proses pembuatan. Keadaan ini berpotensi untuk mempengaruhi kumpulan pengeluaran tertentu, menyebabkan enjin mengeluarkan bunyi tidak normal dan mengalami masalah terhenti secara tiba-tiba semasa penggunaan.
Kredit Foto : Facebook Suzuki Malaysia
Walau bagaimanapun, Suzuki Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa model Gixxer 250 dan Gixxer SF250 yang dipasang di Malaysia tidak terjejas oleh masalah yang sama. Pengumuman mengenai ketiadaan panggilan semula menegaskan komitmen Suzuki Malaysia untuk menyelesaikan masalah dengan teliti dan menjaga kepuasan pelanggan mereka.
Ads
Bagi maklumat lanjut mengenai status model-model Suzuki dan sebarang pertanyaan berkaitan, pengguna boleh menghubungi Suzuki Malaysia melalui emel di info@suzuki.com.my. Suzuki Malaysia berharap untuk terus memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada para pemilik setia mereka di seluruh Malaysia.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Boon Siew Honda memperkenalkan warna baharu untuk model Honda RS-X 150 2024 – Mat Ion Blue Metallic. Pengenalan warna ini menambah pilihan menarik kepada penggemar motosikal yang mencari gaya yang segar dan unik.
Warna baharu ini bakal berada di pengedar Honda sah di seluruh negara bermula esok, 22 Februari 2024. Dengan harga disyorkan bermula dari RM9,798.
Kredit Foto : Facebook Careta
RS-X 150 tampil dengan kekuatan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm tork. Hadir dengan transmisi enam kelajuan, motosikal ini menawarkan prestasi yang seimbang dan responsif untuk pengalaman pemanduan yang memuaskan.
Di samping warna baharu yang memukau, RS-X 150 tetap mengekalkan ciri-ciri standard termasuk sistem brek ABS saluran tunggal di hadapan. Ia juga dilengkapi dengan unit lampu LED penuh untuk pencahayaan yang terang dan jelas, serta meter digital penuh yang memudahkan pembacaan maklumat pemanduan.
Kredit Foto : Facebook Careta
Dengan kombinasi kekuatan, prestasi, dan gaya yang menarik, Honda RS-X 150 2024 dalam warna Mat Ion Blue Metallic adalah pilihan yang menarik bagi peminat motosikal yang mencari pengalaman pemanduan yang serba lengkap dan memuaskan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Yamaha Motor Indonesia terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif dengan memperkenalkan Yamaha Nmax Turbo 2024, sebuah motosikal yang menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk yang mewah.
Artikel ini akan memberikan gambaran terperinci mengenai spesifikasi dan keunikan Yamaha Nmax Turbo 2024, yang direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan.
Spesifikasi Enjin
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Yamaha Nmax Turbo 2024 dilengkapi dengan enjin 155cc Blue Core, VVA, 4 Valve SOHC + YECVT yang berprestasi tinggi. Dengan konfigurasi silinder tunggal dan kapasiti 155.09 cc, enjin ini mampu menghasilkan daya maksimum 11.3 kW pada 8000 rpm dan tork maksimum 14.2 Nm pada 6500 rpm. Gabungan sistem starter elektrik dan pelumasan jenis wet sump memastikan kemudahan dan kecekapan penggunaan.
Rangka dan Suspensi
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Motosikal ini menggunakan rangka jenis underbone yang kukuh dan stabil. Suspensi depan teleskopik dan suspensi belakang unit swing memberikan kestabilan maksimum. Tayar hadapan berukuran 110/70 – 13 M/C 48P dan ban belakang 130/70 – 13 M/C 63P memastikan tunggangan yang selesa dan selamat.
Dimensi dan Berat
Yamaha Nmax Turbo 2024 mempunyai dimensi 1.935 mm panjang, 740 mm lebar, dan 1.200 mm tinggi, menawarkan ruang yang luas untuk penunggang.
Jarak roda 1340 mm dan jarak terendah ke tanah 135 mm memastikan kestabilan ketika pemanduan. Berat motosikal ini adalah 135 kg (Turbo Tech MAX), 133 kg (Turbo), dan 130 kg (Neo). Kapasiti tangki bahan bakar adalah 7.1 liter, mencukupi untuk perjalanan jarak jauh.
Sistem Elektronik
Motosikal ini dilengkapi dengan sistem pengapian TCI dan bateri YTZ6V/YTZ7V. Jenis plug yang digunakan adalah NGK/CPR8EA-9, memastikan prestasi enjin yang optimum dan penggunaan bahan bakar yang efisien.
Ciri-Ciri Canggih
Lampu Depan dan Belakang LED dengan Dual Projector
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Reka bentuk lampu depan dan belakang yang baru memberikan kesan tegas, mewah, dan moden. Dual projector LED memastikan pencahayaan yang optimum dan fokus.
Reka Bentuk Kokpit MAXi
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Ruang kokpit direka dengan teliti untuk memberikan kebanggaan kepada penunggang. Tata letak yang ergonomik dan informatif memastikan pengalaman pemanduan yang menyenangkan.
Tempat Duduk MAXi Comfort
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Tempat duduk berukuran besar mendukung keselesaan ekstra, membolehkan posisi duduk yang fleksibel sama ada berseorangan atau berboncengan. Versi Tech MAX dilengkapi dengan material khusus dan jahitan emas untuk sentuhan kemewahan.
Paparan Navigasi TFT
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Sistem navigasi TFT yang disokong oleh aplikasi Garmin Street Cross membantu penunggang menjelajahi tempat-tempat baru dengan mudah.
Paparan Multi Infotainment dengan Y-Connect
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Paparan speedometer LCD penuh dengan konektiviti Y-Connect memberikan notifikasi pesan dan panggilan, menjadikan komunikasi lebih mudah semasa pemanduan.
Soket Kuasa Elektrik
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Soket kuasa elektrik membolehkan pengisian daya gadget sepanjang perjalanan, memastikan penunggang sentiasa terhubung.
Ruang Simpanan Besar (25 Liter)
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Ruang bagasi dengan kapasiti 25 liter memberikan kemudahan dalam menyimpan barang, sesuai untuk perjalanan jauh dan aktiviti harian.
Sistem Kunci Pintar
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Sistem kunci tanpa anak kunci (keyless) dilengkapi dengan fitur Answer Back System untuk kemudahan mencari motosikal di kawasan parkir.
Sistem Stop & Start
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Sistem Stop & Start (SSS) membantu mengurangkan penggunaan bahan bakar ketika motosikal berhenti.
Ciri-Ciri Keselamatan dan Prestasi
Dual Channel ABS (Anti-Lock Braking System)
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Kontrol pengereman optimal dengan Dual Channel ABS mengurangkan risiko tergelincir ketika brek mendadak.
Sistem Kawalan Traksi (TCS)
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
sistem ini mengurangkan risiko ban belakang selip pada pelbagai permukaan jalan ketika akselerasi.
Tayar Tubeless Lebar
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Tayar tubeless berukuran lebar memastikan kestabilan dan keselesaan semasa bermanuver.
Suspensi Belakang dengan Sub-Tank
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Suspensi dengan setting optimized dan panjang stroke 5mm memberikan kenyamanan pada berbagai kondisi jalan.
Damper Prestasi
Kredit Foto : Website Yamaha Motor Indonesia
Damper prestasi mendukung kestabilan pengendalian semasa perjalanan dan ketika cornering.
Yamaha Nmax Turbo 2024 menggabungkan teknologi canggih, prestasi tinggi, dan reka bentuk mewah untuk memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa. Dengan pelbagai ciri-ciri canggih dan spesifikasi yang mengagumkan, motosikal ini pasti akan menjadi pilihan utama bagi peminat automotif yang menginginkan keselesaan dan kecekapan dalam pemanduan.
Seiring dengan sambutan 60 tahun sejak pelancaran ikonik Mustang oleh Ford, syarikat tersebut telah mengumumkan edisi terhad Mustang untuk tahun 2025. Ford merancang untuk menghasilkan hanya 1,965 unit sahaja edisi khas ini, menjadikannya sebuah kereta “Limited Edition” untuk para pengumpul dan peminat Ford Mustang.
Edisi khas ini tersedia secara eksklusif dalam model coupe dan convertible GT Premium. Pembeli boleh memilih cwarna merah, putih, atau biru dan terdapat juga pilihan palet trim luaran berwarna kelabu, merah, dan perak. Hadir dengan rim reka bentuk klasik Mustang bersaiz 20 inci dan “rim cap” aluminium bewarna merah beserta logo mustang, model ini mirip model Ford Mustang yang dihasilkan pada tahun 1965.
Kredit Foto : Website caranddriver
Mustang Edisi Ulang Tahun ke-60 ini menampilkan lencana pada fender dan bagasi yang terinspirasi dari lencana “cloisonné” Mustang 1965. Teknik kuno ini melibatkan penggunaan “glass paste” berwarna dalam rekaan yang dibakar pada suhu tinggi untuk menghasilkan kesan yang berwarna-warni dan menyerupai enamel.
Di bahagian dalam, edisi ulang tahun ini disertakan dengan lencana panel instrumen bersiri yang menambah keunikannya. Rekaan dalaman Mustang ini juga menyamai skema warna luaran, menampilkan perincian yang serupada dengan tema model kereta tahun 1960-an.
Kredit Foto : Website caranddriver
Mustang juga dilengkapi dengan lampu depan Nite Pony yang bewarna “smoke” dan reka bentuk gril mesh, yang kedua-duanya berfungsi sebagai penghormatan kepada Model Mustang asal tahun 1964 iaitu model yang tetap menjadi titik perdebatan sejarah dalam kalangan peminat Mustang.
Mustang Ulang Tahun ke-60 dijangka tersedia untuk ditempah pada pertengahan tahun ini. Walaupun Ford belum mendedahkan harga, keunikan dan ciri khas edisi ini dijangka akan menjadi rebutan peminat tegar Ford Mustang.
Kredit Foto : Website caranddriver
Menarik tentang model ini adalah pengeluaran Ford Mustang masih diteruskan walaupun sudah berdekat lamanya dan masih mendapat perhatian walaupun banyak model-model kereta lain yang lebih berkuasa dan menarik.
Kami sentiasa menunggu siapakah individu Malaysia yang pertama akan menggunakan Ford Mustang edisi terbaharu ini atau lebih menarik model “Dark Horse”. Kita sama-sama nantikan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Mercedes-AMG telah mendedahkan CONCEPT AMG GT XX. Sebuah coupe empat pintu elektrik yang menandakan model produksi pertama berasaskan platform prestasi tinggi elektrik baharu mereka,...