3 Model Baharu!
Suzuki Malaysia memperkenal tiga model motosikal yang dinanti-nantikan di Malaysia Autoshow 2024 MAEPS Serdang baru-baru ini. Model-model baharu ini, Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R, dan Suzuki V-Strom 800, bakal dilancarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.
Mendahului barisan adalah Suzuki GSX-S1000GX, yang digelar sebagai ‘The Supreme Sport Crossover’. GSX-S1000GX menggabungkan teknologi terkini dengan kemampuan untuk perjalanan jauh, menjadikannya pilihan ideal dalam segmen motosikal kembara berkuasa tinggi.
Ia menawarkan kecekapan suspensi, keselesaan posisi penunggangan, serta perincian bantuan elektronik yang canggih, semuanya meningkatkan prestasi sehingga setaraf sebuah superbike.
Seterusnya..
Suzuki GSX-8R pula mencuri tumpuan sebagai ‘Era Baru Sportbike’. Dikuasakan oleh enjin 776cm³ DOHC jenis engkol 270-darjah kembar-selari. Direka untuk ketangkasan dan tunggangan agresif, model ini sesuai untuk kegunaan bandar dan juga perjalanan jarak jauh yang mencabar. Penampilan yang kemas dan prestasi yang luar biasa dijangka memikat ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi.
Melengkapkan trio ini adalah Suzuki V-Strom 800, model kembara dengan tayar tanpa tiub dan enjin kembar selari 776cm³. V-Strom 800 menawarkan kuasa yang dinamik, kendalian mudah, dan keselesaan tempat duduk yang menjadikan perjalanan jauh lebih menyeronokkan.
Suzuki Malaysia menjemput semua peminat motosikal untuk merasai sendiri model-model baru ini di Malaysia Autoshow 2024. Selain GSX-S1000GX, GSX-8R, dan V-Strom 800, pelbagai model lain juga dipamerkan, termasuk Hayabusa, V-Strom 1050, 800DE, 1050RR, 250SX, dan siri GSX seperti GSX-S1000GT, GSX-8S, Gixxer 250, Gixxer SF250, dan GSX-S150. Raider R150Fi dan skuter baru Burgman Street 125EX serta Avenis 125 turut dipamerkan untuk pengunjung.
Lebih menarik, Suzuki Malaysia menawarkan sesi tunggang uji khas untuk semua pengunjung berdaftar pada hari Sabtu, 25 Mei, dan Ahad, 26 Mei 2024. Pengunjung boleh merasai pengalaman menunggang motosikal Suzuki di kawasan yang disediakan oleh penganjur. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Suzuki Malaysia dan semua model motosikal mereka di Dewan D (Tapak D14 & D17) di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024.
Baca: Suzuki Raider R150Fi EWC1 Dilancarkan di Malaysia Inspirasi daripada Dunia Perlumbaan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Nak lihat dengan lebih dekat model motosikal ini, boleh datang ke Malaysia Autoshow 2024 di booth Honda Big Wing.
#rodapanas #rodapanasmy #rodapanasmalaysia #hondacbr #cbr650rr #cbr650 #malaysiaautoshow2024″ />