Di antara persoalan yang kerap bermain di fikiran peminat motosikal ialah berkaitan saiz fizikal mereka berbanding motosikal.
Ini terutamanya di kalangan anda yang memiliki fizikal yang mungkin sedikit besar atau dalam erti kata lain bersaiz 5XL. Contohnya bolehkah anda menunggang Modenas Ninja ZX25R?
Bagi menjawab persoalan di atas, RODA PANAS ingin tegaskan jawapannya adalah ya! Percaya atau tidak RODA PANAS akan huraikan melalui artikel ini.
Baru-baru ini RODA PANAS telah berpeluang untuk pandu uji sebuah jentera yang menjadi idaman anak muda pada masa kini iaitu Modenas Ninja ZX25R. Model ini telah dilancarkan pada September 2023 dan 100 pemilik pertama sangat bertuah kerana mereka telah diraikan pada majlis pelancaran tersebut.
Secara ringkas, model ini menggunakan enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 250cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan output kuasa 44hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500rpm. Lebih menarik perhatian adalah deruman enjin 4 inline yang sudah pasti mencuri perhatian penunggang lain ketika berada di jalan raya.
Menjawab kepada persoalan di atas, adakah sesuai jika seseorang individu berbadan besar menunggang motosikal “sport bike” 250cc ini? Kita tidak mahu sebut tentang kelajuan tetapi kita ingin berbicara tentang keselesaan.
Ads
Penulis sendiri mempunyai saiz badan yang agak besar iaitu mempunyai berat 120kg dan tinggi 180cm dan bagi merasa sendiri pengalaman menunggang motosikal ini penulis telah menunggang sejauh 100KM daripada Shah Alam ke Jugra di Banting Selangor dan berpatah balik semula ke Shah Alam. Perjalanan 100KM ini merangkumi laluan lebuh raya, jalan di kawasan perkampungan serta jalan besar utama di dalam daerah Kuala Langat.
“Riding Position”, selesa atau tidak?
Secara fizikalnya mungkin kita boleh lihat saiz motosikal ini agak kecil dan hampir sama dengan model Modenas Ninja 250 tetapi sudah pasti jika menggunakan enjin 4 silinder saiz motosikal ini akan lebih lebar berbanding dengan model 250 yang lain.
Namun apa yang penulis ingin sampaikan adalah daripada segi tempat duduk motosikal ini adalah cukup lebar bagi individu yang berbadan besar. Anda boleh mengatur “Seating Position” mengikut keselesaan anda kerana ruang tempat duduk cukup lebar untuk anda bergerak.
Ads
Dengan berat penunggang yang “oversize”, berapa “top speed” motosikal ni?
Motosikal ini mempunyai berat kering 184kg dan jika ditambah dengan berat penunggang sudah pasti melebihi 300kg. Penulis telah mencuba kelajuan maksimum motosikal ini dengan saiz badan yang dinyatakan tadi dan penulis telah mencatat kelajuan maksimum sehingga 180km/j di lebuh raya. Jadi walaupun anda mempunyai berat badan yang agak besar tetapi motosikal ini masih mampu menghasilkan kelajuan yang tinggi dan bagi penulis ianya sudah cukup untuk sebuah jentera 250cc.
Sistem Suspensi Agak Lembut
Ads
Satu perkara yang penulis rasa perlu ada penambahbaikan adalah daripada segi sistem suspensi di bahagian belakang. Pertama, apabila penulis duduk sahaja di atas motosikal ini, secara drastik bahagian tempat duduk belakang terus menjadi rendah dan kaki penulis mampu untuk memijak tanah sepenuhnya.
Kedua, ketika mengambil selekoh dalam keadaan yang laju, sistem suspensi akan berayun dan motosikal boleh hilang keseimbangan kerana faktor suspensi yang terlalu lembut.
Modenas mungkin telah maklum tentang isu ini dan penulis ada mendengar khabar angin bahawa untuk model Modenas Ninja ZX25R-R untuk tahun 2024 akan hadir dengan sistem suspensi belakang daripada jenama Showa yang boleh laras. Sekiranya betul, motosikal ini bakal menjadi sebuah motosikal yang cukup sempurna.
Secara kesimpulanya penulis sangat berpuas hati dengan motosikal ini dan bagi individu yang mempunyai badan yang agak besar jangan risau motosikal ini sesuai dengan anda dan penulis pasti anda akan rasa untuk tunggang motosikal ini setiap hari.Harga semasa Modenas Ninja ZX25R adalah RM33,900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans namun untuk model ZX25R-R harga dan model itu sendiri masih belum diumumkan oleh pihak Modenas.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Suzuki V-Strom 250SX hadir ke pasaran tempatan sejak Ogos 2024. Ikutkan, pada hari penyerahan kunci batch pertama haritu, kami nak pandu uji namun kekangan masa. Jadi, kami pinjam pada minggu ini untuk tunggang uji motor sejauh 150 km – harapnya dapatlah memberi pandangan yang bermanfaat.
Reka Bentuk V-Strom 250SX
Secara kasar, model ini memang 100% nampak seperti adventure bike. Ya betul. Namun, sebab ada huruf ‘SX’ di belakang yang bermaksud ‘Sport Crossover’. Ia mempunyai jiwa kesukanan walaupun dimensi motor kembara.
Paruh adventure bike di depan memang sudah menjadi DNA bagi mana-mana motor sebegini. Lampu utama depan dan belakang sepenuhnya LED. Casis yang tirus dan tegap menambah keyakinan kepada penunggang – terutama yang baru.
Keyakinan menunggang, menyelit dalam apa jua keadaan yang boleh terjadi di atas jalan.
Tunggang Jarak Jauh
Cukup dengan mekanikal. Apa rasanya bawa 250SX? Lenguh ke tidak? Berbaloi ke dengan harga? Baiklah.
Kami telah pandu uji sejauh 150 km di sekitar Selangor dan mendapati model ini boleh dikatakan ‘All Rounder’. Sebabnya?
Penulis sengaja memilih jalan yang mungkin dilalui oleh pemilik 250SX iaitu jalan persekutuan, lebuhraya dan bandar. Apa yang boleh diperhati, setiap permukaan jalan yang dilalui, model ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jalan Persekutuan – Hantaran kuasa sekata
Lebuhraya – Lincah
Jalan Bandar – Jarak penglihatan luas, lebih selamat
Bermula dari barat Selangor, penulis melalui lebuhraya dengan keadaan trafik yang sederhana. Berat motor hanya 167kg – sedikit membuang dan tidak stabil ketika melintasi kenderaan besar namun tidak kritikal.
Selepas itu, penulis cuba melalui jalan bandar ketika waktu sesak. Ketinggian tempat duduk 835mm sangat membantu ketika sesak – jarak penglihatan lebih luas dan hampir sama tinggi dengan 4×4.
Seterusnya, jalan persekutuan. Transmisi enam kelajuan dengan kuasa sekitar 26 HP & 22.2 Nm tork memberi hantaran yang sekata dan tidak agresif – sesuai ketika jalan sesak atau ketika anda nak santai.
Posisi badan menegak dengan handlebar yang tinggi sangat membantu dalam mengurangkan lenguh tapi bukan getaran. Jadi pakai glove yang mesra getaran. Kaki tiada masalah, tiada isu.
Harga Suzuki V-Strom 250SX bermula dari RM17,800 dengan tiga pilihan warna Kuning, Oren dan Hitam. Boleh kunjungi pengedar sah Suzuki Malaysia untuk ketahui lebih lanjut.
Pahang memang lokasi terbaik untuk rider motosikal yang suka “Ride Layan Corner” dan nikmati keindahan alam.
Kalau anda semua tengah mencari lokasi lepak yang best hujung minggu ini, jom tengok 5 cadangan lokasi ride layan corner di Pahang ni!
1. Lebuhraya Karak
Lebuhraya Karak adalah laluan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke pantai timur. Dengan selekoh-selekoh yang mencabar dan jalan raya yang baik, ia adalah laluan yang popular untuk rider motosikal.
Kredit Foto : Website pahangmedia.my
Pemandangan hutan dan perbukitan di sepanjang jalan membuatkan perjalanan lebih menarik dan mengasyikkan.
Selain itu lebuhraya yang lebar dan luas menjadi salah satu faktor lokasi laluan ni sesuai untuk layan corner.
2. Genting Highland
Genting Highland bukan setakat tempat pelancongan sahaja, tapi juga destinasi ride yang padu. Dengan cuaca yang agak sejuk, ride pun tidak berpeluh.
Kredit Foto : Facebook ASEAN Skyline
Jalan ke sini penuh dengan selekoh tajam dan pemandangan gunung yang memang cun habis. Memang perfect untuk anda yang suka cabaran!
3. Bukit Tinggi
Bukit Tinggi, terletak berhampiran Genting Highland, adalah satu lagi destinasi popular untuk rider.
Jalan menuju ke sini menawarkan selekoh yang mencabar dengan pemandangan indah hutan hujan tropika.
Di Bukit Tinggi, anda boleh singgah di Colmar Tropicale, sebuah resort yang menyerupai perkampungan Perancis yang unik.
Tempat ni memang sesuai untuk rehat seketika sambil menikmati suasana tenang.
4. Bukit Fraser
Bukit Fraser ni port klasik untuk rider.
Kredit Foto : Website Tratenor
Jalan sempit dan berliku, pemandangan hutan hijau, memang best.
Ride kat sini memang cabar skill anda semua. Sampai puncak, udara sejuk dan pemandangan cantik menanti.
5. Cameron Highland
Cameron Highland terkenal dengan ladang teh dan cuaca sejuk. Laluan ke sini penuh selekoh tajam dan jalan berbukit, memang syok!
Kredit Foto : Website goingplaces.malaysiaairlines
Boleh berhenti sekejap minum teh sambil nikmati pemandangan ladang teh yang luas.
Terdapat 2 laluan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai. Bagi anda yang berkemahiran layan corner boleh menggunakan laluan Tapah kerana laluannya agak sempit dan selekoh yang begitu tajam.
Tip Ride Dengan Selamat
1. Patuhi Had Laju
Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan. Had laju bukan sahaja ditetapkan untuk keselamatan anda tetapi juga untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
2. Pakai Pakaian Keselamatan
Pakai topi keledar yang diluluskan dan sesuai dengan saiz kepala anda.
Gunakan jaket, sarung tangan, dan kasut yang sesuai untuk melindungi badan anda daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
3. Jaga Jarak Selamat
Pastikan anda mengekalkan jarak selamat antara anda dan kenderaan di hadapan. Ini memberi anda ruang untuk bertindak balas sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka.
4. Periksa Keadaan Motosikal
Sebelum menunggang, pastikan motosikal anda dalam keadaan baik. Periksa tayar, brek, lampu, dan minyak enjin secara berkala.
5. Elakkan Menunggang Dalam Keadaan Penat
Jangan menunggang jika anda letih dan mengantuk.
Keadaan ini boleh mengurangkan keupayaan anda untuk memberi tumpuan dan bertindak balas dengan cepat jika ada sebanrang kecemasan.
6. Patuhi Isyarat Lalu Lintas
Sentiasa patuhi isyarat lalu lintas. Jangan melanggar lampu merah atau tanda berhenti. Ini boleh menyebabkan kemalangan yang serius.
7. Gunakan Laluan yang Betul
Gunakan laluan motosikal yang disediakan jika ada. Elakkan menunggang di lorong yang dikhaskan untuk kenderaan lain.
8. Waspada Pada Kenderaan Besar
Berhati-hati apabila berada berdekatan dengan kenderaan besar seperti lori dan bas. Kenderaan besar mempunyai titik buta yang besar, jadi pastikan anda sentiasa berada dalam penglihatan pemandu kenderaan tersebut
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Hyundai Motor Company dengan bangganya melancarkan IONIQ 5 ASEAN Tour “Go Far with Zero Worries”, meliputi laluan luar biasa sepanjang 2,751 kilometer merentasi Asia Tenggara.
Upacara ‘flag-off’ telah berlangsung di Pusat Inovasi Hyundai Motor Group Singapore (HMGICS) pada 20 November 2023 dan konvoi ini dijangka mengakhiri jelajah mereka di Istana Diraja Ho Chi Minh City di Vietnam pada 30 November 2023.
Menurut Presiden Hyundai Motor ASEAN Headquarters, Youngtack Lee, konvoi ini terdiri daripada tiga kereta dari HMGICS dan dua Hyundai Motor Manufacturing Indonesia (HMMI) ingin mempamerkan kebolehpercayaan, kelestarian alam dan keupayaan perjalanan jarak jauh Hyundai IONIQ 5.
Perjalanan merentasi lima buah negara di Asia Tenggara ini bermula di bandaraya yang bertenaga di Singapura seterusnya melalui Malaysia, Thailand, Kemboja, dan berakhir di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Jelajah yang di inspirasi dari Korea Selatan ini menyaksikan kerjasama antara Persatuan Automobil Singapura (AAS) dan Pasaran Dalam Negeri Hyundai Korea, merentasi Semenanjung Korea ke Pulau Jeju.
Kini, dengan penyertaan Pusat ASEAN Hyundai Motor, pengembaraan epik ini menandakan tonggak penting, bertujuan untuk meletakkan jangkaan dan menentukan semula landskap automotif dengan teknologi terkini.
24 peserta dari pelbagai latar belakang, termasuk wakil daripada Hyundai Motor Company, AAS, ahli kelab Hyundai, pengaruh komuniti tempatan di seluruh negara ASEAN, dan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dari Indonesia dan Thailand, akan turut serta dalam perjalanan ini.
Melewati lebih daripada 20 destinasi ikonik, seperti Penang Heritage Walk di Malaysia dan Kuil Bayon di Kemboja, IONIQ 5 ingin membuktikan bahawa ia mampu menjadi kenderaan yang boleh dipercayai untuk perjalanan jarak jauh.
Ciri inovatif IONIQ 5 Vehicle to Load (V2L) membolehkan ia berfungsi sebagai port pengecasan, memberi manfaat bukan sahaja kepada peserta jelajah tetapi juga komuniti tempatan sepanjang laluan.
Teknologi berfikiran progresif ini mencerminkan komitmen Hyundai terhadap mobiliti pintar dan mampan, menukar IONIQ 5 menjadi daya pendorong untuk perubahan positif di seluruh rantau ASEAN.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Twilight Blue Jadi Identiti Baharu Vanguard 250 SE
Aveta Malaysia meneruskan rentak agresifnya dalam segmen skuter tempatan apabila memperkenalkan warna baharu Twilight Blue untuk rangkaian...