Sempena majlis perasmian Mforce SmartShop W H S Motor Sdn. Bhd. di Banting, QJMOTOR Malaysia melancarkan sebuah model baharu yang pasti mencuri perhatian penunggang muda iaitu QJMOTOR SRK250R.
Model sportbike 249cc ini bukan sekadar tampil agresif, malah membawa teknologi moden dengan harga mampu milik.
Harga Promosi & Varian Warna
Bagi 1,000 pemilik terawal, SRK250R ditawarkan pada harga pengenalan RM9,988.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Red Silver, Blue dan Black, kesemuanya dengan grafik sporty yang menonjolkan identiti agresif jentera ini.
Enjin & Prestasi
Di sebalik rekaan tajamnya, SRK250R digerakkan oleh enjin silinder tunggal, 4-injap, DOHC, penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 20.5kW (27.5hp) pada 9,500rpm serta 22.5Nm tork pada 7,250rpm.
Dengan konfigurasi bore x stroke 72.0mm x 61.2mm, ia dipadankan bersama kotak gear 6-kelajuan dan klac basah berbilang plat untuk penukaran gear yang lancar.
Ads
Sistem suntikan bahan api EFI pula memastikan respons pendikit lebih tepat dan efisiensi bahan api lebih baik.
Rekaan & Dimensi
SRK250R dibina dengan dimensi kompak yang sesuai untuk penunggang Asia.
Panjang motosikal ini adalah 2,010mm, lebar 770mm, tinggi 1,125mm, dengan jarak roda 1,360mm.
Tempat duduk pada ketinggian 780mm memberi posisi menunggang sporty tetapi masih mesra harian.
Ads
Dengan berat hanya 162kg dan tangki bahan api 12.5 liter, ia cukup seimbang untuk kegunaan bandar mahupun untuk perjalanan jarak jauh.
Suspensi & Brek
Bahagian hadapan dilengkapi fork terbalik (USD) manakala belakang menggunakan monoshock boleh laras untuk kawalan yang lebih baik di selekoh.
Kuasa henti pula datang daripada brek cakera 300mm di depan dan 240mm di belakang, lengkap dengan ABS dwi-saluran.
Tayar 110/70-R17 di hadapan dan 140/60-R17 di belakang memastikan cengkaman stabil sama ada di jalan basah atau kering.
Ads
Teknologi & Kelengkapan
Sebagai sportbike moden, QJMOTOR SRK250R hadir dengan ciri yang menyenangkan penunggang:
Paparan meter digital penuh warna
Sistem lampu LED penuh (depan, belakang & isyarat)
Lampu hazard & windscreen statik
Port pengecasan USB Type-A & Type-C
Sistem Bluetooth terbina dalam dengan fungsi panggilan telefon serta integrasi WhatsApp – unik untuk kelasnya.
Jaminan & Sokongan
Setiap pembelian hadir dengan jaminan pengeluar 2 tahun tanpa had perbatuan, selain kemudahan membeli alat ganti tulen secara atas talian melalui Mforce Bike Holdings.
Ini memberi keyakinan tambahan kepada pemilik yang risau soal penyelenggaraan.
Pakej Entry-Level yang Berbaloi
Dengan harga bawah RM10k, rekaan sporty, kuasa hampir 28hp dan kelengkapan moden termasuk ABS serta Bluetooth, QJMOTOR SRK250R hadir sebagai pakej lengkap untuk penunggang muda yang mahu naik taraf dari kapcai ke sportbike.
Ia bukan sekadar motosikal harian, tetapi tiket masuk ke dunia “big bike” dengan gaya, teknologi dan sokongan selepas jualan yang diyakinkan oleh Mforce.
Platform ride-hailing di Malaysia akan menyambut kedatangan pemain baru yang bernama BOLT, yang bakal menjadi pesaing utama bagi syarikat perkhidmatan ride-hailing terkemuka negara ini, iaitu Grab.
BOLT, yang sebelum ini dikenali sebagai Taxify sejak ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Markus Villig dari Estonia, telah membuat penanda aras dengan menyenaraikan jawatan pengurus negara di LinkedIn, menandakan langkah ke hadapan dalam rancangan perniagaannya di Malaysia.
Menurut laporan, BOLT mempunyai lebih daripada 150 juta pelanggan dan tiga juta pemandu di 45 negara, termasuk di Bangkok, Thailand, di mana syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Bolt Rides untuk perkongsian tunggangan individu dan Bolt Business yang menyasarkan pasaran korporat.
Kredit: Bolt
Bolt juga memperkenalkan pelbagai inisiatif keselamatan dalam aplikasinya, termasuk pengesahan swafoto pemandu, pemantauan keselamatan perjalanan, perkongsian status perjalanan, dan butang SOS, yang telah diumumkan pada awal tahun ini di Thailand.
Dalam misi mereka, Bolt menyatakan bahawa mereka adalah aplikasi super mobiliti Eropah yang pertama, yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan bandar dan menentang penggunaan kereta persendirian dengan menyediakan alternatif yang lebih baik, termasuk perkhidmatan ride-hailing, kereta kongsi, skuter, serta penghantaran makanan dan barangan runcit.
Kehadiran BOLT di Malaysia pastinya akan memberikan pilihan yang lebih luas kepada pengguna dan menambah elemen persaingan yang sihat dalam pasaran ride-hailing tempatan. Dengan inovasi dan komitmen terhadap keselamatan dan kualiti perkhidmatan, syarikat ini berpotensi untuk menjadi pemain penting dalam landskap ride-hailing Malaysia yang sentiasa berkembang.
Mulai Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter. Penetapan harga ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan semula subsidi bahan api.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Harga baru ini ditentukan berdasarkan purata harga pasaran pada bulan Mei 2024, mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.
Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan bahawa harga diesel semasa akan diumumkan setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan. “Namun, kerajaan akan terus memantau keadaan semasa bagi mengelakkan ketidakstabilan harga.
Petrol & Diesel
Kerajaan dah bertahun-tahun mengawal harga di stesen-stesen minyak. Ada kaedah yang kita boleh stabilkan harga. Jadi, kalau ada lonjakan harga kita akan cuba stabilkan harga,” katanya pada Sidang Media Penyasaran Subsidi Diesel.
Beliau juga menegaskan bahawa penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan golongan yang benar-benar layak menerima manfaat tersebut, sekaligus menghentikan ketirisan yang merugikan rakyat dan negara.
Langkah ini dijangka akan mengurangkan kerugian daripada aktiviti ketirisan, membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun.
Petrol in liquid
“Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak kita,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, tiada tarikh tutup ditetapkan bagi permohonan bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani. Sebanyak 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama bawah inisiatif tersebut pada Isnin.
Pump nozzles in gas station
“Sekali lagi, saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang layak untuk memohon bantuan tunai ini. Mereka yang memohon pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan Jun dan seterusnya. Mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan permohonan dan seterusnya,” katanya.
Sebelum penyelarasan semula, harga diesel di Malaysia dijual pada empat harga yang berbeza mengikut subsidi: RM1.65 bagi nelayan, RM1.88 bagi pengangkutan awam darat, RM2.15 bagi kenderaan komersial dan persendirian, serta pernah mencecah RM3.60 bagi sektor komersial tanpa subsidi.
Piquadro x Ducati: Gabungan Inovasi dan Gaya yang Menakjubkan
Dalam dunia automotif dan fesyen, kolaborasi yang menyatukan dua nama besar sering kali menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Kali ini, Ducati, ikon motosikal dari Itali, berganding bahu dengan Piquadro, jenama aksesori perjalanan mewah, mempersembahkan koleksi eksklusif yang mencerminkan inovasi dan gaya.
Koleksi Piquadro x Ducati
Beg Sandang Roll-Top
Reka bentuk eksklusif ini mengambil inspirasi daripada koleksi Piquadro Corner, menampilkan kombinasi warna ikonik merah dan hitam.
Ciri utama:
Kompartmen khusus untuk PC dan iPad®
Kalis air
Tali dada untuk kestabilan tambahan
Lampu basikal mudah alih
Perlindungan RFID anti-penipuan
Beg ini sempurna untuk gaya hidup aktif di bandar atau pengembaraan luar.
Troli Polikarbonat
Terinspirasi daripada siri Piquadro PQ POP, troli ini menawarkan gabungan ringan, ketahanan, dan estetika.
Dilengkapi dengan bumper pelindung dan roda yang boleh ditukar ganti, troli ini adalah pilihan terbaik untuk perjalanan yang lancar dan bergaya.
Troli Kabin Aluminium Edisi Terhad
Mewah dan unik, hanya 300 unit troli ini akan dihasilkan.
Dibuat daripada aluminium anodized dengan kemasan separa matte
Roda berganda ultra-senyap
Sistem teleskopik tiga peringkat
Kunci snap berganda dengan kombinasi TSA
Troli ini melambangkan keunggulan dalam reka bentuk dan fungsi, menjadikannya teman perjalanan yang sempurna untuk pengembaraan global.
Kemunculan di Pasaran
Koleksi Piquadro x Ducati akan tersedia mulai pertengahan April 2025, manakala troli aluminium edisi terhad boleh dipesan awal mulai 14 Februari 2025 dengan penghantaran pada April.
Dengan jumlah yang terhad kepada 300 unit, ini adalah peluang anda untuk memiliki sebahagian daripada kolaborasi yang penuh prestij ini.
Gabungan Piquadro dan Ducati
Piquadro dan Ducati adalah simbol seni dan kejuruteraan yang disatukan dalam kesempurnaan.
Setiap item direka untuk memberikan keseimbangan antara fungsi dan gaya, menjadikannya pelengkap ideal untuk perjalanan anda, sama ada di bandar, di alam semula jadi, atau merentas benua.
Untuk peminat Ducati, ini adalah peluang anda untuk menambah koleksi peribadi daripada jenama terkemuka ini.
BYD Tech Discovery Himpun Teknologi EV Terkini
BYD Malaysia bersama DENZA dan BYD Sime Motors melancarkan BYD Tech Discovery, sebuah jelajah teknologi EV pertama di...