Masyarakat Malaysia bakal menerima kehadiran jenama kenderaan off-road premium yang baru, JAECOO, yang berasal dari China. Kehadiran ini membawa bersamanya slogan yang menyentuh hati, “Daripada Klasik, Kini Melangkaui Klasik,” menandakan identiti yang unik yang menarik minat golongan profesional moden yang menghargai keserbagunaan dalam gaya hidup mereka.
Model pertama yang bakal mendarat dengan gemerlapan ialah JAECOO J7, sebuah SUV yang memukau dengan reka bentuk luaran yang menarik, sejajar dengan falsafah jenama yang diusung. Komitmen terhadap kemajuan teknologi sangat jelas dengan kehadiran cip pemprosesan 7 nm Qualcomm 8155 yang berdaya, membolehkan kenderaan ini menjalankan arahan dengan cekap dan responsif, disertai dengan skrin panorama 14.8 inci dan paparan digital yang canggih.
Kredit Foto: Autoworld.com.my
Tidak lupa akan sifat asalnya sebagai kenderaan off-road, JAECOO J7 datang dengan Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan (ARDIS) dan pelbagai sistem bantuan pemanduan terkini untuk keselamatan maksimum, diiringi dengan kerangka keluli yang kukuh bagi melindungi pemandu dan penumpang.
Ads
Walau bagaimanapun, sebahagian besar rahsia mengenai jenama ini masih tersembunyi menjelang pelancaran rasmi model pertama pada tahun yang akan datang. Kekurangan butiran terperinci JAECOO J7 telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam di kalangan peminat kenderaan off-road premium, yang kini tertunggu-tunggu untuk mendedahkan maklumat lanjut mengenai model ini.
Ads
1 of 4
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Lando Norris kembali mengecapi kemenangan dalam gaya dramatik di Grand Prix Austria selepas menewaskan rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, dalam pertarungan mendebarkan sepanjang perlumbaan. Saingan kejuaraan, Max Verstappen pula terkeluar awal selepas insiden di pusingan pertama.
Norris bermula dari petak utama dan mendahului di selekoh pertama, namun terus diasak hebat oleh Piastri. Pelumba Australia itu beberapa kali mencuba untuk memintas dan sempat mendahului seketika, sebelum Norris kembali mengambil alih kedudukan.
Aksi paling mencemaskan berlaku di selekoh keempat apabila Piastri terkunci brek dan hampir melanggar belakang Norris. Strategi Piastri yang melanjutkan penggunaan tayar permulaan gagal memberikan kelebihan mencukupi. Walaupun Piastri mencatat masa pantas dalam fasa pertengahan dan akhir perlumbaan, Norris kekal tenang dan mempertahankan kedudukan pertama hingga ke garisan penamat.
Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat Norris musim ini, dan yang pertama sejak GP Monaco bulan lalu.
Tanpa kehadiran prinsipal pasukan Ferrari, Fred Vasseur, yang pulang atas urusan peribadi, Ferrari tetap menunjukkan prestasi konsisten dengan Charles Leclerc menaiki podium dan Lewis Hamilton di tempat keempat.
George Russell satu-satunya pelumba Mercedes yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Rakan sepasukan rookie, Kimi Antonelli, terlibat dalam insiden pelanggaran dengan Verstappen di selekoh ketiga dan kedua-duanya terpaksa bersara. Antonelli dikenakan penalti tiga petak grid untuk perlumbaan seterusnya.
Liam Lawson mengekalkan prestasi baik dengan menukar petak enam kepada kedudukan keenam di akhir perlumbaan. Fernando Alonso (Aston Martin) dan Gabriel Bortoleto (Kick Sauber) masing-masing berada di kedudukan ketujuh dan kelapan, dengan Bortoleto meraih mata sulung F1 selepas pertarungan sengit dengan Alonso.
Nico Hulkenberg menunjukkan pemulihan hebat dari belakang grid untuk meraih mata buat kali ketiga berturut-turut, membantu Sauber mendapatkan mata berganda. Esteban Ocon melengkapkan senarai 10 teratas untuk Haas.
Ollie Bearman di tempat ke-11 di belakang Ocon, diikuti Isack Hadjar dan Pierre Gasly yang bergelut dengan isu imbangan jentera Alpine. Lance Stroll pula gagal mengulangi prestasi cemerlang semasa latihan apabila sekadar di tempat ke-14.
Franco Colapinto dan Yuki Tsunoda menjadi pelumba terakhir melintasi garisan penamat. Colapinto dikenakan penalti lima saat selepas hampir bertembung dengan Piastri semasa dilencong. Tsunoda pula dikenakan penalti 10 saat kerana menyebabkan Colapinto berpusing awal perlumbaan.
Antara yang gagal menamatkan perlumbaan ialah Verstappen, Antonelli, serta dua pelumba Williams – Alex Albon dan Carlos Sainz, yang tidak sempat memulakan perlumbaan akibat jentera terkandas di grid.
“Ia perlumbaan yang mencabar, penuh tekanan dari awal hingga akhir – panas, meletihkan – tapi keputusan yang sempurna untuk pasukan,” kata Norris. “1-2 adalah impian kami, dan kami berjaya sekali lagi. Pertarungan saya dan Oscar memang sengit, sangat menyeronokkan – walaupun penuh tekanan buat saya! DRS di sini sangat berkuasa, jadi memang susah nak menjauh darinya, tapi selepas itu saya dapat kawal dengan baik.”
Seterusnya: F1 akan terus ke Silverstone untuk Grand Prix Britain pada hujung minggu 4-6 Julai.
BMW Mexico menyambut ulang tahun ke-30 dengan melancarkan BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun versi edisi terhad, khusus untuk pasaran Mexico. Dengan hanya 30 unit yang ditawarkan, model ini menjadi simbol penghargaan terhadap legasi BMW di Mexico.
Direka oleh pereka Mexico, José Casas, yang kini berpusat di Munich. M2 Edisi 30 Tahun ini merupakan gabungan warisan sukan BMW dan bakat rakyat Mexico yang semakin terserlah di arena antarabangsa.
BMW M2 Edisi 30 Tahun ini dikuasakan oleh enjin 3.0L enam silinder sebaris yang menghasilkan tenaga luar biasa sebanyak 480 hp dan 550Nm tork. Memberikan pengalaman pemanduan yang penuh kuasa dari putaran rendah 2,650 RPM hingga ke 6,130 RPM.
Dilengkapi dengan teknologi M TwinPower Turbo ikonik BMW. Model ini menggabungkan injeksi presisi tinggi dan kawalan injap yang boleh disesuaikan.
Kereta ini digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Sistem pacuan roda belakang. Kawalan cengkaman M (M Traction Control) dan Active M Differential yang memastikan cengkaman yang sempurna di setiap selekoh.
Transmisi manual pada model ini dilengkapi dengan Gear Shift Assistant, yang direka untuk memastikan penukaran gear ke bawah berjalan lancar.
Namun, bagi mereka yang benar-benar ingin merasakan pemanduan tulen, fungsi ini boleh dimatikan untuk memberikan kawalan penuh kepada pemandu.
Rekaan enjin model ini pula diinspirasikan daripada perlumbaan, menggunakan bahan ringan serta teknologi terkini yang memastikan prestasi maksimum di atas litar.
Dari segi reka bentuk, model ini hadir dengan dua pilihan warna eksklusif — BMW Individual Frozen Portimao Blue dan Frozen Pure Grey.
Di dalamnya, BMW menampilkan suasana dalaman sporty dengan aksen gentian karbon. Tempat duduk kulit Merino dan roda stereng Alcantara M Sport. Semua elemen ini menyempurnakan keanggunan serta ketangkasan model ini. Menjadikannya pilihan ideal bagi penggemar BMW dan pengumpul kereta sport di Mexico.
BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun kini boleh didapati di bilik pameran seluruh Mexico dengan tanda harga sebanyak $121,700 USD. Edisi ini bukan sahaja simbol pencapaian BMW di Mexico tetapi juga penghormatan terhadap dedikasi dan inovasi yang menjadikan jenama ini unggul dalam industri automotif.
Kalau pembaca peminat motosikal naked, tahun 2025 ni memang penuh dengan pilihan best yang boleh mengundang tabung simpanan anda. Kebanyakannya menggabungkan teknologi moden, prestasi padu, dan rekabentuk agresif.
Motosikal naked semakin menjadi pilihan utama penunggang yang mahukan pengalaman tunggangan terbaik tanpa perlu mengorbankan tulang belakang anda. Penulisan kali ini kita akan tengok antara model naked terbaik yang ada di pasaran Malaysia tahun ni!
MT-09 tahun 2025 masih mendominasi segmen naked bike dengan enjin CP3 yang penuh dengan ‘torque’ menggila! Dengan teknologi quickshifter, mod tunggangan canggih, serta rekaan yang makin garang, jentera ni memang jadi kegilaan rider yang nak rasa prestasi liar dengan kawalan yang mantap.
Kawasaki Z900 terus menjadi pilihan popular sebab keseimbangan antara kuasa dan keselesaan. Enjin 948cc DOHC empat silinder ni menghasilkan 125hp yang cukup untuk memuaskan jiwa speed junkie. Suspensi dan ergonomik yang lebih selesa tahun ni menjadikan Z900 sesuai untuk tunggangan harian mahupun layan selekoh hujung minggu.
Selepas menghilang beberapa tahun, KTM 790 Duke kembali dengan peningkatan dari segi elektronik dan ketahanan enjin. Dengan berat hanya sekitar 169kg, ‘The Scalpel’ ni sangat lincah, ditambah dengan enjin parallel twin yang cukup ganas untuk meluncur di jalan bandar dan lebuhraya.
Honda kembali menggegarkan pasaran naked bike dengan CB750 Hornet! Enjin parallel twin memberikan kuasa responsif dengan tahap penjimatan bahan api yang sangat baik. Sesuai untuk mereka yang mahukan motosikal serba boleh – boleh buat commuting, boleh juga layan highway!
Bagi yang nak gaya premium, Ducati Monster 937 adalah jawapan! Enjin Testastretta L-Twin bukan sahaja bertenaga. Malah juga datang dengan teknologi canggih seperti Cornering ABS, Traction Control, dan Quickshifter. Monster tetap jadi simbol gaya dan prestasi dalam dunia naked bike.
Tahun 2025 memang syurga bagi peminat motosikal naked di Malaysia. Sama ada korang mahukan motosikal dengan kuasa liar macam MT-09. Pilihan seimbang macam Z900. Atau teknologi moden seperti Ducati Monster. Ada sesuatu untuk semua jenis rider. Jadi, yang mana satu pilihan hati korang? Apa pun pilihan korang, pastikan tunggang dengan selamat!
Yamaha Kini Miliki 300 Pusat YQS, Rangkaian Servis Motosikal Terbesar di Malaysia
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuh pengalaman pemilikan motosikal Yamaha menerusi pengembangan...