Kredit Foto : Video Daripada YouTube Channel Harwin Hadi

Ramai yang sedang mencari maklumat tentang bagaimana untuk menaik taraf lesen memandu daripada lesen B2 kepada lesen B penuh.

Dengan pengumuman terbaru oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun kini layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh bermula 1 Oktober.

Tidak hairanlah ramai pemegang lesen B2 teruja dengan peluang keemasan ini.

Jika anda sedang mencari maklumat dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi, Boleh rujuk artikel ini : Cara Naik Taraf Lesen B (Full)

Di sini, kami di Roda Panas ingin kongsikan pengalaman dan persediaan yang perlu dilakukan untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menaik taraf lesen anda.

1. Motosikal yang Digunakan

Salah satu aspek penting dalam ujian menaik taraf lesen ialah jenis motosikal yang digunakan.

Pengalaman penulis sendiri yang telah menaik taraf lesen dari B2 ke B menggunakan motosikal Kawasaki Z 650 mungkin boleh memberi anda gambaran.

Motosikal ini dilengkapi dengan enjin petrol 649 cc dan menghasilkan kuasa sebanyak 67 kuasa kuda. P

erlu diingat bahawa motosikal yang digunakan untuk ujian berbeza mengikut pusat memandu, jadi pastikan anda bersedia dengan motosikal yang disediakan.

2. Gunakan Sarung Tangan (Glove)

Semasa latihan memandu motosikal berkuasa tinggi, cuaca panas boleh menjadi faktor yang tidak selesa.

Penulis mencadangkan agar anda memakai sarung tangan ketika menunggang.

Ini bukan sahaja membantu mengurangkan rasa panas pada  tangan, malah boleh mengelakkan tangan anda daripada lenguh kerana kerap menggunakan klac.

3. Pakai Seluar Jeans yang Tebal

Apabila menunggang motosikal berkuasa tinggi, bahang dari enjin boleh menyebabkan kaki anda terasa panas, terutamanya apabila menunggu giliran untuk ujian di trek.

Oleh itu, memakai seluar jeans yang tebal atau sebarang seluar yang mampu melindungi kaki dari bahang enjin adalah sangat disarankan.

Ini akan membuatkan anda lebih selesa dan bersedia menghadapi ujian.

4. Gunakan Topi Keledar yang Sesuai

Pastikan topi keledar yang anda gunakan mempunyai pengudaraan yang baik.

Keadaan di kawasan ujian sering kali panas, dan anda mungkin berada di trek untuk tempoh yang lama.

Topi keledar yang sesuai bukan sahaja memberi perlindungan, tetapi juga membantu anda kekal selesa semasa menunggu giliran atau menjalani latihan.

5. Bawa  Air Minuman

Selain itu, pastikan anda membawa air minuman yang mencukupi, terutamanya jika cuaca panas.

Ia penting untuk memastikan anda kekal hidrat sepanjang ujian.

Dengan persediaan yang baik dan maklumat yang betul, ujian memandu lesen B tidaklah sesusah yang disangka.

Apa yang penting, anda bersedia secara fizikal dan mental, serta memastikan anda mematuhi semua syarat dan langkah keselamatan.

Semoga berjaya dalam perjalanan anda untuk menaik taraf lesen!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI