Dipertontonkan kepada umum ketika acara Bangkok Auto Show yang sedang berlangsung, Motosikal buatan Thailand yang dikenali sebagai Felo TOOZ menarik perhatian umum kerana saiz yang luar biasa dan mempunyai struktur yang hampir sama dengan Honda Goldwing. Lebih menarik, motosikal bersaiz gergasi tersebut merupakan sebuah motosikal elektrik dan mungkin merupakan motosikal elektrik yang terbesar di dunia.
Prototaip TOOZ ini dikatakan mempunyai jarak perjalanan sejauh 720km dengan sekali pengecasan dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 205 km/j meskipun mempunyai saiz fizikal yang agak besar.
Mempunyai ciri-ciri mewah seperti motosikal berkuasa tinggi yang lain, motosikal ini dilengkapi dengan panel instrumen TFT 12 inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar anda, mempunyai sistem audio 6 saluran, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), ABS serta sistem kawalan traksi.
Ads
Kredit Foto : Website bikesrepublic
Motosikal ini menyokong pengecasan TYPE2 yang membolehkan bateri dicas daripada 20% ke 80% hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Dengan menggunakan teknologi V2L, anda boleh menggunakan bateri motosikal untuk membekalkan kuasa ke rumah anda.
Menghasilkan motosikal di Thailand merupakan salah satu idea yang baik, kerana kebanyakan pengeluar motosikal terbesar di dunia sudah menghasilkan motosikal di sana. Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, BMW, Triumph dan Ducati semuanya menghasilkan sebahagian daripada rangkaian global mereka di negara tersebut.
Ads
Maklumat mengenai kapasiti dan jenis bateri motosikal ini masih belum di dedahkan namun mungkin pengeluaran motosikal ini bakal menjadi kenyataan dan bukan sekadar hanya prototaip.
Kredit Foto : Website bikesrepublic
Jangan lupa layari semua platform sosial Roda Panas untuk pelbagai informasi berkenaan isu automotif semasa, tips,Q&A dan reviu kenderaan yang menarik untuk tontonan anda!
Pasukan Viper Niza Racing bakal memulakan musim perlumbaan endurance bagi tahun 2025 dengan perlumbaan Motul 12 Hours of Sepang yang bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang, Petronas.
Perlumbaan ini akan menjadi pembuka tirai kepada musim yang penuh cabaran bagi pasukan Malaysia ini.
Berbekalkan jentera Mercedes-AMG GT3, pasukan ini diketuai oleh Prinsipal Pasukan merangkap pemandu, Douglas Khoo.
Beliau akan bergandingan dengan dua pelumba berpengalaman, Dominic Ang dan Melvin Moh.
Setakat ini, pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam dua endurance race di Asia dan lima lagi di Eropah.
Penyertaan ini menandakan komitmen tinggi mereka dalam arena perlumbaan endurance race di peringkat global.
Motul 12 Hours of Sepang yang akan berlangsung pada 14-15 Mac bukan sahaja menjadi medan ujian bagi para pemandu, tetapi juga bagi jurutera perlumbaan dan mekanik pasukan.
Persiapan yang rapi amat diperlukan kerana hanya seminggu selepas itu, pasukan ini akan berlepas ke Itali untuk bersaing dalam 12 Hours of Mugello pada 21-23 Mac.
Perlumbaan yang hampir berturut-turut ini akan diteruskan dengan 12 Hours of Spa Francorchamps di Belgium pada 18-20 April.
Kemudian diikuti oleh 12 Hours of Misano di Itali pada 23-24 Mei.
Pasukan kemudian akan berehat selama sebulan sebelum meneruskan perlumbaan 12 Hours of Paul Ricard di Perancis pada 3-5 Julai.
Siri perlumbaan di Eropah akan berakhir dengan 24 Hours of Barcelona di Sepanyol pada 26-28 September sebelum mereka kembali ke Asia bagi Shanghai 8 Hours pada bulan Oktober.
Menurut Khoo, pasukan Viper Niza Racing lebih menyerlah dalam endurance race berbanding perlumbaan pecut.
“Kami sentiasa mengecapi kejayaan yang lebih baik dalam perlumbaan endurance , dan saya percaya ini adalah kekuatan utama kami. Oleh itu, kami berusaha untuk mengembangkan potensi ini sepenuhnya,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan faktor kecergasan, strategi kejuruteraan yang tepat, serta keupayaan pasukan untuk beroperasi sebagai satu unit yang mantap.
Pada perlumbaan Motul 12 Hours of Sepang tahun lalu, Viper Niza Racing berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam keseluruhan dan muncul juara dalam kelas mereka.
Pada tahun 2023, pasukan ini menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 keseluruhan. Di Shanghai 8 Hours tahun lalu.
Mereka memperoleh tempat kelima keseluruhan serta tempat ketiga dalam kelas ProAm.
Mereka juga pernah menjuarai endurance race di Spa Francorchamps pada 2019 dalam acara TCR SPA500 24-Hour.
Pada perlumbaan di Spa Francorchamps mereka menggunakan jentera Seat Leon Cupra.
Pada 2022, mereka menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam kategori TCR bagi Hankook 24 Hours of Barcelona di Sepanyol.
Khoo menegaskan bahawa perlumbaan di Sepang sangat istimewa kerana ia dianggap sebagai perlumbaan “rumah” bagi pasukan Malaysia ini serta penaja utama mereka, Motul.
“Saya telah beberapa kali berdiri di podium di Sepang, baik dalam kategori GT mahupun kereta touring, manakala Dominic (Ang) juga merupakan juara keseluruhan sebanyak dua kali.
Namun, perlumbaan ini tidak pernah mudah kerana kami berdepan dengan pasukan dan pelumba serantau yang sangat kompetitif, cabaran cuaca yang tidak menentu, serta faktor tidak dijangka yang boleh berlaku bila-bila masa.”
Khoo turut mengakui bahawa kejayaan pasukan sebahagian besarnya adalah hasil daripada kerjasama erat mereka dengan Motul yang telah terjalin hampir 10 tahun.
“Kami terus bergantung kepada produk Motul untuk memastikan semua jentera kami beroperasi dengan lancar sepanjang perlumbaan. Kami juga berharap agar kerjasama baharu yang telah kami bina dengan Endless, Momentum Autoparts dan IWC untuk musim ini dapat bertahan lama seperti hubungan kami dengan Motul.”
Pada musim 2025, Viper Niza Racing akan terus disokong oleh Motul.
Penaja lain juga termasuk Endless, Momentum Autoparts, IWC sebagai Jenama Jam Rasmi, serta Jen Orchard Gateway Hotel di Singapura.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
KLK dan LPT1 dijangka menerima lebih tiga juta kenderaan sempena cuti Aidiladha, sekali gus memberi bayangan awal bahawa laluan utama ke Pantai Timur bakal mengalami kesesakan luar biasa sepanjang tempoh perjalanan puncak.
Berdasarkan laporan semasa, jumlah trafik yang dijangka melalui kedua-dua lebuh raya itu mencecah sekitar 3.02 juta kenderaan. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 2.18 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak KLK manakala sekitar 843,000 kenderaan akan melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 LPT1.
Peningkatan aliran trafik dijangka bermula dari 22 Mei hingga 2 Jun apabila orang ramai mula pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar selepas tamat cuti Aidiladha.
Seperti musim perayaan sebelum ini, KLK dijangka menjadi laluan paling sesak kerana lebuh raya itu merupakan pintu utama pengguna dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur.
Laluan dari Gombak ke Bentong dan Karak sering menjadi titik tumpuan trafik terutama ketika waktu puncak. Apabila jumlah kenderaan meningkat secara mendadak dalam tempoh singkat, kesesakan mudah berlaku khususnya di kawasan mendaki, selekoh panjang dan plaza tol.
Selain itu, beberapa laluan pertemuan trafik dari arah berbeza turut menjadi antara punca utama aliran kenderaan bergerak perlahan. Dengan jumlah trafik yang tinggi di KLK, pengguna dinasihatkan supaya bersedia menghadapi masa perjalanan lebih panjang berbanding hari biasa.
Selain KLK, LPT1 juga dijangka menerima peningkatan trafik ketara sepanjang tempoh Aidiladha. Lebuh raya ini menjadi laluan utama pengguna yang menuju ke Pahang, Terengganu dan Kelantan selepas melalui KLK.
Walaupun aliran trafik di LPT1 selalunya lebih lancar, kesesakan masih boleh berlaku di kawasan rehat dan rawat, plaza tol serta laluan masuk ke bandar utama. Keadaan trafik juga boleh menjadi lebih perlahan sekiranya berlaku kemalangan, kenderaan rosak atau pengguna berhenti terlalu lama di kawasan R&R.
Dalam keadaan trafik padat, satu insiden kecil sudah cukup untuk menyebabkan kesesakan panjang sehingga beberapa kilometer.
Kesesakan di KLK dan LPT1 ketika musim perayaan bukan hanya disebabkan jumlah kenderaan yang terlalu banyak, tetapi juga kerana majoriti pengguna memilih waktu perjalanan yang hampir sama.
Ramai pemandu mula bergerak selepas waktu kerja, awal pagi atau sehari sebelum cuti bermula. Apabila ribuan kenderaan memasuki lebuh raya dalam tempoh beberapa jam, kapasiti laluan menjadi lebih terhad dan aliran trafik sukar dikawal.
Faktor lain seperti hujan, kenderaan berat, pemandu memperlahankan kenderaan di lorong kanan serta hentian mengejut turut boleh menyebabkan trafik menjadi tidak sekata.
Bagi pengguna yang akan menggunakan KLK dan LPT1, perancangan awal sangat penting bagi mengurangkan tekanan sepanjang perjalanan.
Pemandu disarankan menyemak keadaan trafik sebelum bergerak serta mengelakkan waktu puncak jika boleh. Selain itu, keadaan kenderaan juga perlu diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan kerosakan ketika berada di lebuh raya.
Pemeriksaan asas seperti tekanan tayar, minyak enjin, brek, coolant dan bateri mampu membantu mengurangkan risiko kenderaan rosak di tengah perjalanan. Dalam keadaan trafik sesak, sebuah kenderaan rosak di lorong kecemasan pun boleh menyebabkan kesesakan panjang.
Kawasan R&R di sepanjang KLK dan LPT1 juga dijangka menjadi tumpuan utama pengguna sepanjang musim perayaan ini.
Kebanyakan pengguna akan berhenti untuk berehat, mengisi minyak, makan dan menggunakan tandas sebelum meneruskan perjalanan jauh. Disebabkan itu, kawasan parkir di R&R utama sering penuh terutama pada waktu malam dan awal pagi.
Pemandu disarankan merancang lokasi hentian lebih awal dan mempertimbangkan hentian alternatif di luar lebuh raya jika kawasan R&R terlalu sesak.
Jangkaan lebih tiga juta kenderaan menggunakan KLK dan LPT1 sempena Aidiladha membuktikan laluan ke Pantai Timur sekali lagi bakal menjadi antara kawasan trafik paling sibuk sepanjang cuti panjang.
Walaupun kesesakan sukar dielakkan sepenuhnya, perjalanan masih boleh menjadi lebih lancar jika pengguna membuat persediaan awal, memilih waktu perjalanan yang sesuai dan memandu dengan lebih sabar sepanjang berada di lebuh raya.
QJMOTOR mencipta sejarah dalam segmen motosikal cruiser tempatan dengan pelancaran rasmi model baharu SRV 250 AMT, menjadikannya cruiser pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem transmisi automatik manual (AMT).
Pelancaran ini berlangsung sempena pembukaan rasmi Mforce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn. Bhd. di Alma, Bukit Mertajam.
SRV 250 AMT tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Matt Black dan Silver.
Motosikal ini direka untuk peminat cruiser moden dan model ini menggabungkan elemen klasik dengan teknologi semasa bagi memberi pengalaman tunggangan yang memuaskan.
Motosikal ini dikuasakan dengan enjin V-Twin bersesaran 249cc, SOHC 2-injap dengan sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api EFI.
SRV 250 AMT mampu menghasilkan kuasa maksimum 20.5kW pada 9,000rpm dan tork 23Nm pada 8,000rpm.
Sistem AMT menjadikan SRV 250 AMT sangat mudah dikendalikan tanpa perlu menukar gear secara manual.
Motosikal ini mempunyai panjang 2,110mm, lebar 850mm dan tinggi 1,100mm, dengan jarak roda 1,400mm.
Ketinggian tempat duduk yang hanya 700mm memudahkan penunggang pelbagai saiz, manakala kelegaan tanah 160mm sesuai untuk pelbagai jenis permukaan jalan. Dengan berat 167kg dan tangki bahan api 13.5 liter, SRV 250 AMT sesuai untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh.
Bahagian hadapan menggunakan suspensi fork terbalik (upside-down), manakala belakang pula dilengkapi coil spring oil-damped, merupakan satu kombinasi yang menjamin kestabilan dan keselesaan maksimum.
Tayar hadapan bersaiz 120/80-16 dan tayar belakang 150/80-15 memberi cengkaman hebat dan kestabilan sewaktu membelok.
Dari sudut keselamatan, SRV 250 AMT dilengkapi ABS dua saluran dengan cakera brek bersaiz 280mm di depan dan 240mm di belakang.
Turut disertakan ialah Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktifkan satu kelebihan penting bagi penunggang yang kerap melalui permukaan licin atau basah.
Paparan digital penuh memudahkan pemantauan data penting seperti kelajuan, tahap bahan api dan suhu enjin.
Selain itu, port pengecasan USB turut disediakan untuk mengecas telefon pintar atau peranti GPS.
Rekaan pemijak kaki yang lebar menambahkan lagi keselesaan, mirip gaya skuter cruiser.
Pencahayaan sepenuhnya menggunakan teknologi LED dengan rekaan lampu hadapan dan belakang yang mengekalkan gaya klasik namun disuntik elemen moden sesuai dengan cita rasa penunggang masa kini.
Setiap pembelian SRV 250 AMT disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan dan sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian menerusi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
QJMOTOR SRV 250 AMT kini tersedia di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia dengan harga bermula RM17,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...