Ads

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Jadi Tumpuan “The Art of Driving 2026”

BMW Group Malaysia Himpunkan 360 Pemain Golf Dalam The Art of Driving 2026

BMW Group Malaysia meneruskan penganjuran acara eksklusif The Art of Driving 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

The Art of Driving 2026 menghimpunkan seramai 360 pemain golf, sekali gus menjadi platform yang menggabungkan sukan golf dengan pengalaman jenama BMW serta gaya hidup premium.

The Art of Driving 2026

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Jadi Tumpuan The Art of Driving 2026

Selain aktiviti golf, BMW Group Malaysia turut mempamerkan beberapa model daripada portfolio premiumnya termasuk BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dan BMW iX xDrive60 M Sport Pro.

Antara model yang menjadi tumpuan ialah BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro, yang diketengahkan sebagai antara produk penting dalam hala tuju baharu elektrifikasi BMW.

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Jadi Tumpuan "The Art of Driving 2026"

Ads

Model elektrik itu turut mencerminkan pendekatan BMW menerusi konsep Technology Openness dan Power of Choice, yang memberi pelanggan pilihan teknologi rangkaian kuasa berdasarkan keperluan serta gaya hidup masing-masing.

BMW Group Malaysia turut membawa jenama MINI dan BMW Motorrad ke acara tersebut, sekali gus memberi gambaran lebih menyeluruh terhadap portfolio automotif dan gaya hidup premium di bawah BMW Group.

Pengalaman Pemilikan Turut Diketengahkan

Selain barisan kenderaan, BMW Group Malaysia turut memperkenalkan pendekatan perkhidmatan pelanggan menerusi dua program iaitu “Relax. We Care.” dan “All In. Simply Smart.”

Ads

Relax. We Care. memberi tumpuan kepada pengalaman pemilikan menerusi perkhidmatan proaktif, diagnostik masa nyata serta sokongan pelanggan yang lebih lancar.

Sementara itu, All In. Simply Smart. menawarkan penyelesaian pembiayaan yang lebih fleksibel dan telus, dengan pilihan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Jadi Tumpuan "The Art of Driving 2026"

Ads

Sepanjang tiga hari acara berlangsung, BMW Group Malaysia turut menyediakan pengalaman jenama di beberapa lokasi sekitar venue termasuk ruang ketibaan, pendaftaran, kawasan padang golf, ruang hospitaliti serta program makan tengah hari di The International Gallery.

Penganjuran The Art of Driving 2026 sekali lagi menjadi sebahagian daripada usaha BMW Group Malaysia mengembangkan pengalaman pemilikan jenama itu melangkaui pemanduan, selain mengukuhkan hubungan dengan komuniti pelanggan menerusi aktiviti gaya hidup premium.

Baca Juga : BMW Group Malaysia, UM Pasang Stesen Pengecas Telefon Guna Bateri EV Terpakai

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Keeway Malaysia Panggil Semula 5,000 Unit XDV180 Evo Susulan Isu Swingarm

Keeway XDV180 Evo Terlibat Program Panggil Semula, 5,000 Unit Perlu Tukar Swingarm Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan program panggil semula membabitkan 5,000 unit Keeway XDV180 Evo...