Dunia skuter tempatan kini semakin menarik dengan pelancaran jenama baru, MODA, oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI). MODA hadir dengan misi besar, menawarkan pilihan skuter berkualiti tinggi untuk pasaran Malaysia.
Dalam majlis pelancaran ini, mereka turut memperkenalkan model pertama mereka, MODA Sporter-S. Sebuah skuter 250cc yang memikat dari segi reka bentuk dan teknologi.
MODA Sporter S Warna Hitam
Skuter, Pilihan Gaya Hidup Masa Kini
Di Malaysia, permintaan terhadap skuter semakin meningkat, didorong oleh faktor seperti kos pemilikan rendah, kecekapan bahan api, dan praktikaliti untuk kegunaan bandar. Tidak hairanlah, trend ini serupa dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Di mana skuter mendominasi pasaran motosikal. Pada tahun 2024 sahaja, segmen skuter Malaysia dijangka menjana pendapatan sebanyak AS$0.51 bilion, dengan kadar pertumbuhan yang stabil hingga tahun 2029.
MODA, sebagai jenama Malaysia, mengambil langkah untuk memenuhi keperluan ini dengan menawarkan skuter yang inovatif dan mesra pengguna. Disokong oleh kepakaran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) AMI.
Skuter keluaran MODA direka sesuai dengan keperluan penunggang tempatan dan serantau. Proses pemasangan pula dilakukan secara tempatan di kilang AMI yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.
MODA Sporter S Warna Merah/Putih
Sporter-S: Reka Bentuk Dinamik dan Teknologi Maju
MODA Sporter-S memecahkan tradisi skuter biasa dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh motosikal sukan.
Ads
Garis aerodinamiknya yang berani serta profil sporty menjadikan model ini pilihan menarik bagi peminat motosikal di Malaysia.
Dari segi teknologi, Sporter-S tidak mengecewakan. Ia dilengkapi dengan sistem brek cakera berkembar bersama ABS dua saluran. Memastikan kawalan brek yang lebih baik dan keselamatan tambahan.
Selain itu, teknologi Traction Control System (TCS) membantu penunggang mengekalkan kestabilan walaupun di permukaan jalan mencabar.
Spesifikasi MODA Sporter S
Praktikaliti turut menjadi keutamaan dalam reka bentuk Sporter-S. Dengan kapasiti tangki petrol 13 liter, model ini sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas mampu memuatkan dua topi keledar bersaiz penuh.
Ads
Tidak ketinggalan, ciri tambahan seperti skrin TFT berwarna 6.2 inci dengan fungsi navigasi dan panggilan telefon. Tambahan lain, lampu LED Matriks ultra-terang, menonjolkan Sporter-S sebagai skuter moden yang lengkap.
Perincian MODA Sporter S
Kuasa dan Prestasi
Dikuasakan oleh enjin 244cc 4-injap dengan sistem suntikan bahan api BOSCH EFI, Sporter-S menghasilkan 24.8hp pada 8500 rpm dan 22.5Nm tork pada 6500 rpm.
Spesifikasi ini memastikan Sporter-S memberikan pengalaman tunggangan yang lancar dan bertenaga. Sepadan dengan jangkaan penunggang moden.
Mobiliti Masa Depan
Menurut Micheal Yeoh, Penolong Pengurus Besar Mdua Motor Sdn. Bhd., MODA Sporter-S dirancang dengan pendekatan “By Bikers, For Bikers”.
Ads
Model ini menawarkan reka bentuk futuristik dengan enjin yang memenuhi piawaian Euro-4. Menjadikan ia pilihan ideal untuk penunggang yang mahukan gaya, prestasi, dan efisiensi.
Ditawarkan dalam dua warna eksklusif, Sporty Red dan Meteor Grey, MODA Sporter-S kini tersedia di pengedar sah seluruh negara.
Dengan pelancaran ini, MODA bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi juga membuka lembaran baru untuk industri skuter tempatan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi diwww.modamotorcycles.com.
Volkswagen telah mencuri perhatian di CES Las Vegas bulan ini dengan memperkenalkan Golf GTI 2025 yang telah menjalani penambahbaikan dan didatangkan dengan teknologi info-hibur baharu yang mengagumkan.
Yang paling menonjol pada model ini adalah perubahan signifikan pada sistem info hibur. Imej dalaman menunjukkan peralihan yang menarik dari suis Golf yang kecil kepada paparan gaya tablet yang lebih besar, menyerupai ciri-ciri yang ditemui pada model VW terkini seperti ID.7 dan ID.4 yang telah diperbaharui. Perubahan ini dijangka membawa pengalaman memandu Golf ke tahap yang lebih tinggi.
Salah satu perubahan yang paling dinantikan oleh peminat Golf adalah pada paparan stereng. Sebelum ini, butang stereng sentuhan sensitif di MK8 Golf menerima respon yang kurang memberangsangkan kerana ianya mudah diaktifkan secara tidak sengaja. Tetapi kini, VW telah mengambil kira maklum balas pengguna dan memperbaharui paparan dengan kawalan yang lebih logik, berserta pengembalian butang fizikal pada stereng untuk keselesaan tambahan.
Kredit Foto: Careta.my
Dari segi luaran, Golf GTI facelift ini turut menerima sentuhan segar. Bampar hadapan yang lebih agresif dan sporty memberikan kereta ini penampilan yang lebih menarik. Bampar tersebut, dengan reka bentuk yang menyerupai kayu hoki kecil yang menyerong ke atas, memberikan kesan ketara yang penuh gaya.
Spoiler belakang yang dipinjam dari konsep Clubsport pasaran Euro dan rim Estoril 19 inci yang didatangkan sebagai standard di Amerika Utara, memberikan sentuhan keseluruhan yang lebih sporty dan dinamik.
Dalam hal kuasa, Golf GTI 2025 dijangka mengekalkan kuasa yang memukau dengan mesin 2.0 liter turbo yang telah terbukti. Dengan kuasa 261hp, ia menjanjikan prestasi pemanduan yang memuaskan yang sepadan dengan model Tiguan 2.0 liter.
Kredit Foto: Careta.my
Perubahan menarik pada Golf GTI ini juga termasuk transmisi automatik, dengan pilihan stick-shift yang ditarik balik di Eropah selepas model tahun 2024. Meskipun begitu, Golf GTI 2025 masih mengekalkan daya tarikan yang membuatnya menjadi pilihan utama dalam pasaran kereta yang pesat berkembang.
Bila sebut tentang limousin, pasti model yang terbayang di fikiran kita adalah model Lincoln dan Cadillac yang menjadi lambang kemewahan Amerika.
Lanskap automotif pada tahun 1980-an juga menyaksikan perusahaan Chrysler memperkenalkan limousin K-car yang dikenali sebagai Chrysler Executive, bukti semangat inovatif era itu dalam mengubah kenderaan konvensional menjadi sebuah kenderaan mewah.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Namun, model yang unik dari negara matahari terbit ini pasti menarik perhatian kita iaitu Honda Accord limosin 1981.
Honda Civic yang kompak dan cekap yang diperkenalkan pada tahun 1973 manakala Accord pada tahun 1976. Model ini pada asalnya dicipta sebagai langkah kepada krisis bahan api dan kebimbangan emission pada masa itu, namun Accord dengan cepat menjadi kegemaran kerana kebolehpercayaan dan reka bentuk praktikalnya, prinsip yang tampaknya bertentangan dengan kemewahan yang biasanya dikaitkan dengan limousin.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Accord limosin ini mempunyai jarak roda yang dipanjangkan dan menambah sentuhan kemegahan kepada kenderaan yang sebaliknya sederhana. Di bahagian dalam, kabin ini dilengkapi dengan tempat duduk baldu mewah, telefon , monitor, dan peralatan stereo, tidak lupa juga lampu opera yang menambah elemen kecanggihan kereta ini.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Anggaran harga kereta ini pada tahun 2023 adalah sekitar $39,420 (RM185,579.51). Namun sudah pasti nilai harga kenderaan ini pasti akan terus meningkat kerana ianya agak sukar ditemui pada masa kini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Ford Mustang GTD kini memegang rekod sebagai kereta keluaran Amerika Utara paling laju di litar ikonik Nürburgring. Dengan masa 6 minit, 57.685 saat, Mustang GTD menewaskan rekod Dodge Viper ACR sebanyak 4.3 saat.
Ia juga menjadi satu-satunya kereta dari Amerika yang mencatat masa di bawah tujuh minit di Nordschleife, litar sepanjang 12.9 batu. Menurut Ford, ini menjadikan Mustang GTD antara enam kereta produksi di dunia yang berjaya menembusi had masa tersebut.
Rekod masa terpantas untuk kereta Amerika Utara
Lap Dirahsiakan
Lap ini direkodkan pada 7 Ogos, namun Ford menyimpan berita gembira ini sehingga kini. Pemandu profesional dari Multimatic Motorsports, Dirk Müller, yang memandu Mustang GTD. Mengakhiri perjalanan dua tahun pembangunan, ujian, dan simulasi dengan penuh gemilang.
Malah, dokumentari berdurasi 14 minit telah diterbitkan untuk menceritakan cabaran dan perjalanan Ford dalam usaha menembusi masa tujuh minit di Nürburgring.
Masa yang dicatatkan oleh Mustang GTD ini bukan sahaja menewaskan Lamborghini Aventador SuperVeloce dan Ferrari 296 GTB, malah ia juga setanding dengan Porsche 918 Spyder.
Mustang GTD +815HP
Rekod Masih Kekal
Namun, Ford masih belum berjaya merampas gelaran rekod kereta enjin hadapan paling laju di litar tersebut. Gelaran itu kini dipegang oleh Mercedes-AMG GT Black Series dengan masa 6 minit, 43.61 saat, yang dicatatkan pada tahun 2020.
Sementara itu, rekod keseluruhan untuk kereta produksi di Nürburgring adalah milik Mercedes-AMG One dengan masa 6 minit, 29.09 saat.
Walaupun Mustang GTD mempamerkan prestasi luar biasa, ia memerlukan penambahbaikan signifikan untuk mencabar rekod AMG GT Black Series, apatah lagi AMG One.
Namun, CEO Ford, Jim Farley, yakin bahawa potensi Mustang GTD masih jauh dari habis. Menurutnya, Ford akan kembali ke Nürburgring pada 2025 untuk mencatat masa yang lebih baik.
Team Ford yang menjayakan misi ini
Jim Farley
“Kami mengambil segala ilmu yang diperoleh daripada sedekad pengalaman di litar dan memperkasa sebuah Mustang yang mampu bersaing dengan supercar terbaik dunia,” kata Farley.
“Kami yakin Mustang GTD masih ada banyak potensi untuk ditunjukkan. Ford akan kembali.”
Dengan prestasi ini, Mustang GTD bukan sahaja mengangkat nama Ford tetapi juga membuktikan bahawa kereta produksi Amerika mampu menyaingi jenama supercar terkemuka di pentas antarabangsa.
Dua SUV Lexus Bergerak Jadi Gelanggang Tenis, Jamie Murray & Laura Robson Cipta Rekod Dunia Baharu!
Kalau sebelum ini kita biasa tengok aksi tenis di...