Moda Aero-E Kini Rasmi di Malaysia dengan Harga Mampu Milik
Satu lagi pilihan skuter mampu milik telah memasuki pasaran tempatan apabila Mdua Motor Sdn Bhd hari ini memperkenalkan skuter Moda Aero-E, sebuah model kompak yang memfokuskan kepada kegunaan harian, ekonomi dan kemudahan untuk semua lapisan penunggang.
Moda Aero-E mengekalkan konsep “senang bawa, senang jaga” dan hadir dengan enjin 118.8 cc, 1-silinder, sejukan udara yang menghasilkan 9.1 hp pada 7,500 rpm dan 9.5 Nm pada 6,000 rpm.
Kuasa ini disalurkan melalui transmisi CVT automatik, menjadikannya sesuai untuk kegunaan bandar, perjalanan ulang-alik dan tunggangan santai tanpa perlu banyak kawalan.
Untuk keselesaan, Aero-E menggunakan fork teleskopik di bahagian depan serta penyerap hentak tunggal di belakang.
Ads
Sistem brek pula terdiri daripada cakera depan dipadankan dengan brek gelendong di belakang, satu kombinasi asas namun mencukupi untuk sebuah skuter ringan dalam segmennya.
Walaupun berada dalam kategori mampu milik, Moda Aero-E tetap hadir dengan ciri yang memudahkan kehidupan harian, antaranya:
Lampu projektor LED berkembar
Ads
Lampu belakang LED
Paparan meter LCD
Port pengecasan USB Type-A & Type-C
Rim 14 inci untuk kestabilan lebih baik
Ads
Ruang bawah pelana 6.5 liter
Tangki bahan api 5.5 liter
Tinggi tempat duduk 780 mm – sesuai untuk kebanyakan penunggang
Reka bentuknya juga tampil kemas dan moden, sesuai sebagai skuter pertama atau kenderaan harian bagi mereka yang inginkan bajet rendah tetapi tetap nak gaya.
Harga & pilihan warna MODA Aero-E
Moda Aero-E ditawarkan dalam dua warna pilihan:
Cobalt Blue
Carmine Red
Harga jualan bermula RM5,189 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans), menjadikan ia antara skuter baharu paling mampu milik di Malaysia ketika ini.
Akademi Perlumbaan Kegani (Kegani Racing Academy, KRA) telah melancarkan secara rasmi Siri Profesional SKILLDRVN Swift 2026, sekali gus memperkenalkan proses draf pelumba pertama seumpamanya di Malaysia.
Pelancaran ini menyaksikan empat pasukan terawal mengesahkan penyertaan serta memilih pelumba masing-masing bagi musim sulung siri berkenaan, iaitu Bendix Ultimate Racing Team, Profimax Racing Team, Team Ultra Racing dan ELF Evolution Team. Pemilihan pelumba dilakukan menerusi kaedah undian bagi memastikan keadilan serta ketelusan.
Siri Profesional SKILLDRVN Swift akan berlangsung dalam lima pusingan perlumbaan di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, dengan penyertaan dihadkan kepada 10 pasukan sahaja bagi musim pertama.
Kejohanan ini diiktiraf sebagai kejohanan bertaraf kebangsaan dan dianggap sebagai satu peningkatan penting dalam ekosistem pembangunan pelumba tempatan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Siri Profesional ini diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada kejayaan SKILLDRVN One Make Race (OMR) Series yang bermula pada 2023 dan berfungsi sebagai platform pembangunan bakat baru.
Menurut Prinsipal dan Ketua Jurulatih Kegani Racing Academy, Kenny Lee, pengenalan siri baharu ini bertujuan menyediakan laluan yang lebih jelas dan realistik untuk pelumba tempatan melangkah ke tahap profesional.
“Siri Profesional ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada syarikat dan jenama tempatan untuk terlibat dalam sukan permotoran secara berterusan dan mampu milik. Semua pasukan menggunakan jentera dan bajet yang sama, sekali gus mewujudkan persaingan yang adil,” katanya.
Beliau berkata, platform ini juga membuka peluang kepada pelumba OMR untuk dipilih secara profesional tanpa perlu menanggung kos tinggi seperti membeli atau menyewa jentera perlumbaan.
Kesemua pasukan dalam Siri Profesional SKILLDRVN Swift akan menggunakan Suzuki Swift 1.6 liter berasaskan model pengeluaran, sama seperti yang digunakan dalam Siri OMR. Namun, jentera ini dilengkapi “maping” enjin khas yang dinaik taraf bagi kegunaan perlumbaan profesional.
Pendekatan menggunakan jentera yang sama bertujuan memastikan kemenangan ditentukan sepenuhnya oleh kemahiran, disiplin dan strategi pelumba, bukannya kelebihan teknikal.
Mulai musim 2027, pasukan juga akan diberi pilihan untuk menyertai perlumbaan dengan dua buah kereta, bergantung kepada kesediaan dan perancangan masing-masing.
Bagi melayakkan diri ke Siri Profesional, pelumba perlu terlebih dahulu membuktikan prestasi mereka dalam SKILLDRVN One Make Race Series.
Pelumba yang berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 700 mata kejuaraan sepanjang kerjaya akan layak secara automatik untuk disenaraikan dalam proses draf. Memandangkan mata maksimum yang boleh diperoleh dalam satu musim hanyalah 500 mata, setiap perlumbaan menjadi amat penting.
Pengecualian hanya diberikan kepada pelumba yang berjaya meraih 500 mata maksimum dalam satu musim serta memenangi anugerah Rookie of the Year.
Sebagai pelumba Siri Profesional, mereka akan menerima tajaan penuh perlumbaan daripada pasukan yang memilih mereka.
Penglibatan jenama automotif seperti Bendix, Profimax dan Ultra Racing dilihat sebagai bukti keyakinan industri terhadap struktur dan hala tuju siri ini.
Menurut wakil Bendix, platform SKILLDRVN menyediakan persekitaran perlumbaan sebenar bagi menguji ketahanan dan konsistensi komponen brek, selain membantu pembangunan kemahiran kawalan kenderaan dalam kalangan pelumba.
Profimax pula melihat siri ini sebagai medium terbaik untuk menilai aspek perlindungan, kebolehpercayaan dan konsistensi produk dalam situasi tekanan tinggi, manakala Ultra Racing menekankan kepentingan laluan pembangunan pelumba yang tersusun dan telus.
Dalam perkembangan lain, Kegani Racing Academy turut mengumumkan Loke Yin Yee sebagai juara keseluruhan SKILLDRVN One Make Race Series 2025, sekali gus mencatat sejarah sebagai juara berganda pertama selepas turut menjuarai kejuaraan sama pada 2024.
Tempat kedua keseluruhan dimenangi Andy Boey, manakala Vox Lim menduduki tempat ketiga. Andy Boey sebelum ini merupakan juara keseluruhan bagi musim 2023.
Suzuki Motor Corporation telah mengumumkan penyertaan mereka dalam Suzuka 8 Hours Endurance Race ke-45, yang berlangsung dari 19 hingga 21 Julai 2024. Mereka akan bersaing dengan menggunakan 40% bahan api daripada sumber bio dan sesuai dengan teknologi mesra alam.
Pilihan Suzuki untuk berlumba menggunakan bahan api berunsurkan kelestarian, yang disahkan oleh FIM (International Motorcycling Federation), meletakkan mereka dalam kelas eksperimen perlumbaan, sebuah kategori yang sesuai untuk inovasi yang mungkin menentukan masa depan sukan permotoran.
“Team SUZUKI CN CHALLENGE,” merupakan bukti kebolehan dalaman Suzuki yang terdiri daripada pekerja Suzuki, dan melambangkan langkah bersama ke arah inovasi. Kolaborasi dengan Yoshimura Jepun lebih memperkuatkan usaha ini dengan menggabungkan kepakaran daripada seluruh dunia.
Namun, komitmen terhadap kelestarian tidak berhenti kepada bahan api. Suzuki dan rakan penaja mereka mengimbangkan teknologi lestari secara menyeluruh. Daripada muffler ke tayar, minyak, fairing, dan brek, setiap komponen motosikal sedang diteliti dan dibangunkan semula dalam cara yang lebih hijau dan lestari. Pendekatan komprehensif ini tidak hanya menonjolkan dedikasi Suzuki kepada tanggungjawab alam sekitar tetapi juga membuka jalan untuk kemajuan masa depan dalam teknologi motosikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Off The Grid (OTG) adalah salah satu inisiatif di bawah payung Art of Speed (AOS), acara besar dalam dunia automotif di Malaysia. Dilancarkan sebagai acara sampingan dalam AOS pada tahun 2022, OTG telah mencapai kejayaan yang menggalakkan dengan sambutan yang positif dari peminat baru dan lama. Dengan pengalaman yang kukuh dalam membina komuniti, OTG bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia dalam satu acara berskala besar.
Inspirasi OTG datang daripada FIELDSTYLE, acara gaya hidup outdoor terbesar di Jepun. Dengan minat yang semakin meningkat dalam gaya hidup outdoor di Malaysia, OTG menjadi platform untuk memperkenalkan gaya hidup ini kepada peminat baru. Pada tahun 2024, OTG menjangkakan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung.
Off The Grid 2024 (OTG 2024) akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – Dewan A dan kawasan sekitarnya pada 23, 24 & 25 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi – 10:00 malam.
Disini kami senaraikan 5 tarikan terbaik di Off The Grid 2024 untuk pengunjung yang berhasrat untuk ke sana;
Selain itu, OTG juga menawarkan pelbagai booth dan vendor yang menawarkan pelbagai produk berkaitan gaya hidup outdoor, makanan, dan banyak lagi. Pemenang Pertandingan Booth Terbaik akan menerima tiket perjalanan ke Jambori FIELDSTYLE 2024 di Nagoya, Jepun.
Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian atau pada tarikh acara dengan harga yang munasabah. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://artofspeedmy.com/ atau cari mereka di laman media sosial @artofspeedmy .
Cycle & Carriage kini memulakan operasi pengedaran untuk Leapmotor Malaysia, sekali gus memperkukuhkan lagi kehadiran jenama kenderaan elektrik (EV) itu dalam pasaran tempatan yang...