Ads

MG Perluas Barisan MGS5 EV dengan Varian MGS5 EV COM Baharu

MG Perkenal MGS5 EV COM, Varian Baharu RWD Kini Bermula RM103,900

SAIC Motor Malaysia memperluaskan pilihan MGS5 EV di pasaran tempatan menerusi pengenalan varian baharu MGS5 EV COM, yang kini menjadi pilihan peringkat permulaan bagi SUV elektrik tersebut.

Ditawarkan pada harga RM103,900 di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, varian COM atau Comfort hadir sebagai alternatif lebih mampu milik buat pelanggan yang mahukan sebuah SUV elektrik dengan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD).

Dengan kemasukan varian baharu ini, MGS5 EV kini tersedia dalam dua pilihan iaitu COM dan LUX, masing-masing menawarkan jarak pemanduan sehingga 340km dan 446km.

MGS5 EV COM Guna Bateri 49kWh, 170PS

MGS5 EV COM dilengkapi pek bateri berkapasiti 49kWh yang dipadankan dengan motor elektrik menghasilkan 170PS dan tork maksimum 250Nm.

Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 340km, selain menyokong pengecasan pantas DC sehingga 120kW.

Sebagai perbandingan, varian MGS5 EV LUX menggunakan bateri lebih besar berkapasiti 62kWh, dengan output 203PS dan tork 350Nm.

Varian LUX mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 446km dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW.

MG Perluas Barisan MGS5 EV dengan Varian MGS5 EV COM Baharu

Masih Lengkap dengan Tujuh Beg Udara dan MG Pilot ADAS 2.5

Walaupun menjadi varian paling mampu milik dalam barisan MGS5 EV, COM masih mengekalkan beberapa kelengkapan keselamatan utama yang turut ditawarkan pada varian LUX.

Ads

Antaranya ialah tujuh beg udara serta sistem bantuan pemanduan MG Pilot ADAS 2.5.

Sistem itu merangkumi beberapa fungsi bantuan pemanduan termasuk Traffic Jam Assist (TJA) dan Intelligent Cruise Control.

MGS5 EV turut menggunakan reka bentuk pek bateri ultra nipis bagi membantu merendahkan pusat graviti kenderaan.

Susun atur tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan kestabilan ketika dipandu, malah membolehkan penggunaan ruang kabin yang lebih optimum.

Apa Beza COM dengan LUX?

Perbezaan utama antara kedua-dua varian lebih tertumpu kepada kelengkapan keselesaan, kemasan serta kemampuan pengecasan.

MGS5 EV COM menggunakan tempat duduk fabrik dan rim aloi hitam bersaiz 17 inci, manakala varian LUX mendapat tempat duduk kulit tiruan dengan fungsi ventilasi serta rim aloi 18 inci.

Ads

Varian COM juga tidak dilengkapi bumbung panoramik yang tersedia pada LUX.

Untuk pelanggan yang mahukan kelengkapan lebih lengkap, MGS5 EV LUX turut menawarkan tempat duduk hadapan boleh laras secara elektrik, tempat duduk hadapan berventilasi, stereng kulit dengan fungsi pemanas serta pintu but berkuasa tanpa tangan.

MGS5 EV LUX kekal ditawarkan pada harga RM116,900, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

MG Perluas Barisan MGS5 EV dengan Varian MGS5 EV COM Baharu

Pilihan Warna Lebih Ringkas untuk COM

Bagi pilihan warna, MGS5 EV COM ditawarkan dalam dua warna luaran iaitu Silver dan Grey.

Varian LUX pula mempunyai tiga pilihan warna iaitu Gold, Silver dan Grey.

Ads

Kedua-duanya menerima kemasan dalaman berwarna gelap, namun COM menggunakan upholsteri fabrik manakala LUX hadir dengan kemasan kulit tiruan.

Jaminan Sehingga Lapan Tahun untuk Bateri

Kedua-dua varian MGS5 EV turut disertakan pakej jaminan yang merangkumi:

  • Jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000km
  • Jaminan pek bateri selama 8 tahun atau 180,000km
  • Jaminan Motor Control Unit (MCU) selama 8 tahun atau 160,000km

MGS5 EV COM kini sudah dibuka untuk tempahan di bilik pameran MG seluruh negara.

Bersempena pengenalannya, varian berharga RM103,900 itu turut ditawarkan dengan rebat RM3,000 serta wallbox percuma sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran.

MGS5 EV COM

Selain itu, pelanggan yang melakukan pandu uji MGS5 EV sehingga 30 September 2026 turut berpeluang memenangi MacBook Neo atau kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM50.

Baca Juga : Nak Pam Angin Tayar? Ini Cara Yang Betul

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

5 Motosikal Sesuai untuk Pelajar, Jimat dan Praktikal untuk Kegunaan Harian

5 Motosikal Mesra Pelajar, Praktikal Untuk Ke Kampus dan Kegunaan Harian Bagi seorang pelajar, motosikal bukan sekadar pengangkutan untuk ke kelas. Ia juga menjadi kenderaan utama...