Ads

Toyota SYI Outrun 2026 Himpun Lebih 7,500 Peserta, RM200,000 Disumbang Kepada NCSM

Edisi Kelima Toyota SYI Outrun Terus Kukuh, Himpun Ribuan Peserta Di Putrajaya

UMW Toyota Motor (UMWT) terus memperkukuh komitmennya terhadap komuniti menerusi penganjuran Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2026, acara larian amal tahunan yang menghimpunkan ribuan peserta bagi menyokong usaha National Cancer Society Malaysia (NCSM) dalam membantu pesakit kanser.

Memasuki edisi kelima, acara larian tahunan itu berlangsung di Dataran Wawasan, Putrajaya pada Ahad, 5 Julai lalu, dengan penyertaan lebih 7,500 peserta daripada pelbagai latar belakang.

Lebih bermakna, penganjuran tahun ini berjaya mengumpul sebanyak RM200,000 bagi menyokong usaha National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dalam menyokong perjuangan pesakit kanser.

Bagi Toyota, penganjuran acara ini bukan sekadar aktiviti larian, tetapi turut membawa mesej tentang keberanian mencabar diri, semangat kebersamaan dan sokongan kepada masyarakat.

Toyota SYI Outrun 2026 Himpun Lebih 7,500 Peserta, RM200,000 Disumbang Kepada NCSM
Lebih 7,500 peserta mengambil bahagian dalam Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2026 di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Toyota SYI Outrun 2026 Menampilkan 3 Kategori Utama

Toyota SYI Outrun 2026 menampilkan tiga kategori utama iaitu 5KM Fun Run, 10KM Competitive Run dan 21KM Half Marathon.

Ads

Format ini membolehkan acara tersebut disertai oleh pelbagai kelompok, daripada keluarga dan pelari kasual, sehinggalah kepada pelari berpengalaman yang mahu menguji kemampuan masing-masing.

Sambutan terhadap kategori kompetitif juga cukup memberangsangkan apabila 2,200 peserta mengambil bahagian dalam larian 10KM, manakala 1,800 peserta pula menyertai kategori 21KM Half Marathon.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., kekuatan utama Toyota SYI Outrun terletak pada sokongan konsisten yang diterima sejak ia mula diperkenalkan.

Ads

Beliau berkata, acara ini kini menjadi antara larian pertengahan tahun yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana sifatnya yang mudah disertai, positif dan mempunyai tujuan jelas.

Toyota SYI Outrun 2026 Himpun Lebih 7,500 Peserta, RM200,000 Disumbang Kepada NCSM
(Dari kiri) Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor; Prof. Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan National Cancer Society Malaysia; dan Encik Takashi Obata, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor ketika majlis penyerahan sumbangan daripada UMW Toyota Motor kepada National Cancer Society Malaysia.

Putrajaya Jadi Lokasi Acara

Seawal awal pagi, tapak acara mula dibanjiri peserta, penyokong, sukarelawan serta rakan penganjur, mewujudkan suasana yang bukan sahaja merancakkan acara larian, malah mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.

UMW Toyota Motor (UMWT) juga menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM138,000 kepada 10 pemenang terbaik bagi kategori perlumbaan kompetitif.

Ads
Toyota SYI Outrun 2026 Himpun Lebih 7,500 Peserta, RM200,000 Disumbang Kepada NCSM
Semangat komuniti jelas terpancar di Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2026.

Sejak diperkenalkan pada 2019, Toyota SYI Outrun telah menyokong pelbagai inisiatif berkaitan kesejahteraan dan keterangkuman. Ia bermula dengan sokongan kepada Paralympic Council of Malaysia, sebelum diteruskan dalam edisi-edisi terkini bersama NCSM.

Penganjuran acara ini menunjukkan pendekatan lebih luas terhadap automotif. Ia bukan sahaja tentang menghasilkan kenderaan, tetapi juga membina hubungan dengan masyarakat melalui platform yang memberi impak.

Baca Juga : Toyota Yaris Cross Catat 2298 Tempahan Dalam Tempoh Dua Minggu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Yamaha Y15ZR SE 2026 Terima Warna Baharu Royal Maroon

Yamaha Y15ZR SE 2026 Kini Tampil Dengan Warna Royal Maroon, Harga RM9,498 Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan warna baharu untuk Yamaha Y15ZR Special Edition (SE)...