Mercedes-Benz sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam industri automotif dengan memperkenalkan EQS 450 4MATIC SUV. Sebuah kenderaan yang menggabungkan kemewahan, teknologi canggih, dan prestasi yang luar biasa.
Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada SUV ini adalah sistem KEYLESS-GO yang memudahkan akses tanpa kunci, serta AKSES BEBAS TANGAN yang membolehkan anda membuka pintu dengan mudah walaupun kedua-dua tangan penuh dengan barang. Tidak ketinggalan, pintu belakang EASY-PACK yang direka untuk kemudahan akses ke ruang kargo, menjadikan urusan memuat barang lebih mudah dan pantas.
Selain itu, EQS 450 4MATIC SUV turut dilengkapi dengan pakej tambahan USB yang menyediakan lebih banyak port untuk mengecas peranti elektronik, serta Acoustic Comfort Package yang memastikan kabin kekal senyap dan selesa walaupun semasa pemanduan pada kelajuan tinggi.
Ads
Ruang Kabin EQS 450
Dengan harga bermula dari RM 625,888 (atas jalan tanpa insurans). Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV sememangnya ditujukan kepada mereka yang mengutamakan kemewahan dan prestasi dalam sebuah kenderaan. Penghantaran model ini dijangka bermula pada September 2024. Jadi pastikan anda membuat tempahan awal untuk menjadi antara yang pertama memiliki SUV mewah ini.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web rasmi Mercedes-Benz Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri kehebatan teknologi dan kemewahan yang ditawarkan oleh EQS 450 4MATIC SUV.
Warna kereta selalunya dipilih berdasarkan citarasa. Ada yang suka putih kerana nampak bersih, ada yang pilih hitam sebab kelihatan lebih premium, dan ada juga yang sanggup ambil warna terang kerana mahu kereta lebih menonjol di jalan raya.
Walaupun nampak seperti keputusan kecil, warna kereta boleh memberi kesan kepada penjagaan, suhu kabin, tahap keterlihatan di jalan raya dan nilai jual semula.
Ramai pembeli memberi perhatian kepada spesifikasi, enjin dan ciri keselamatan, tetapi aspek warna sering dianggap perkara sampingan. Hakikatnya, pilihan warna boleh mempengaruhi pengalaman pemilikan dalam jangka panjang.
Selain faktor penampilan, ia turut berkait dengan keselesaan harian, kos penjagaan dan persepsi pasaran apabila tiba masa untuk menjual semula kenderaan tersebut.
Antara perkara yang sering dikaitkan dengan warna kereta ialah suhu. Secara asasnya, warna gelap seperti hitam dan biru tua cenderung menyerap lebih banyak haba berbanding warna cerah seperti putih, silver atau beige.
Dalam cuaca panas Malaysia, perbezaan ini boleh dirasai terutama apabila kereta diparkir lama di bawah matahari. Kabin kereta berwarna gelap mungkin terasa lebih panas ketika mula masuk, walaupun faktor lain seperti tinted, bahan interior dan lokasi parkir juga memainkan peranan.
Tidak dinafikan, warna hitam boleh membuatkan sesebuah kereta nampak lebih elegan dan mahal. Banyak model premium juga kelihatan lebih garang apabila dipadankan dengan warna gelap.
Masalahnya, hitam antara warna paling cerewet untuk dijaga. Habuk, watermark, calar halus dan swirl mark lebih mudah kelihatan pada permukaan cat gelap. Jika tidak kerap dicuci atau dijaga dengan betul, kereta hitam boleh cepat nampak kusam walaupun usia kereta belum begitu lama.
Warna putih, silver dan grey biasanya menjadi pilihan selamat untuk kebanyakan pembeli. Warna ini lebih mudah diterima, tidak terlalu menonjol dan sesuai dengan pelbagai jenis kereta, daripada hatchback kecil hingga SUV keluarga.
Dari segi penjagaan, silver dan grey antara warna paling praktikal kerana habuk halus tidak terlalu jelas. Putih pula nampak bersih dan moden, tetapi masih boleh menampakkan kotoran tertentu seperti lumpur, kesan tar atau tompokan hitam pada bahagian bawah badan kereta.
Dari sudut keselamatan visual, warna cerah dan terang biasanya lebih mudah dilihat di jalan raya, terutama dalam keadaan hujan, waktu senja atau kawasan kurang pencahayaan. Warna seperti putih, kuning, oren atau merah lebih cepat menarik perhatian berbanding warna gelap.
Namun ini tidak bermaksud kereta berwarna gelap tidak selamat. Faktor seperti lampu, reflektor, jarak pemanduan dan cara pemandu lain bertindak masih lebih penting.
Warna juga boleh mempengaruhi pasaran kereta terpakai. Warna popular seperti putih, silver, grey dan hitam biasanya lebih mudah dijual semula kerana lebih ramai pembeli boleh menerimanya.
Sebaliknya, warna yang terlalu unik seperti hijau terang, kuning, ungu atau warna edisi khas mungkin nampak menarik kepada pemilik asal, tetapi pasaran pembelinya lebih kecil.
Cat matte atau satin semakin popular kerana memberi rupa lebih unik dan moden. Namun penjagaannya tidak sama seperti cat biasa. Permukaan matte tidak boleh dipolish seperti cat gloss kerana ia boleh mengubah tekstur asal cat tersebut.
Jika tercalar atau terkena kesan degil, proses membaikinya juga boleh jadi lebih rumit dan mahal. Jadi, warna matte sesuai untuk mereka yang benar-benar faham cara penjagaannya, bukan sekadar memilih kerana nampak cantik dalam gambar.
Akhirnya, warna terbaik bergantung kepada gaya hidup pemilik. Jika mahukan kereta yang mudah dijaga, warna silver, grey atau putih lebih praktikal. Jika mahu rupa lebih premium dan sanggup jaga lebih teliti, hitam masih pilihan menarik.
Kesimpulannya, warna kereta memang boleh mempengaruhi lebih daripada sekadar rupa. Ia berkait dengan haba, penjagaan, keterlihatan dan nilai jual semula. Jadi sebelum pilih warna, fikir juga bagaimana kereta itu akan digunakan setiap hari, bukan hanya bagaimana ia nampak ketika masih baru.
Triumph Malaysia, di bawah Didi Group, sekali lagi menggegarkan dunia motosikal dengan pelancaran model terbaharu mereka – Tiger Sport 800. Jentera sport-touring ini hadir dengan kombinasi kuasa, teknologi, dan reka bentuk yang bakal mengujakan peminat motosikal di Malaysia.
Dikuasakan oleh enjin tiga silinder 798cc, Tiger Sport 800 menjanjikan prestasi luar biasa dengan 115PS kuasa maksimum dan tork 84Nm. Ini bermakna anda bakal menikmati pecutan pantas dan kawalan yang lebih lancar dalam apa jua keadaan tunggangan. Tidak kira sama ada menunggang di jalan bandar yang sibuk atau meredah lebuh raya.
Dibina dengan casis ringan yang memberikan kawalan lebih stabil. Tiger Sport 800 juga menampilkan suspensi boleh laras penuh dari Showa untuk pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan mantap. Ditambah dengan tangki bahan api 18.6 liter, motosikal ini direka untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak.
Sebagai motosikal moden, Tiger Sport 800 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti:
Tiger Sport 800 direka dengan bentuk aerodinamik yang memberikan kestabilan maksimum. Ergonomiknya juga memastikan keselesaan terbaik untuk penunggang dan pembonceng. Menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang gemar touring. Bagi yang mementingkan gaya, motosikal ini hadir dalam empat warna menarik:
Tiger Sport 800 dijual pada harga RM63,900 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Lebih menarik, 30 pelanggan pertama yang menempah motosikal ini akan menerima pek touring Triumph bernilai RM11,000. Termasuk pannier, top box untuk dua helmet, rak bagasi, pad sandaran, dan kit stand tengah.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki jentera yang menggabungkan kuasa, keselesaan, dan teknologi terkini ini. Kunjungi pengedar rasmi Triumph hari ini atau layari www.triumph-motorcycles.my untuk maklumat lanjut!
Ramai pemilik kenderaan masih beranggapan penggunaan sabun basuh pinggan atau sabun basuh baju yang mampu memberikan hasil cucian yang lebih bersih kerana buihnya banyak dan mampu menanggalkan minyak dengan cepat.
Namun amalan ini sebenarnya tidak digalakkan untuk penjagaan kenderaan dalam jangka masa panjang.
Sabun pencuci pinggan direka khas untuk memecahkan minyak, gris dan sisa makanan pada permukaan pinggan yang telah digunakan. Disebabkan itu, kandungan degreaser dan bahan kimianya lebih kuat berbanding syampu untuk mencuci kereta.
Penggunaan sabun pencuci pinggan secara kerap boleh menanggalkan lapisan wax dan perlindungan pada permukaan cat kenderaan dan bahan kimia dalam sabun cuci pinggan boleh mempercepatkan proses oxidation pada cat.
Apabila lapisan perlindungan ini hilang, permukaan cat akan lebih mudah terdedah kepada:
Dalam jangka masa panjang, warna cat akan menjadi kusam dan kehilangan kilauan asal.
Satu lagi perkara yang sering diabaikan ialah tahap lubrication semasa proses mencuci.
Syampu khas kereta biasanya mempunyai agen pelincir yang membantu wash mitt atau span bergerak lebih lancar di atas permukaan cat. Ini penting untuk mengurangkan geseran ketika mencuci habuk dan pasir halus.
Sabun cuci pinggan pula kebiasaannya tidak mempunyai formula lubrication yang mencukupi. Akibatnya:
Fenomena ini banyak dibincangkan dalam komuniti detailing antarabangsa termasuk forum dan komuniti automotif profesional.
Selain cat, bahan kimia dalam sabun rumah juga boleh memberi kesan kepada komponen lain pada kenderaan seperti:
Penggunaan berterusan mungkin boleh menyebabkan getah menjadi keras dan trim plastik lebih cepat pudar akibat kehilangan kelembapan semula jadi pada material tersebut.
Dalam dunia detailing profesional, sabun pencuci pinggan kadangkala digunakan hanya untuk tujuan tertentu seperti:
Namun ia bukan disarankan untuk cucian mingguan atau penjagaan rutin harian kenderaan.
Ramai pengguna merasakan tiada masalah walaupun sudah lama menggunakannya kerana kerosakan cat biasanya berlaku secara perlahan dan mengambil masa bertahun sebelum kesannya benar-benar jelas kelihatan.
Bagi memastikan permukaan cat kekal berkilat dan tahan lama, gunakan :
Walaupun harga syampu kereta sedikit lebih mahal berbanding sabun cuci pinggan, kos tersebut jauh lebih rendah berbanding membaiki cat kusam, melakukan polishing berat atau repaint semula panel kenderaan di kemudian hari.
Honda ADV160 Spider-Man Edition Dilancarkan, Hanya 300 Unit Pada Harga RM14,149
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda ADV160 Spider-Man Edition untuk pasaran Malaysia, sebuah model edisi...