Ads

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

Mercedes-AMG CLE 646, V8 4.0 Liter Dan 0-200 KM/J Dalam 11.4 Saat

Mercedes-AMG memperkenalkan CLE 646 Spezialanfertigung, sebuah coupe berprestasi tinggi yang dibangunkan khusus dengan penekanan terhadap dinamik pemanduan, pengurangan berat dan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Model ini merupakan jentera kedua di bawah siri eksklusif Mercedes-Benz Mythos dan penghasilannya dilakukan sepenuhnya dengan tangan di ibu pejabat AMG di Affalterbach.

Lebih menarik, CLE 646 Spezialanfertigung mengetepikan sistem pacuan semua roda yang biasa digunakan pada kebanyakan model AMG berprestasi tinggi masa kini, sebaliknya memilih konfigurasi pacuan roda belakang sepenuhnya.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung Hadir dengan Enjin V8 4.0 Liter Biturbo, 646 HP

Angka 646 pada namanya merujuk kepada output kuasa yang dihasilkan oleh enjin AMG M177 EVO 4.0 liter V8 biturbo.

Unit berkenaan menghasilkan:

  • 646 hp (475 kW)
  • 850 Nm
  • 0-200 km/j dalam 11.4 saat
  • Kelajuan maksimum 310 km/j

Tork maksimum 850 Nm tersedia antara 2,500 hingga 4,500 rpm.

Mercedes-AMG turut menggunakan flat-plane crankshaft yang mengurangkan jisim berputar enjin, sekali gus membolehkan tindak balas pendikit lebih pantas serta karakter putaran enjin yang lebih agresif.

Kuasa dihantar menerusi transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G.

Ia turut menerima sistem ekzos prestasi tinggi khas menggunakan titanium yang dibangunkan bersama Akrapovic, bukan sahaja bagi mengurangkan berat tetapi juga menghasilkan karakter bunyi V8 yang lebih tersendiri.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

170 Kilogram Lebih Ringan

Projek CLE 646 Spezialanfertigung pada asalnya bermula sebagai sebuah prototaip yang dibangunkan oleh sekumpulan kecil jurutera AMG.

Matlamat mereka cukup mudah  sejauh mana Mercedes-AMG CLE boleh dibangunkan sekiranya fokus utama diberikan kepada prestasi dan dinamik pemanduan?

Hasilnya bukan sekadar CLE dengan tambahan kuasa.

Keseluruhan kereta dirombak merangkumi casis, badan, aerodinamik, suspensi serta kabin.

Berbanding CLE produksi biasa, berat keseluruhan berjaya dikurangkan sekitar 170 kilogram.

Struktur badannya turut menerima pengukuhan tambahan bersama pemasangan roll-over bar bagi meningkatkan ketegaran casis ketika dipandu pada tahap maksimum.

CLE 646 Spezialanfertigung

Widebody Tambah Lebar 60 mm

Perubahan paling ketara boleh dilihat pada reka bentuk widebody yang digunakan.

Ads

Mercedes-AMG melebarkan badan sebanyak 60 mm pada gandar hadapan dan belakang.

Selain memberikan rupa lebih agresif, trek lebih lebar membolehkan penggunaan roda serta tayar yang lebih besar selain meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Banyak komponen badan standard turut digantikan dengan panel gentian karbon bagi mengurangkan berat.

Namun setiap perubahan pada badan bukan dilakukan semata-mata untuk rupa.

Keseluruhan reka bentuk aerodinamik CLE 646 Spezialanfertigung dibangunkan khusus untuk meningkatkan prestasi.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

Diffuser Boleh Laras Street dan Race

Antara komponen menarik ialah diffuser hadapan yang boleh dilaraskan secara manual kepada dua tetapan iaitu Street dan Race.

Dalam mod Race, diffuser berkenaan memanfaatkan kesan Venturi untuk menghasilkan lebih banyak daya mendap pada gandar hadapan.

Ia membantu meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi serta memberikan tindak balas stereng lebih tepat ketika memasuki selekoh.

Bahagian fender hadapan pula mempunyai louvers terbuka untuk mengeluarkan udara daripada ruang roda.

Sistem saluran udara khas berhampiran lampu hadapan turut mengarahkan aliran udara melalui ruang roda sebelum dilepaskan menerusi louvers berkenaan.

Selain itu, flic aerodinamik pada sisi bampar hadapan membantu mengawal aliran udara serta meningkatkan penyejukan brek.

Ads

Sayap belakang dan aerodinamik bawah badan melengkapkan pakej berkenaan.

Pacuan Belakang Dengan Differential Elektronik

Tidak seperti sebahagian besar model AMG moden yang menggunakan sistem pacuan semua roda, CLE 646 Spezialanfertigung menghantar keseluruhan kuasa kepada roda belakang sahaja.

Konfigurasi itu bukan sahaja membantu mengurangkan berat tetapi menjadi antara elemen penting dalam memberikan karakter pemanduan lebih tulen.

Ia turut dilengkapi electronic limited-slip differential pada gandar belakang.

Menurut Mercedes-AMG, sistem berkenaan turut membolehkan pemandu melakukan controlled drift dengan lebih mudah.

Sistem Launch Control pula dikalibrasi semula khusus untuk konfigurasi pacuan belakang.

Hasilnya, CLE 646 Spezialanfertigung mampu memecut dari 0 hingga 200 km/j dalam masa hanya 11.4 saat.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

Suspensi Boleh Dilaras Empat Hala

Sistem suspensi turut dibangunkan semula khusus untuk kegunaan prestasi.

Mercedes-AMG menggunakan sistem steel coilover suspension dengan penyerap hentak boleh laras empat hala.

Pemandu boleh melaraskan tetapan low-speed dan high-speed untuk rebound serta compression secara berasingan.

Ini membolehkan tetapan suspensi disesuaikan mengikut gaya pemanduan, karakter litar ataupun jenis penggunaan.

Ads

Bagi sistem brek pula, model ini menerima AMG Ceramic High-Performance Composite Braking System.

Sistem penyejukan brek turut direka semula dengan saluran udara lebih besar pada bampar hadapan serta sistem pengaliran udara khusus pada gandar.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

Kabin Dibuang Hampir Semua Yang Tidak Perlu

Pendekatan pengurangan berat diteruskan ke bahagian kabin.

Tempat duduk belakang dibuang sepenuhnya bersama sebahagian bahan penebat bunyi.

Panel pintu standard digantikan dengan unit gentian karbon ringan manakala tempat duduk hadapan menggunakan kerusi bucket perlumbaan ringan dengan sokongan sisi lebih agresif.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

Sebuah roll-over bar turut dipasang bagi meningkatkan ketegaran struktur badan.

Mercedes-AMG turut mengurangkan beberapa fungsi infotainmen, mod pemanduan serta sistem bantuan pemandu yang dianggap tidak diperlukan untuk karakter model berkenaan.

Jumlah butang pada stereng AMG Performance turut dikurangkan.

Namun stereng itu masih mengekalkan kemasan mikrofiber DINAMICA serta bentuk bawah rata yang diinspirasikan daripada dunia sukan permotoran.

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung, 646 HP, Kelajuan Maksimum 310 KM/J

CLE Paling Ekstrem?

Mercedes-AMG CLE 646 Spezialanfertigung bukan sekadar CLE yang diberikan enjin lebih berkuasa.

Hampir setiap bahagian kereta ini diubah bagi mencapai satu matlamat iaitu menghasilkan sebuah coupe AMG yang lebih ringan, lebih tajam dan lebih berfokuskan kepada pemandu.

Gabungan enjin V8 646 hp, pacuan roda belakang, pengurangan berat 170 kg, widebody, aerodinamik aktif secara manual dan suspensi boleh laras menjadikannya antara interpretasi paling ekstrem terhadap platform CLE setakat ini.

Tambahan pula, dengan setiap unit dibina sepenuhnya “hand made” di Affalterbach, CLE 646 Spezialanfertigung jelas lebih dekat kepada sebuah jentera khas buatan AMG berbanding coupe produksi biasa.

Baca Juga : Mercedes AMG GLC 43 4MATIC Coupe Nightfall Edition Kini Di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

BYD ATTO 3 Performance Kini di Malaysia, 0-100 km/j Dalam 4.0...

BYD ATTO 3 Performance Lancar di Malaysia : 330 kW, 560 Nm, AWD, Hanya 69 Unit BYD Sime Motors memperkenalkan 2026 BYD ATTO 3 Performance...