Ads

Marc Marquez Umum Bersara Daripada MotoGP

Marc Marquez Umum Bersara Daripada MotoGP

Dunia sukan permotoran dikejutkan dengan pengumuman persaraan Marc Marquez daripada Kejuaraan Dunia MotoGP, sekali gus menandakan berakhirnya sebuah era gemilang dalam sejarah perlumbaan motosikal dunia.

Pelumba Ducati Lenovo Team itu mengumumkan keputusan berkenaan ketika sesi latihan bebas pertama (FP1) Grand Prix Valencia, menurut kenyataan yang dikongsikan.

Lebih dramatik, pelumba yang sinonim dengan nombor 93 itu memilih untuk mengakhiri kariernya ketika masih bergelar juara dunia.

Marc Marquez Umum Bersara Selepas Merangkul Lapan Gelaran MotoGP

Pengumuman itu hadir selepas Marquez merangkul gelaran juara dunia MotoGP kelapan, sekali gus menyamai rekod legenda perlumbaan motosikal, Giacomo Agostini dalam kelas premier.

Secara keseluruhan, pelumba kelahiran Sepanyol berusia 33 tahun itu mengumpul 10 gelaran juara dunia sepanjang pembabitannya dalam kejuaraan Grand Prix motosikal.

Perjalanan karier Marquez bukanlah mudah. Selepas melalui beberapa siri kecederaan serius, beliau membuktikan kemampuannya untuk kembali bangkit dan menawan semula takhta kejuaraan dunia bersama Ducati.

Ads

Marc Marquez Umum Bersara Daripada MotoGP

Valencia Jadi Perlumbaan Terakhir Marc Marquez

Grand Prix Valencia 2026 hujung minggu ini bakal menjadi penampilan terakhir Marquez sebagai pelumba profesional MotoGP.

Perlumbaan penutup musim itu pastinya membawa makna cukup besar buat peminat yang mengikuti perjalanan kariernya sejak kemunculan sulung dalam kelas MotoGP pada 2013.

Ads

Marc Marquez

Pihak MotoGP turut mengesahkan persaraan berkenaan pada 27 November 2026 dan akan meraikan pencapaian serta legasi Marquez sepanjang hujung minggu ini.

Kini, tiba masanya untuk dunia MotoGP mengucapkan selamat tinggal kepada seorang legenda.

Ads

Terima kasih untuk segala kenangan, Marc Marquez!

#ThankYouMarc

Baca Juga : Honda Civic Tawan Perlumbaan Sepang 1000KM

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

DENZA N9, YANGWANG U8 dan U9 Dipamerkan Buat Pertama Kali di...

DENZA N9, YANGWANG U8 & U9 Buat Penampilan Sulung di Malaysia BYD Sime Motors bakal memperlihatkan tiga model flagship daripada jenama di bawah naungannya, iaitu...