Ads

Honda Civic Tawan Perlumbaan Sepang 1000KM

Honda Civic Tawan S1K 2026, HMRT Cipta Rekod Baharu

Honda Malaysia Racing Team (HMRT) kembali mengungguli arena sukan permotoran tempatan apabila muncul juara keseluruhan perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 November lalu.

Jentera Honda Civic bernombor 27 yang dipandu Putera Adam Halim dan Avila Bahar berjaya melengkapkan 181 pusingan dengan catatan masa lapan jam, 16 minit dan 19.311 saat, sekali gus menamatkan perlumbaan dengan kelebihan enam pusingan.

Lebih membanggakan, HMRT turut mencipta rekod pusingan baharu S1K dengan catatan masa 2 minit 31.504 saat.

Honda Civic Tawan Perlumbaan Sepang 1000KM

Jentera Dibangunkan Sepenuhnya Oleh Pasukan Tempatan

Kejayaan itu cukup istimewa apabila kedua-dua jentera Honda Civic yang dipertandingkan dibangunkan sendiri oleh kakitangan Honda Malaysia di kilang pemasangannya di Pegoh, Melaka.

HMRT mempertaruhkan dua jentera Honda Civic dalam kelas M-Production dengan barisan pelumba berikut:

Ads
  • Jentera No. 26: Aaron Lim, Farriz Fauzy dan Lai Wee Sing.

  • Jentera No. 27: Putera Adam Halim dan Avila Bahar.

Kedua-dua jentera menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo berasaskan spesifikasi model produksi, dengan penalaan serta pembangunan kejuruteraan dilakukan secara dalaman oleh HMRT.

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk sistem suspensi, brek dan aerodinamik yang disesuaikan khusus untuk perlumbaan endurance.

Honda Civic

Membuktikan Kemampuan Bakat Tempatan

Ditubuhkan pada 2003, HMRT kini dianggotai 29 kakitangan Honda Malaysia daripada kilang pemasangan di Melaka dan pejabat korporat di Petaling Jaya, Selangor.

Ads

Menariknya, pembangunan kedua-dua jentera dilakukan oleh anggota pasukan selepas waktu bekerja serta pada hujung minggu, di samping melaksanakan tanggungjawab harian masing-masing.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, kejayaan itu membuktikan keberkesanan semangat kerja berpasukan, dedikasi serta keupayaan kakitangan tempatan dalam menghadapi cabaran.

Menurutnya, penglibatan Honda dalam sukan permotoran bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya menjadi platform pembangunan kemahiran teknikal, pemindahan pengetahuan dan penambahbaikan berterusan.

Honda Civic Tawan Perlumbaan Sepang 1000KM

Ads

Kembali Ke Puncak Selepas 11 Tahun

Kemenangan keseluruhan S1K 2026 menyaksikan HMRT kembali ke kedudukan tertinggi podium selepas kali terakhir meraih kejayaan keseluruhan pada 2015 menerusi Honda Jazz dan Honda City.

Kejayaan bersama Honda Civic kali ini turut mencerminkan komitmen berterusan Honda Malaysia dalam pembangunan bakat tempatan, kejuruteraan automotif serta memperkasakan landskap sukan permotoran negara.

Baca Juga : Honda Civic EJ1 Coupe, Model Yang Jarang Ditemui di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Hyundai Elantra Generasi Kelapan Diperkenalkan

Hyundai Elantra Generasi Kelapan Diperkenalkan, Tampil Lebih Besar Dengan Enjin Hibrid 157 PS Hyundai Motor Company secara rasmi memperkenalkan Hyundai Elantra generasi kelapan sempena Los...