Ads

DENZA N9, YANGWANG U8 dan U9 Dipamerkan Buat Pertama Kali di Malaysia

DENZA N9, YANGWANG U8 & U9 Buat Penampilan Sulung di Malaysia

BYD Sime Motors bakal memperlihatkan tiga model flagship daripada jenama di bawah naungannya, iaitu DENZA N9, YANGWANG U8 dan YANGWANG U9 menerusi acara BYD Year-End Grand Finale Sale.

Acara jualan akhir tahun itu berlangsung dari 27 hingga 29 November 2026 di ruang pameran terbuka MATRADE Dutamas, Kuala Lumpur, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Penampilan Sulung Tiga Model Flagship

Buat julung kalinya, orang ramai di Malaysia berpeluang melihat secara lebih dekat DENZA N9, YANGWANG U8 dan YANGWANG U9, sekali gus anda boleh menyaksikan perkembangan teknologi kenderaan yang dibangunkan oleh kumpulan BYD.

Antara tarikan utama sepanjang acara tiga hari itu ialah demonstrasi khas YANGWANG U9 yang mampu melakukan aksi tarian dan lompatan, memperlihatkan kecanggihan teknologi serta sistem kawalan kenderaan yang dimilikinya.

Ads

Bagaimanapun, penampilan ketiga-tiga model berkenaan adalah dalam bentuk pameran dan belum melibatkan pengumuman rasmi harga jualan untuk pasaran tempatan.

YANGWANG

Penjimatan Sehingga RM20,000

Selain tiga model flagship berkenaan, BYD Sime Motors turut mempamerkan rangkaian kenderaan tenaga baharu (NEV) yang merangkumi BYD ATTO 3, BYD SEALION 7, BYD M6, BYD SEAL dan BYD SHARK 6.

Ads

Sempena acara jualan akhir tahun ini, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM20,000 serta rebat tunai tambahan RM688 yang ditawarkan secara eksklusif sepanjang acara berlangsung, tertakluk kepada terma dan syarat.

Penganjuran acara ini bukan sahaja menawarkan peluang kepada bakal pembeli untuk mendapatkan tawaran akhir tahun, malah memberi ruang kepada orang ramai mengenali teknologi dan inovasi terkini daripada rangkaian jenama automotif di bawah kumpulan BYD.

Ads

Baca Juga : Ipoh Kini Miliki Pusat 3S BYD Terbesar di Wilayah Utara Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

MATEC 2026 Kembali Ke Bukit Jalil!

MATEC 2026 Kembali Ke Bukit Jalil, Tawar Aksi Drift, Pameran Kereta Ubah Suai dan Pelbagai Aktiviti Percuma Peminat dunia automotif kini mempunyai satu lagi acara...