Cycle & Carriage Terus Bantu Bakat Automotif Muda, RM40,000 Untuk Empat Pelajar
Cycle & Carriage (C&C) meneruskan komitmen mereka untuk melahirkan bakat automotif masa depan menerusi penganjuran Cycle & Carriage Study Grant 2025, yang kini memasuki tahun kelima penganjurannya, dengan nilai bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM40,000.
Inisiatif di bawah rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) itu menyasarkan golongan belia yang kurang berkemampuan bagi membantu mereka melanjutkan pengajian dalam bidang automotif, selain membuka laluan kerjaya yang lebih terjamin selepas tamat pengajian.
Empat Pelajar Terpilih Tahun Ini
Bagi edisi 2025, seramai empat pelajar Despark International College (DSIC) terpilih sebagai penerima geran berkenaan, masing-masing mengikuti program Light Vehicle Maintenance and Repair Principles (SKM Tahap 3 + C&G Tahap 3).
Penerima terpilih ialah Tan Jian Li (23), Tan Jian San (21), Ahmad Akif Sofwan bin Ahmad Azli (18) dan Chiam Jin Xian (20), yang dilihat berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan industri automotif tempatan.
Ads
Majlis penyerahan dan menandatangani geran berlangsung di Cycle & Carriage Mutiara Damansara, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short, bersama Ketua Pegawai Kewangan James Zhang, Pengurus Besar Selepas Jualan Mark Ho dan Ketua People & Culture Christine Eu.
Bantuan Kewangan & Jaminan Kerja
Setiap penerima menerima biasiswa bernilai RM10,000, termasuk kontrak ikatan selama dua tahun yang menawarkan laluan kerjaya serta jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian, sekali gus memberi kelebihan besar kepada pelajar tersebut.
Ads
Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas, yang mengikuti pengajian di institusi latihan automotif yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Pendidikan Tinggi.
Menerusi Study Grant ini, Cycle & Carriage terus menegaskan peranannya bukan sekadar sebagai pemain industri, tetapi juga sebagai pemangkin pembangunan modal insan automotif negara demi kelestarian industri pada masa hadapan.
Porsche Malaysia, di bawah naungan Sime Darby Auto Performance (SDAP), menyambut ulang tahunnya yang ke-15 tahun ini.
Acara ini turut berlangsung dengan penuh gemilang di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, daripada 11 hingga 13 April 2025. .
Acara tiga hari ini memperlihatkan perjalanan luar biasa jenama ini di Malaysia dari pemasangan tempatan model ikonik hinggalah kepada pelancaran kenderaan elektrik berprestasi tinggi.
Sebagai tarikan utama, Porsche memperkenalkan model baharu 911 Carrera dan Cayenne S E-Hybrid Coupé pemasangan tempatan.
Selain juga mereka turut mempamerkan model seperti Taycan, Macan, dan 911 GT3 Cup milik pasukan Sime Motors Racing Team yang kini bersaing dalam Porsche Carrera Cup Asia 2025.
Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Porsche Malaysia telah berkembang pesat.
Bermula dengan satu pusat jualan di Glenmarie, kini Porsche Malaysia mengendalikan empat Pusat Porsche di seluruh negara termasuk Penang dan Johor Bahru.
Model seperti Cayenne dan 911 mencatatkan jualan memberangsangkan, mencerminkan minat mendalam rakyat Malaysia terhadap jenama prestij dari Jerman ini.
Menurut Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby,
“Ini adalah detik membanggakan buat kami semua di Sime. Kejayaan selama 15 tahun ini adalah hasil daripada sokongan berterusan rakan kongsi kami dan pelanggan setia.”
Salah satu pencapaian terbesar Porsche Malaysia ialah penubuhan kilang pemasangan luar pertama Porsche di dunia, terletak di Kulim pada Mac 2022.
Di sinilah lahirnya Cayenne pemasangan tempatan, kini dijual pada harga bermula RM599,999.
Pada Julai 2024, kejayaan itu diteruskan dengan Cayenne S E-Hybrid Coupé, sebuah SUV elektrik hibrid yang turut menjadi model Porsche pertama dieksport dari Malaysia ke Thailand.
Model ini, yang mula ditawarkan kepada umum pada Januari 2025, dijual pada harga bermula RM728,000.
Sebagai peneraju dalam mobiliti elektrik di rantau ini, Porsche Malaysia telah melancarkan rangkaian pengecasan berprestasi tinggi bersama Shell.
Rangkaian ini membolehkan pemilik Taycan melakukan perjalanan rentas negara dari Singapura ke Thailand melalui Malaysia dengan selesa, dengan pengecas 360 kW yang hanya memerlukan sekitar 20 minit untuk mengecas dari 0 ke 80%.
Di samping pengecas awam, Porsche turut memperkenalkan pengecas 350 kW di pusat jualan mereka sebagai perkhidmatan percuma untuk pemilik EV Porsche.
Lebih menarik pelanggan yang membuat tempahan Taycan atau Macan kini menerima Porsche Mobile Charger 11-kW edisi khas.
Kemunculan generasi baharu 911 Carrera memberi nafas baru kepada legasi model ikonik ini.
Dengan enjin 3.0-liter twin-turbo boxer, model ini menghasilkan 394 PS dan memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.1 saat.
Bagi pencinta prestasi mutlak, 911 GTS baharu hadir dengan sistem T-Hybrid inovatif, menghasilkan 541 PS dan 610 Nm tork.
Harga permulaan untuk 911 Carrera ialah RM1.43 juta, manakala 911 Carrera 4 GTS bermula dari RM1.89 juta.
Sebagai sebahagian daripada DNA sukan permotoran Porsche, Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk bakat tempatan.
Pasukan Sime Motors Racing telah menyertai pelbagai perlumbaan termasuk Porsche Carrera Cup Asia, manakala Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia membuka peluang kepada pelumba muda untuk beraksi dalam dunia maya.
Litar Sepang menjadi pentas utama untuk pengalaman memandu dan aktiviti komuniti yang menggabungkan kelajuan dan ketepatan, sejajar dengan semangat sebenar jenama ini.
Komuniti Porsche Malaysia berkembang sebagai tunjang kekuatan jenama ini.
Porsche Club Malaysia, yang ditubuhkan seiring dengan kehadiran Porsche di negara ini, telah memainkan peranan penting dalam membina hubungan erat antara pemilik dan jenama.
Aktiviti seperti konvoi, program eksklusif dan pengalaman gaya hidup mewah menjadikan pemilikan Porsche lebih daripada sekadar memiliki kereta.
Porsche Malaysia kini bersedia melangkah ke era baharu.
Dengan komitmen terhadap kualiti, inovasi e-mobiliti dan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan, jenama ini bersedia untuk terus memacu impian rakyat Malaysia dalam dunia automotif.
Seperti kata Christopher Hunter, CEO SDAP,
“Kami akan terus memacu pertumbuhan ini, memartabatkan semangat Porsche, dan menyampaikan pengalaman luar biasa kepada semua pemilik Porsche di Malaysia.”
Sime Darby Auto Performance Sdn. Bhd. ialah pengedar rasmi Porsche di Malaysia sejak 2010.
Mereka berperanan dalam mengedar kenderaan dan alat ganti Porsche, serta menawarkan khidmat selepas jualan di pusat Porsche di Ara Damansara, Sungai Besi, Penang dan Johor Bahru.
Pusat ini juga menjadi pusat 4S pertama di rantau Asia Pasifik serta satu-satunya Porsche Classic Partner di Malaysia.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Selepas memperkenalkan konsep Honda Civic Type R HRC Concept di acara Tokyo Auto Salon awal tahun ini, Honda kini mula mendedahkan perkembangan versi produksi model tersebut menerusi sebuah video pembangunan rasmi.
Model baharu ini dibangunkan berasaskan Honda Civic Type R sedia ada, namun diberikan sentuhan lebih agresif dengan teknologi yang diambil terus daripada pengalaman perlumbaan Honda Racing Corporation (HRC).
Menurut Honda, model ini sedang dibangunkan untuk menawarkan “ultimate pure sports performance” dengan gabungan teknologi HRC serta maklum balas daripada pemandu perlumbaan profesional.
Menerusi video tersebut, beberapa perubahan ketara dapat dilihat walaupun masih dilitupi kamouflaj. Bahagian hadapan tampil dengan bampar baharu yang lebih tajam bersama bukaan udara lebih besar bagi meningkatkan aliran penyejukan dan aerodinamik.
Splitter hadapan juga direka lebih rendah dan agresif lengkap dengan side plate di bahagian tepi. Fender hadapan kini mempunyai tambahan elemen aero bagi membantu kestabilan ketika kelajuan tinggi.
Di bahagian sisi pula, skirt tepi dilihat menerima rekaan lebih sporty manakala di belakang, model ini menggunakan spoiler gentian karbon yang menyerupai aksesori rasmi Type R sedia ada.
Antara perubahan paling menarik ialah penggunaan sistem ekzos baharu daripada Akrapovič. Berbeza dengan konfigurasi tiga muncung asal Type R, sistem ini menggunakan tiga tip bersaiz sama yang memberikan penampilan lebih kemas dan agresif.
Honda turut memasang radiator HRC khas yang dapat dilihat melalui gril hadapan. Beberapa pemandu yang menguji jentera ini di Litar Suzuka turut menyatakan model tersebut mempunyai respon lebih tajam, casis lebih rigid serta karakter pemanduan yang lebih hampir kepada kereta lumba.
Menariknya, ruang kabin model ini turut memperlihatkan penggunaan sistem Google Built-in yang kini digunakan pada model Civic generasi terkini. Ia sekali gus mengesahkan kemas kini besar untuk Civic Type R akan datang.
Walaupun Honda masih belum mengesahkan nama rasmi model ini, ramai menjangkakan ia bakal dikenali sebagai Civic Type R HRC. Berdasarkan maklumat awal, model berprestasi tinggi ini dijangka diperkenalkan secara rasmi dalam tempoh kurang 100 hari lagi.
White Motorcycle Concepts (WMC) terus menggemparkan industri automotif dengan inovasi aerodinamik radikal melalui pengenalan model terbaru, WMC300E+.
Motosikal elektrik tiga roda ini menjanjikan kelajuan maksimum 160 km/j dengan jarak tempuh 200 kilometer dan masa pengecasan pantas hanya 15 minit.
Selepas kejayaan model hibrid petrol-elektrik, WMC300FR—yang digunakan oleh pasukan polis di UK, WMC kini memperkenalkan WMC300E+, versi elektrik sepenuhnya.
Model terbaru ini didedahkan pada Cenex Expo, satu acara perdagangan di UK yang memfokuskan kepada mobiliti masa depan yang bersih dan automatik.
Seperti WMC300FR, WMC300E+ menggunakan casis Yamaha Tricity 300, sebuah trike dengan sistem kecondongan.
Walaupun sebahagian besar reka bentuk luaran masih mirip dengan Yamaha Tricity, WMC300E+ menggunakan sistem aliran udara dalaman inovatif untuk mengurangkan rintangan angin, sekali gus meningkatkan prestasi dan jarak tempuh tanpa menambah berat atau kos.
Motosikal elektrik sering kali dihadkan oleh berat tambahan dan harga yang lebih tinggi berbanding enjin pembakaran dalam ICE.
Motosikal elektrik juga sering kali tidak dapat bersaing dari segi prestasi, jarak tempuh, dan kemudahan.
WMC percaya bahawa penyelesaian bagi masalah ini terletak pada peningkatan aerodinamik, di mana konsep aliran udara V-Duct memainkan peranan penting.
Rekaan V-Duct yang pertama kali digunakan pada model WMC250EV membawa perubahan besar dalam dunia aerodinamik.
Saluran besar ini membenarkan udara mengalir terus dari hadapan ke belakang motosikal, mengurangkan kawasan hadapan dan rintangan angin.
WMC300E+ turut menerapkan rekaan ini, walaupun ia kurang jelas kelihatan pada pandangan mata berbanding model terdahulu.
Dengan WMC300E+, saluran udara V-Duct lebih optima kerana tiada enjin pembakaran yang memerlukan ruang tambahan.
Rekaan ini membolehkan saluran udara melalui laluan yang lebih langsung, meningkatkan kecekapan aerodinamik sehingga 25%.
Hasilnya, prestasi dan jarak tempuh meningkat tanpa sebarang kos tambahan.
Sistem motor elektrik dan elektronik utama WMC300E+ disatukan dalam lengan ayun belakang motosikal.
Sistem ini termasuk radiator untuk penyejuk dielektrik yang mengalir melalui pek bateri.
Bateri berbentuk T yang dibangunkan oleh Mahle Powertrain ini mempunyai kapasiti 11.9kWh, dan rekaannya bertujuan untuk mengoptimumkan pengedaran berat motosikal sambil memberikan ruang kepada saluran V-Duct.
Dengan sistem penyejukan yang canggih, suhu bateri dapat dikawal dengan lebih baik, memastikan keselamatan dan prestasi yang konsisten.
Menariknya, WMC300E+ mengekalkan reka bentuk dua tempat duduk asal Yamaha Tricity, berbeza dengan WMC300FR yang terpaksa mengorbankan tempat duduk belakang untuk bateri.
Ini menjadikan WMC300E+ lebih praktikal untuk kegunaan harian, dengan ruang simpanan yang cukup untuk sebuah topi keledar muka penuh.
WMC300E+ direka untuk kegunaan perkhidmatan kecemasan dan penghantaran barangan di bandar-bandar yang semakin beralih kepada zon rendah emisi atau bebas emisi.
Di Eropah, motosikal tiga roda seperti ini tidak memerlukan lesen motosikal; sesiapa yang mempunyai lesen memandu kereta boleh menggunakannya.
Ini membuka peluang kepada pasaran yang lebih besar, terutamanya dengan peningkatan polisi mesra alam di bandar-bandar besar.
Bateri Mahle yang digunakan pada WMC300E+ mampu dikawal suhunya dengan baik, membolehkan motosikal ini dicas kurang dari 15 minit melalui soket CCS DC standard.
Ini menjadikan WMC300E+ pilihan ideal untuk perkhidmatan yang beroperasi 24/7 seperti polis dan perkhidmatan kecemasan lain.
Jarak tempuhnya yang mencecah 100 batu dalam penggunaan lasak, dan 125 batu dalam keadaan biasa, menjadikan motosikal ini setara dengan motosikal petrol dalam banyak aspek.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Tidur Dalam Kereta Dengan Pendingin Hawa Terbuka, Kenal Pasti Bahaya Keracunan Karbon Monoksida Yang Ramai Masih Ambil Ringan
Bagi sesetengah pemandu kereta yang berehat di...