Setelah menggemparkan Karnival GenBlu Yamaha pada bulan September tahun lalu, Yamaha Tenere 700 2024 kini tampil dengan penuh gaya, memukau para peminat motosikal adventure di Malaysia.

Sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia hadir dengan sejumlah peningkatan dan naik taraf yang pasti akan memuaskan peminat motosikal di sini.

Salah satu ciri menarik yang ditawarkan adalah paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu. Penunggang kini dapat memilih antara mod jelajah hingga mod jalanan dengan mudah melalui skrin tersebut. 

Keupayaan untuk memanfaatkan ciri ketersambungan Y-Connect yang dapat disambungkan terus kepada telefon pintar memberikan sentuhan moden pada pengalaman berkendara.

Yamaha Tenere 700 Akhirnya Tiba untuk Pasaran Malaysia, Dari RM69,988
Kredit Foto: Yamaha

Sistem ABS juga telah dinaik taraf dengan tiga tetapan baharu, dan tak lupa mengenai kepraktikaliti quickshifter terus dari kilang yang memberikan kemudahan ekstra kepada penunggang. 

Tuil brek hadapan yang direka semula menambah keteguhan motosikal ini, sementara soket USB baru menggantikan soket 12v yang lama untuk memberikan kemudahan pengisian.

Dari segi kuasa, Yamaha Tenere 700 dikuasakan oleh nadi dua silinder sebaris 270° bersesaran 689 cc yang mampu menghasilkan 72.4 HP pada 9,000 rpm dan tork sebanyak 68 Nm pada 6,500 rpm. 

Untuk meningkatkan kecekapan di medan off-road, motosikal ini dilengkapi dengan fork jenis USD 43 mm boleh laras di bahagian depan, monoshock belakang boleh laras, tangki minyak 16 liter, serta rim berukuran besar, iaitu 21 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang.

Yamaha Tenere 700 Akhirnya Tiba untuk Pasaran Malaysia, Dari RM69,988
Kredit Foto: Yamaha

Satu lagi perkara menarik, Yamaha Tenere 700 ini merupakan model pemasangan tempatan (CKD), menjadikannya lebih berpatutan dengan harga bermula dari RM69,988. Dengan warna Icon Blue yang menawan, setiap pembelian akan turut disertakan dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100 secara percuma.

Dengan kombinasi ciri-ciri moden, prestasi yang tangguh, dan harganya yang berpatutan, Yamaha Tenere 700 2024 jelas menjadi pilihan menarik bagi peminat motosikal adventure di Malaysia. Sambutlah pengalaman mengemudi yang lebih bermakna dengan motosikal penuh gaya ini!

Baca: Yamaha Lancarkan Moped Y16ZR ABS 2024, Hadir Dengan Ciri Keselamatan Terkini

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI