Ads

F1 GP Bahrain: Motosikal Orang Awam Tidak Dibenarkan Masuk SIC

Motosikal Tidak Dibenarkan Masuk SIC Sepanjang F1 GP Bahrain Hujung Minggu Ini

Penunggang motosikal yang merancang untuk menyaksikan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 hujung minggu ini perlu mengambil perhatian bahawa motosikal orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan pengurusan trafik baharu yang dilaksanakan SIC bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan kesesakan serta memastikan pergerakan pengunjung lebih teratur sepanjang acara berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Akses Kenderaan Persendirian Diperketat

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pengalaman mengendalikan acara sukan permotoran berskala besar sejak litar itu mula beroperasi menunjukkan akses tanpa kawalan kepada pelbagai jenis kenderaan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kesesakan serius.

Menurutnya, pendekatan kali ini lebih tertumpu kepada kawalan jumlah kenderaan persendirian yang memasuki kawasan litar.

Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat atau pas parkir sah dibenarkan melepasi sekatan sebelum menuju ke kawasan parkir SIC.

Bagi motosikal orang awam pula, kemasukan ke kawasan litar tidak dibenarkan sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Ads

F1 GP Bahrain

F1 GP Bahrain : Guna Pengangkutan Awam

Pengunjung yang tidak mempunyai pas parkir disarankan menggunakan pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing atau bas perantara percuma yang disediakan sepanjang acara.

Sebanyak 115 bas perantara percuma disediakan menerusi kerjasama dengan Rapid KL dari empat lokasi utama:

Ads
  • KLIA Terminal 2
  • Tempat Letak Kereta Jangka Panjang (LTCP) KLIA
  • Mitsui Outlet Park
  • Bandar Enstek

Selain itu, SIC turut menyediakan 30 bas ulang-alik percuma di dalam kawasan litar bagi memudahkan pergerakan pengunjung.

Perkhidmatan berkenaan dijadualkan beroperasi dari 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Pengunjung turut diingatkan supaya tidak menuju ke kawasan litar sekiranya tidak mempunyai tiket acara atau pas parkir yang sah kerana kenderaan mereka akan dilencongkan di lokasi pemeriksaan.

Ads

Kawalan trafik lebih ketat ini dilaksanakan ketika SIC bersedia menerima kehadiran peminat dalam jumlah besar bagi F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026. Setakat 1 Oktober, hampir 100,000 tiket dilaporkan sudah terjual dengan kira-kira 3,000 tiket masih berbaki.

Sumber: Astro AWANI / Bernama

Baca Juga : Rapid KL Tawar Bas Percuma Ke SIC Sepanjang GP Bahrain 2026

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS Bersedia Hadapi Sepang!

  F1 Kembali ke Sepang, Mercedes-AMG PETRONAS Bersedia Hadapi Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 Selepas hampir sedekad, deruman jentera Formula 1 bakal kembali kedengaran di...