Ads

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Malaysia

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Glenmarie

Cycle & Carriage (C&C) secara rasmi membuka pusat Kia 3S pertamanya di Malaysia menerusi pembukaan Kia Cycle & Carriage Glenmarie 3S Centre.

Pembukaan pusat ini menjadi langkah pertama C&C dalam rangkaian jualan Kia di Malaysia selepas dilantik sebagai rakan pengedar sah oleh Kia Sales Malaysia.

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Malaysia

Jualan, Servis dan Alat Ganti di Bawah Satu Bumbung

Terletak di Glenmarie, Shah Alam, premis berkeluasan 20,839 kaki persegi itu menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti atau 3S di bawah satu bumbung.

Ruang pamerannya berkeluasan 5,511 kaki persegi dan boleh menempatkan sehingga lima buah kenderaan pada satu-satu masa.

Pusat ini turut dilengkapi bengkel, bahagian alat ganti, ruang penerimaan servis serta ruang menunggu pelanggan berkeluasan 2,067 kaki persegi.

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Malaysia

Pusat Kia 3S Dilengkapi 20 Ruang Kerja Servis

Bagi memenuhi keperluan selepas jualan, pusat berkenaan menyediakan 20 ruang kerja servis dan infrastruktur yang bersedia untuk menyokong kemudahan pengecasan kenderaan elektrik.

Ads

Kemudahan itu dibangunkan bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih mudah, selain memenuhi piawaian runcit global Kia.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short berkata, pengalaman pemilikan yang baik tidak seharusnya terhenti selepas pelanggan membeli sebuah kenderaan.

Menurutnya, pusat 3S berkenaan menggabungkan pengalaman runcit global Kia dengan kepakaran C&C dalam perkhidmatan selepas jualan serta penjagaan pelanggan.

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Malaysia

Pusat Kia 3S Guna Konsep Kia Store Identity 2.0

Ruang pameran di pusat berkenaan menggunakan konsep Kia Store Identity 2.0 yang menampilkan rekaan lebih moden, futuristik dan berorientasikan pelanggan.

Ads

Ia merangkumi ruang galeri dengan paparan digital, kawasan khas untuk mempamerkan model utama Kia serta ruang perundingan fleksibel bagi memberikan layanan lebih peribadi kepada pelanggan.

Ruang menunggu pelanggan dan kaunter penerimaan servis turut disepadukan bagi melancarkan perjalanan pelanggan daripada proses melihat kenderaan sehingga urusan penyelenggaraan.

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Malaysia

Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek berkata, pusat jualan tersebut menjadi tempat hubungan antara jenama dan pelanggan mula dibina.

Beliau berkata, Kia kini memberi tumpuan kepada tiga tonggak strategik iaitu Return, Rebuild dan Reposition bagi memperkukuh keseluruhan pengalaman pemilikan, termasuk aspek jualan dan selepas jualan.

Ads

Menurutnya, pengalaman luas serta pendekatan berorientasikan pelanggan yang dimiliki C&C selari dengan usaha Kia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pemilik kenderaannya di Malaysia.

Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Malaysia

Lokasi dan Waktu Operasi Pusat Kia 3S

Kia Cycle & Carriage Glenmarie 3S Centre terletak di No. 1, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.

Ruang pameran beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu, manakala waktu operasi pada Ahad dan cuti umum adalah dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Pusat servis pula dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu. Ia ditutup pada Ahad serta cuti umum.

Baca Juga : Cycle & Carriage Buka Pusat 3S Leapmotor Pertama di Glenmarie

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Tinted Kereta Mengikut Spesifikasi JPJ

Tinted Kereta Jangan Ikut Gelap Semata-Mata, Ini Standard JPJ Yang Perlu Dipatuhi Penggunaan filem tinted pada kenderaan bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia. Dengan...