Ads

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

CFMOTO 750SR-S kini dilancar di Malaysia sebagai sebuah sportbike baharu yang tampil dengan enjin 749cc empat silinder sebaris, rekaan agresif dan kelengkapan yang jelas disasarkan kepada penunggang yang mahukan jentera berprestasi tinggi.

Model ini hadir sebagai antara tawaran paling menarik dalam keluarga SR, membawa imej full-fairing yang lebih serius, lengkap dengan komponen seperti brek Brembo, suspensi KYB, sistem elektronik moden dan paparan TFT bersaiz 6.2 inci.

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Enjin CFMOTO 750SR-S 749cc Empat Silinder

Tumpuan utama CFMOTO 750SR-S sudah tentu terletak pada bahagian enjin. Model ini menggunakan enjin 749cc, empat silinder sebaris, liquid-cooled, DOHC, dengan kuasa maksimum 82 kW pada 10,250 rpm dan tork maksimum 80 Nm pada 9,000 rpm.

CFMOTO turut menyatakan sportbike ini mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 230 km/j, manakala pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan sekitar 3.5 saat. Untuk sebuah sportbike middleweight, angka ini meletakkan 750SR-S sebagai model yang bukan sekadar nampak garang, tetapi memang dibina untuk prestasi.

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Transmisi Enam Kelajuan Dengan Slipper Clutch

Kuasa daripada enjin disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan, dipadankan dengan wet multi-plate slipper clutch. Kelengkapan ini penting untuk jentera sportbike, terutama ketika penunggang melakukan penukaran gear secara agresif atau menurunkan gear sebelum masuk selekoh.

Dalam penggunaan sebenar, slipper clutch membantu mengurangkan risiko roda belakang terasa kasar ketika downshift, sekali gus memberi tunggangan yang lebih terkawal. Ini selari dengan karakter 750SR-S yang dibina bukan hanya untuk kelajuan lurus, tetapi juga untuk keyakinan ketika melayan selekoh.

Ads

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Brek Brembo Dan Sistem Keselamatan Moden

Untuk sistem membrek, CFMOTO 750SR-S hadir dengan cakera berkembar 320 mm di depan bersama angkup Brembo opposed four-piston. Di belakang pula, ia menggunakan cakera tunggal 240 mm dengan angkup Brembo two-piston.

Selain itu, model ini turut dilengkapi ABS dan Cornering ABS, bersama TCS Cornering. Gabungan ini memberi lapisan keselamatan tambahan, terutama ketika membrek atau membuka throttle dalam keadaan motosikal sedang condong.

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Suspensi KYB Boleh Laras

Bahagian suspensi juga tidak dibiarkan biasa. Di depan, 750SR-S menggunakan fork USD 43 mm daripada KYB dengan tetapan preload dan rebound boleh laras. Di belakang pula, ia menggunakan monoshock KYB yang turut boleh dilaras untuk preload dan rebound.

Ads

Setup ini memberi ruang kepada penunggang untuk menyesuaikan karakter motosikal mengikut gaya tunggangan, sama ada untuk kegunaan harian, ride hujung minggu atau tunggangan lebih agresif. Tayar yang digunakan pula bersaiz 120/70 R17 di depan dan 180/55 R17 di belakang, kedua-duanya daripada Maxxis SP.

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Elektronik Lebih Lengkap Untuk Sportbike Moden

Dari segi kelengkapan elektronik, 750SR-S tampil dengan paparan instrumen TFT 6.2 inci yang menyokong MotoPlay dan CFMOTO Ride Connectivity. Ia turut dilengkapi T-Box, steering handle lock, seat-in electronic lock, cornering signal light, emergency braking signal dan tyre pressure monitoring system.

Quick shifter pula disenaraikan sebagai ciri optional. Selain itu, model ini juga hadir dengan lampu LED untuk headlight, taillight dan turning light, sesuai dengan imej sportbike moden yang bukan sahaja fokus kepada prestasi, tetapi juga teknologi.

Ads

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Dimensi Dan Pilihan Warna

CFMOTO 750SR-S mempunyai ukuran panjang 2,036 mm, lebar 745 mm dan tinggi 1,134 mm. Wheelbase dicatatkan pada 1,495 mm, manakala ketinggian tempat duduk ialah 805 mm atau 825 mm dengan aksesori. Kapasiti tangki bahan api pula ialah 17 liter, dengan berat kerb 213 kg.

Untuk pasaran Malaysia, CFMOTO 750SR-S ditawarkan pada harga rasmi RM41,888, menjadikannya antara pilihan sportbike empat silinder yang kompetitif dalam segmen pertengahan.

Model ini juga ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Nebula White dan Nebula Black. Secara keseluruhan, 750SR-S hadir sebagai sportbike yang membawa pakej cukup lengkap, khususnya untuk mereka yang mahukan jentera empat silinder dengan rupa agresif, komponen premium dan teknologi moden dalam satu pakej.

CFMOTO 750SR-S Dilancar di Malaysia, Enjin 749cc 4 Silinder

Baca juga: Brixton Moucca 250 Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM12,888

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Voge DS800X Rally Kini Debut Di Malaysia Bersama DS625X

Voge DS800X Rally dan DS625X kini rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi MForce Bike Holdings, sekali gus menambah pilihan dalam segmen motosikal adventure yang semakin...