Ads

BMW Perluas Ciri Keselamatan Pada Neue Klasse!

BMW Perluas Ciri Keselamatan Aktif, Neue Klasse Bawa Sistem Lebih Pintar Sebagai Standard

BMW terus memperkukuhkan aspek keselamatan menerusi generasi kenderaan Neue Klasse dengan memperluaskan penggunaan ciri keselamatan aktif sebagai kelengkapan standard pada lebih banyak modelnya.

Antara teknologi yang diperkenalkan ialah sistem s yang dipertingkatkan, bantuan stereng ketika kecemasan, sistem brek automatik serta teknologi yang mampu mengesan keadaan pemandu ketika berlaku kecemasan.

BMW iX3 menjadi model produksi Neue Klasse pertama menerima teknologi ini sebelum ia diperluaskan kepada beberapa model lain termasuk BMW i3, BMW X5 dan BMW 7 Series.

BMW Perluas Ciri Keselamatan Pada Neue Klasse!

Pintu Kereta Boleh ‘Tahan’ Daripada Dibuka

Salah satu ciri paling menarik ialah fungsi Exit Warning generasi baharu.

Sistem ini menggunakan radar sisi untuk memantau keadaan sekeliling kenderaan ketika kereta sedang berhenti atau diparkir.

Sekiranya sistem mengesan kenderaan, basikal atau pengguna jalan raya lain sedang menghampiri dan berisiko berlaku pelanggaran, sistem kunci elektronik akan melambatkan pembukaan pintu buat sementara waktu sehingga keadaan kembali selamat.

Teknologi berkenaan direka khusus bagi mengurangkan risiko kejadian yang dikenali sebagai dooring accident, iaitu apabila pintu kereta dibuka secara tiba-tiba sehingga menghalang laluan penunggang basikal atau pengguna jalan raya lain.

Baca Juga: Kereta ‘First Batch’ Banyak Masalah? Betul Atau Tidak?

BMW Perluas Ciri Keselamatan Pada Neue Klasse!

Kereta Boleh Membantu Mengelak Halangan

BMW turut memperkenalkan fungsi emergency steering intervention yang mampu membantu mengubah arah kenderaan bagi mengelak halangan tanpa keluar daripada lorong.

Contohnya, sistem boleh membantu sekiranya seorang pejalan kaki tiba-tiba memasuki laluan atau apabila penunggang basikal sukar dilihat dalam keadaan pencahayaan rendah.

Ads

Sistem yang sama turut boleh memberi bantuan ketika terdapat risiko perlanggaran dari arah sisi dengan melakukan input stereng ringkas untuk menjauhkan kenderaan daripada objek berbahaya, selagi masih terdapat ruang yang mencukupi dalam lorong.

Selain itu, Emergency Brake Assistant dengan sokongan stereng mengelak turut boleh membrek sehingga tahap maksimum apabila sistem mengesan risiko pelanggaran dari hadapan.

Teknologi sensor yang digunakan turut membolehkan sistem mengesan haiwan yang melintas di atas jalan.

BMW Perluas Ciri Keselamatan Pada Neue Klasse!

Jika Pemandu Tidak Lagi Mampu Memandu

Satu lagi ciri keselamatan yang menarik ialah Attentiveness Assistant with emergency stop.

Sekiranya kamera dalaman mengesan pemandu tidak lagi berada dalam keadaan sesuai untuk meneruskan pemanduan, sistem boleh mengambil alih kenderaan buat sementara waktu sebelum memperlahankannya sehingga berhenti secara terkawal.

Lampu kecemasan kemudian akan diaktifkan secara automatik dan sistem turut boleh mencetuskan panggilan kecemasan atau eCall. Pemandu masih boleh mengambil semula kawalan pada bila-bila masa.

Ads

BMW Perluas Ciri Keselamatan Pada Neue Klasse!

Tersalah Tekan Minyak Pun Kereta Boleh Bertindak

BMW turut memperkenalkan fungsi pemantauan ketika kenderaan mula bergerak yang direka untuk mengesan kemungkinan kesilapan menekan pedal.

Sekiranya terdapat halangan kurang satu meter di hadapan atau belakang kenderaan pada kelajuan sehingga 2 km/j, dan pemandu secara tiba-tiba menekan pedal minyak dengan kuat, sistem boleh menganggap berlakunya kesilapan antara pedal minyak dan brek.

Kereta kemudian boleh membrek secara terkawal sehingga berhenti.

Bagi urusan parkir pula, Active Park Distance Control menggunakan gabungan sensor ultrasonik dan kamera sekeliling untuk mengesan objek sebelum membrek secara automatik.

Sistem kini bukan sahaja boleh bertindak terhadap objek di belakang, malah di bahagian sisi kenderaan.

Ads

keselamatan

BMW Mahu Sistem Bantuan Tidak Mengganggu Pemandu

Menariknya, pendekatan BMW bukan sekadar mahu menambah lebih banyak sistem elektronik.

Menerusi konsep BMW Symbiotic Drive, sistem bantuan pemanduan direka untuk memahami niat pemandu melalui beberapa input seperti pergerakan stereng, penggunaan lampu isyarat dan pemerhatian arah pandangan.

Sebagai contoh, Lane Keeping Assistant tidak semestinya akan terus campur tangan ketika pemandu sengaja menukar lorong. Bantuan hanya diberikan apabila sistem mengesan pergerakan tersebut tidak disengajakan atau terdapat risiko perlanggaran.

Menurut BMW, falsafahnya adalah untuk menjadikan teknologi keselamatan sebagai “pembantu” yang berada di latar belakang dan hanya campur tangan apabila benar-benar diperlukan.

Superbrain’ 20 Kali Lebih Berkuasa

Kesemua fungsi keselamatan aktif, pemanduan automatik dan parkir automatik generasi baharu ini dikendalikan menerusi sebuah komputer pusat yang digelar BMW sebagai Superbrain of Automated Driving.”

Komputer berprestasi tinggi dengan sistem penyejukan cecair itu dikatakan mempunyai sekitar 20 kali ganda kuasa pemprosesan berbanding sistem generasi sebelumnya.

Langkah BMW memperluaskan ciri-ciri ini sebagai kelengkapan standard menunjukkan bagaimana teknologi keselamatan dalam kereta moden semakin berubah.

Jika dahulu banyak sistem bantuan pemanduan dilihat sebagai ciri tambahan untuk varian lebih tinggi, generasi Neue Klasse memperlihatkan usaha BMW menjadikannya sebahagian daripada asas keselamatan kenderaan itu sendiri.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Nak Beli Kereta Baharu? Semak Siri Nombor Pendaftaran JPJ Terkini

Nombor Pendaftaran Terkini JPJ Setakat 1 September 2026, Kuala Lumpur Kini Siri VRN Senarai nombor pendaftaran kenderaan terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus menjadi rujukan...