Dalam dunia kereta berprestasi tinggi, pengurangan berat sering kali menjadi kunci untuk membuka potensi sebenar sesebuah kenderaan.
Acura telah menerapkan falsafah iniĀ dalam model Integra Type S HRC Prototype, sebuah jentera dengan reka bentuk yang menggoda dan peningkatan prestasi daripada model asal Integra Type S.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Dipamerkan di Monterey Car Week, prototaip ini merupakan sebuah jentera yang sempurna daripada Honda’s racing department (HRC).
Diringankan untuk Kesempurnaan
Perubahan paling ketara dalam Integra Type S HRC Prototype ialah pengurangan berat yang signifikan.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Dengan mengurangkan 91 kg daripada model asal, Acura telah diubahsuai menjadi sebuah jentera hatchback berprestasi tinggi yang sah di jalan raya.
Pengurangan berat ini adalah melalui penggunaan beberapa komponen carbon fibre termasuk hud dan pintu belakang.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Tempat duduk belakang digantikan dengan sekeping penghalang carbon fibre, dengan tambahan peneguh casis yang menambah kekuatan dan gaya, terutama apabila dicat dalam warna menarik Indy Yellow Pearl.
Ads
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Memastikan jentera ini mirip sebuah jentera pelumbaan, Acura juga telah mengeluarkan sistem penyaman udara dan keputusan yang mungkin mengejutkan bagi mereka yang biasa dengan keselesaan kenderaan moden, tetapi satu keputusan yang akan dihargai oleh peminat yang mencari pengalaman pemanduan yang tulen.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Peningkatan Aero untuk Prestasi
Aerodinamik memainkan peranan penting dalam prestasi, dan Integra Type S HRC Prototype tidak mengecewakan.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Kereta ini dilengkapi dengan kit aero yang komprehensif termasuk splitter baru, ventilasi hud yang lebih besar, skirt sisi, dan yang paling ketara, sayap belakang boleh laras yang besar.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Susunan ini bukan sekadar hiasan, ia direka untuk meningkatkan daya turun (downforce) dan kestabilan pada kelajuan tinggi, menjadikan Type S HRC Prototype sebuah mesin yang hebat di litar lumba dan di jalan raya.
Komponen Sedia untuk Litar
Untuk melengkapkan pengurangan berat dan peningkatan aero, Acura telah melengkapkan Integra Type S HRC Prototype dengan tayar Pirelli P-Zero Trofeo R yang sesuai digunakan litar.
Ads
Tayar ini dilengkapi dengan sportrim yang lebih lebar untuk meningkatkan lebar jejak kereta sebanyak 30mm di hadapan dan belakang.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Sistem brek juga telah dinaik taraf denganĀ kaliper Brembo enam piston di hadapan, memastikan kereta ini boleh berhenti dengan cepat.
Casis juga telah diberi peningkatan menyeluruh, dengan adjustable coilovers yang menurunkan ketinggian pemanduan sebanyak 15mm, plat camber dari kereta lumba Type S, dan adjustable rear anti-roll barĀ yang boleh dilaras.
Perubahan ini direka untuk memberikan Type S HRC Prototype pengendalian yang lebih tajam danĀ pemanduan yang lebih stabil.
Tiada Peningkatan Kuasa, Tetapi Penyejukan Lebih Baik
Jentera ini hadir dengan enjin empat silinder turbocharged 2.0-liter kekal tidak berubah daripada segi output kuasa.
Ads
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Walaubagaimanapun, Acura telah memastikan bahawa enjin ini boleh menahan cabaran penggunaan litar dengan kemaskini intercooler yang lebih besar, dua penyejuk minyak, dan sistem ekzos yang diambil dari kereta lumba.
Peningkatan ini bertujuan untuk memastikan enjin beroperasi pada prestasi puncak, walaupun di litar yang paling mencabar.
Masa Depan Prestasi Acura?
Acura masih belum mengesahkan sama ada bahagian yang dibangunkan oleh HRC ini akan tersedia untuk dibeli dan berapa harganya, tetapi potensi untuk aksesori prestasi ini adalah sesuatu yang sangat menarik.
Kredit Foto : Facebook Motor1.com
Integra Type S HRC Prototype adalah petunjuk jelas bahawa Acura serius tentang menawarkan peminat komponen yang mereka perlukan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan mereka setanding Spoon dan Mugen.
Porsche Taycan kini kembali dengan peningkatan yang lebih menyeluruh ā lebih laju, lebih jauh, dan lebih pantas dicas.Ā
Dalam acara Taycan E-xperience yang dianjurkan oleh Porsche Malaysia, para media berpeluang untuk menguji kemampuan jarak jauh kereta elektrik sepenuhnya ini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands. Merasai sendiri prestasinya di jalan-jalan berbukit yang mencabar.
Perjalanan Mempesona dengan Peningkatan Berkuasa
Taycan baharu kini hadir dengan senarai peralatan standard yang lebih baik, termasuk suspensi udara, pencahayaan ambient, dan sistem pengurusan jarak pintar Porsche (PIRM).Ā
Dengan sistem penyejukan bateri yang diperbaharui dan port pengecasan elektrik di kedua-dua sisi. Taycan ini lebih canggih dari segi prestasi dan kemudahan pemanduan. Kini, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.8 saat untuk varian pacuan roda belakang (RWD). Menjadikannya lebih pantas dari model sebelumnya.
Dalam perjalanan, Taycan dengan mudah menangani pelbagai jenis permukaan jalan ā dari lebuh raya hingga ke laluan berbukit di Genting Highlands.Ā
Pengendaliannya yang tajam dan mantap memastikan pengalaman memandu yang tidak tergugat walaupun dalam kelajuan tinggi atau di selekoh-selekoh tajam.Ā
Suspensi aktif Porsche (PASM) yang diperbaharui memastikan setiap pemanduan lancar dan selesa, sambil mengekalkan kecekapan dinamik yang hebat.
Pengecasan yang Pantas, Perjalanan yang Lebih Jauh
Salah satu ciri menonjol Taycan baharu ialah kemampuan pengecasannya yang pantas.Ā
Dengan teknologi 800 volt, ia kini mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 18 minit di stesen pengecasan berkuasa tinggi.Ā
Baterinya juga lebih efisien dengan kimia sel baharu yang memberikan jarak pemanduan sehingga 678 kilometer bagi satu cas penuh. Membolehkan perjalanan jauh tanpa risau tentang kehabisan bateri.
Peningkatan pada sistem pemulihan tenaga Taycan juga menjadikannya lebih efisien. Dengan kuasa pemulihan maksimum yang kini meningkat kepada 400 kW.Ā
Membantu kereta ini menjana semula tenaga lebih banyak berbanding sebelum ini. Ketika memandu menuruni Genting, Taycan berjaya memulihkan kira-kira tiga peratus daripada caj bateri, memberikan lebih kecekapan tenaga dalam setiap perjalanan.
Menghadapi Selekoh Tajam di Genting Highlands dengan Mudah
Dengan prestasi elektriknya yang hebat, kereta ini mampu memecut lancar walaupun dalam cerun yang curam. Suspensi adaptifnya memastikan pemanduan yang stabil dan selesa walaupun di jalan berbukit.Ā
Manakala bunyi Porsche Electric Sport Sound yang dioptimumkan menambah pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengasyikkan.
Kesimpulan
Dengan peningkatan dalam prestasi, jarak pemanduan, dan keupayaan pengecasan, Porsche Taycan baharu adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari kereta elektrik yang sporty, selesa dan berkuasa. Tidak kira sama ada untuk perjalanan jarak jauh atau mengharungi laluan berbukit, Taycan baharu memberikan pengalaman pemanduan yang mengagumkan. Dengan harga bermula dari RM 575,000, Taycan kini sedia untuk ditempah.
Max Verstappen melonjak semula dari hukuman lima saat dengan kereta yang rosak untuk memenangi perlumbaan dramatik di Grand Prix Las Vegas. Beliau mengadu pada hari Rabu bahawa perlumbaan ini adalah “99% pertunjukan,” tetapi pertunjukan sebenar berlaku diĀ litar dalam salah satu perlumbaan terbaik musim ini.
Verstappen, rakan sepasukannya Sergio Perez, dan Charles Leclerc dari Ferrari menukar tempat dan bertukar-tukar kedudukan sepanjang perlumbaan mereka untuk berjuang tempat di podium. Verstappen mengambil alih kedudukan utama dengan 16 pusingan lagi tetapi Leclerc melepasi Perez pada pusingan terakhir untuk kunci tempat kedua.
Verstappen dikenakan hukuman lima saat kerana memaksa Leclerc keluar trek di selekoh pertama, mengalami sayap hadapan rosak dalam perlanggaran dengan George Russell dari Mercedes, dan membuat pit stop tambahan berbanding Leclerc di bawah kenderaan keselamatan pada pertengahan perlumbaan.
Namun, prestasi peserta yang telah menguasai musim ini akhirnya menjadi penentu dan beliau bangkit semula untuk melepasi Leclerc bagi memenangi perlumbaan ke-18 musim ini.Ā
Kredit Foto: USA Today
Drama bermula sejak awal ketika Verstappen, yang membuat pecutan lebih baik daripada Leclerc dari tempat kedua di grid, berjaya mengambil alih kedudukan di dalam Ferrari di selekoh pertama. Tetapi pemandu Belanda itu salah menilai breknya dan memaksa Leclerc keluar trek apabila kedua-dua kereta tercampak ke kawasan run-off.
Ia mengingatkan kami kepada beberapa gerakan kontroversi yang dilakukan oleh Verstappen ke atas Lewis Hamilton dalam pertarungan sengit mereka untuk gelaran juara pada tahun 2021.
Beliau membantah bahawa beliau berada di hadapan pada apex, tetapi perkara itu tidak benar, dan pengadil bersetuju dengan Leclerc bahawa gerakan tersebut patut dikenakan hukuman.
“Saya tidak bermaksud untuk mendorong Charles keluar trek tetapi saya tidak dapat memperlahankan, memandang kembali, hukuman itu mungkin adalah keputusan yang betul.”
Kredit Foto: South China Morning Post
Semasa Verstappen mengalami masalah dengan tayarnya selepas pusingan ke-10, Ferrari mengejar dan berjaya melepasi Red Bull di penghujung Strip pada pusingan ke-16.
Situasi ini membawa Leclerc ke kedudukan hadapan dan beliau terus beraksi selama lima pusingan lagi, dengan Perez di belakangnya.
Penyertaan F1 di Las Vegas Grand Prix menggembirakan peminat dan memberi perlumbaan yang menghiburkan di mana pertempuran sengit berlaku di setiap selekoh trek. Musim ini menyaksikan gelagat luar biasa para pelumba yang bertarung dalam perlumbaan yang sarat dengan ketegangan dan dramatik.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami diĀ Youtube,Ā InstagramĀ & Ā TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sensor oksigen (O2 Sensor) adalah komponen dalam sistem ekzos kereta dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi dan kecekapan enjin.
Peranti elektronik kecil ini mengukur tahap oksigen dalam gas ekzos dan menghantar data ini kepada modul kawalan enjin (ECM)/ECU. Berikut adalah penjelasan mendalam tentang bagaimana ia berfungsi dan manfaatnya
Kredit Foto : Website customcompleteautomotive
Bagaimana Ia Berfungsi:
Penjanaan Voltan: komponen ini menghasilkan voltan kecil apabila terdedah kepada oksigen dalam gas ekzos.
Interaksi dengan ECM/ECU: ECM/ECU membaca voltan ini untuk menentukan nisbah udara/bahan api dan menyesuaikan suntikan bahan api dengan sewajarnya.
Pemantauan Berterusan: Sensor ini sentiasa memantau nisbah udara/bahan api untuk memastikan prestasi enjin dan kecekapan bahan api yang optimum.
Meningkatkan Kecekapan Bahan Api: Dengan membantu enjin menyesuaikan suntikan bahan api untuk mencapai nisbah udara/bahan api yang lebih optimum, komponen ini menyumbang kepada ekonomi bahan api yang lebih baik.
Mengurangkan Emisi: Memastikan nisbah udara/bahan api adalah optimum membantu mengurangkan emisi berbahaya daripada ekzos, menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih.
Meningkatkan Prestasi Enjin: Sensor oksigen yang rosak boleh menyebabkan pelbagai masalah enjin, termasuk kuasa berkurang, kecekapan bahan api menurun, dan emisi meningkat. Menjaga komponen ini dalam keadaan baik memastikan enjin beroperasi dengan cekap dan berkesan.
Kredit Foto : Website walkerproducts
Kod Masalah Diagnostik (DTC)
Apabila komponen ini rosak, ECM menghasilkan kod DTC tertentu yang boleh membantu mendiagnosis masalah tersebut. Berikut adalah beberapa kod DTC biasa yang berkaitan dengan sensor oksigen:
Kepentingan Penyelenggaraan Berkala: komponen ini adalah komponen penting dalam sistem pengurusan enjin kereta. Penyelenggaraan berkala sensor oksigen adalah penting untuk memastikan ia terus berfungsi dengan betul dan mencegah masalah dengan prestasi enjin.
Menjaga komponen ini dalam keadaan terbaik adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi kenderaan anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami diĀ Youtube,Ā InstagramĀ & Ā TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Continental EcoContact 6 & 6Q Lebih senyap, lebih jauh, lebih cekap
Continental sekali lagi mempamerkan keupayaannya sebagai peneraju teknologi tayar global dengan memperkenalkan dua model...