GWM (Great Wall Motor) Malaysia telah melancarkan SUV hibrid terbarunya. GWM HAVAL H6 HEV, yang kini tersedia di pasaran Malaysia dengan harga RM139,800.
Pelancaran ini menandakan permulaan era baru untuk teknologi SUV hibrid di negara ini. GWM HAVAL H6 HEV menawarkan teknologi hibrid canggih, rekaan yang menawan, dan pelbagai ciri moden.
Menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mementingkan prestasi, kelestarian, dan keselamatan.
Tawaran Istimewa untuk Pemilik Awal
Bagi meraikan pelancaran model ini, GWM Malaysia menawarkan beberapa pakej menarik. Ini termasuk servis penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh) untuk pemilik yang mendaftarkan kenderaan ini pada tahun 2024.
Tambahan lagi, terdapat rebat RM3,000 bagi tempahan sebelum 20 Oktober 2024 dan rebat kesetiaan sebanyak RM3,000 untuk pemilik sedia ada kenderaan GWM.
Selain itu, GWM HAVAL H6 HEV dilengkapi dengan waranti yang mengagumkan – 10 tahun atau 1 juta kilometer untuk enjin, 8 tahun atau 1 juta kilometer untuk sistem hibrid. Serta 7 tahun atau 200,000 kilometer untuk keseluruhan kenderaan, tidak termasuk bahagian yang mudah haus.
Ads
Prestasi dan Kuasa Mengagumkan
SUV ini dikuasakan oleh enjin turbo hibrid 1.5L. Ia menghasilkan gabungan kuasa 243 PS dan tork 530 Nm.
Ini membolehkan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat. Dengan teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT). Peralihan antara kuasa petrol dan elektrik berlaku dengan lancar. Ini memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dan responsif.
Kadar penggunaan bahan api juga sangat efisien, iaitu 5.8L/100 km, dengan jarak perjalanan sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh.
Reka Bentuk Luaran dan Dalaman yang Mempesona
Dari segi reka bentuk, GWM HAVAL H6 HEV tampil dengan gril hadapan ‘Star Matrix’ yang memberikan sentuhan mewah dan futuristik.
Lampu depan LED ultra-terang dan lampu belakang LED mendatar bukan sahaja menambah elemen estetik, tetapi juga meningkatkan keselamatan pemanduan malam.
Di bahagian dalam, SUV ini menawarkan keselesaan kelas pertama dengan tempat duduk hadapan berventilasi, bumbung panoramik, dan pelarasan kuasa 8-hala untuk pemandu.
Ads
Konsol tengah dua peringkat juga menyediakan ruang simpanan tambahan, menjadikannya lebih praktikal untuk pemandu dan penumpang.
Ruang But Luas dan Fleksibel
Dengan kapasiti ruang but 560L. GWM HAVAL H6 HEV menawarkan ruang yang cukup luas untuk keperluan harian atau percutian keluarga.
Tempat duduk belakang boleh dilipat dalam nisbah 60:40, menambah kapasiti hingga 1,485L untuk barangan bersaiz besar.
Teknologi dan Keselamatan Terkini
GWM HAVAL H6 HEV dilengkapi dengan teknologi infotainment terkini, termasuk paparan 12.3-inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta panel instrumen digital 10.25-inci.
Ia juga mempunyai kamera 360 darjah dan Fungsi Casis Lutsinar, yang memberikan pandangan menyeluruh ketika memandu.
Ads
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem L2 ‘Advanced Driver Assistance System’ (ADAS) yang merangkumi pelbagai ciri, termasuk ‘Adaptive Cruise Control’, ‘Lane Keeping Assist’, dan ‘Blind Spot Detection’.
Ciri unik seperti ‘Auto Reversing Assistance’ membolehkan SUV ini mengundur secara automatik dengan jarak sehingga 50 meter, memastikan keselamatan maksimum dalam situasi parkir yang sempit.
Pelancaran GWM HAVAL H6 HEV ini menandakan kemunculan baru dalam pasaran SUV Malaysia. Menawarkan pilihan hibrid berprestasi tinggi, selesa, dan berteknologi tinggi dengan harga yang berpatutan.
Dengan pakej waranti yang komprehensif dan ciri-ciri canggih, ia pasti menjadi pilihan menarik untuk pemandu yang mahukan gabungan kelestarian dan prestasi.
Selepas diperkatakan beberapa ketika sebelum ini generasi ketiga SUV Volkswagen Tiguan 2024 akhirnya muncul secara rasmi untuk pasaran di Eropah. Rekaan yang dihasilkan untuk model terbaru ini lebih cenderung kepada tema moden, seiring dengan barisan model VW.
Pada bahagian luaran, SUV Tiguan lengkap dipasangkan unit lampu LED matriks IQ.Light dengan struktur jeriji yang boleh melancarkan lagi aliran udara. Lampu belakang pula direka dengan lebih nipis bersama grafik moden.
Berbeza dengan generasi sebelumnya, Tiguan baharu ini menggunakan pelantar MQB Evo yang menawarkan sistem pacuan roda hadapan sebagai standard dan sistem pacuan semua roda sebagai pilihan tambahan.
Kredit Foto: Careta
Dari segi ukuran dimensi, ia tampil dengan ukuran sepanjang 4,551mm dengan kelebaran 1,939mm, tinggi 1,640mm dan jarak roda sepanjang 2,681mm. Tiguan 2024 telah bertambah panjang sebanyak 30mm dan menariknya, kapasiti ruang kargo meningkat kepada 652 liter, satu titik jualan yang unik.
Untuk pasaran Eropah, terdapat beberapa varian trenkuasa ditawarkan untuk Tiguan baharu ini. Di antaranya ialah enjin 2.0 liter turbo (201 HP atau 262 HP), enjin diesel 2.0 liter turbo (148 HP atau 190 HP) dengan sistem pacuan 4MOTION, serta enjin hibrid ringan 1.5 liter turbo (128 HP atau 148 HP) dengan sistem starter/generator 48 voltan dan fungsi nyahaktif silinder.
Kredit Foto: Careta
Selain itu, terdapat juga enjin plug-in hibrid dengan kuasa 201 HP/350Nm dan 268 HP/400Nm yang dipadankan dengan pek bateri 19.7kWh. Tiguan eHybrid itu boleh menyokong pengecasan pantas 50 kW, dimana 10%-80% hanya mengambil masa 25 minit sahaja.
Bagi ruang dalaman, Tiguan kini didatangkan dengan standard skrin infotainment MIB4 bersaiz 12.9 inci atau 15 inci, dan juga skrin paparan digital 10.25 inci dengan empat paparan mod berbeza.
Kredit Foto: Careta
Reka bentuk ruang kabin tengah telah diringkaskan dengan rekaan dial rotari yang baharu serta pelarasan tetapan sistem pencahayaan dalaman, casis dan trenkuasa yang telah dikemaskini.
Secara dasarnya, Volkswagen menawarkan empat varian untuk model Tiguan ini iaitu Tiguan Standard, Tiguan Life, Tiguan Elegance dan Tiguan R-Line. Harga jualan VW Tiguan 2024 untuk pasaran Eropah bermula dari 36,600 euro, bersamaan dengan RM183,598.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Buat peminat jenama Mazda, model MX-5 atau lebih dikenali sebagai Mazda Miata pastinya tidak asing lagi. Ia telah pun berada di pasaran sejak tahun 2015 dan dijangka akan bersama kita untuk beberapa tahun akan datang. Ini kerana pada 5 Oktober lalu, model tersebut telah diperkenalkan dengan rekaan serba baharu di Japan Mobility Show 2023.
Di sisi lain, RX-7 adalah model bersejarah dari Mazda yang telah memikat hati peminat sejak 1978 hingga 2002. Selepas RX-7, Mazda memperkenalkan RX-8 yang terus diproduksi sehingga tahun 2012. Kedua-dua RX-7 dan RX-8 menggunakan enjin putar (rotary) yang telah lama berehat, terutamanya selepas penghentian model RX-8.
Namun, enjin rotary yang telah lama berehat kini bangkit semula dalam MX-30 R-EV yang diperkenalkan pada Januari tahun ini. Semasa Japan Mobility Show di Tokyo, Mazda juga memperkenalkan model konsep bernama ICONIC SP. Namun, soalan yang terlintas dalam fikiran ramai peminat adalah, “Apakah ICONIC SP ini pengganti MX-5, RX-7, RX-8, atau sebuah model sepenuhnya baru?”
Kredit Foto: Mazda
Tidak ada jawapan yang pasti, tetapi yang pasti ICONIC SP adalah sebuah kereta konsep yang menggabungkan kuasa dua rotor dengan platform kenderaan elektrik. Meskipun pakej ini sebelumnya digunakan dalam MX-30 R-EV, ia berbeza dengan rotor tunggal. Enjin 830 cc MX-30 R-EV bertindak sebagai generator yang menyediakan kuasa kepada sistem elektrik untuk menggerakkan roda.
Mazda menggambarkan ICONIC SP sebagai sebuah kereta sport kompak yang direka untuk menghadapi cabaran era baru. Ini juga mencerminkan kesetiaan berterusan Mazda terhadap produk-produk yang menghormati kecintaan pelanggan terhadap pemanduan dan kereta.
Jika kita bandingkan saiz dan berat MX-5 dengan ICONIC SP, perbezaannya menjadi jelas. ICONIC SP adalah lebih besar dan berat daripada MX-5, tetapi lebih rendah. Mazda telah mengesahkan bahawa ICONIC SP mempunyai pusat graviti yang rendah untuk prestasi pemanduan yang cemerlang. Ini juga kerana pemasangan enjin rotary yang ringan dan kompak di bahagian tengah kereta.
Satu perkara menarik yang perlu diperhatikan ialah Mazda mencadangkan bahawa sistem EV dua rotor ini membolehkan pelbagai jenis enjin digunakan, termasuk penggunaan hidrogen sebagai bahan bakar. Ini menunjukkan bahawa Mazda mempunyai pandangan masa depan yang fleksibel dan terbuka.
Kredit Foto: Mazda
Selain itu, Mazda telah berkongsi angka kuasa ICONIC SP yang mencapai 370 ps, jauh lebih tinggi daripada MX-5 2.0 liter, dan nisbah kuasa kepada beratnya ialah 3.9.
Rekaan ICONIC SP menampilkan badan yang anggun dan menawan dengan bahagian dalaman yang ringkas dan bersahaja. Untuk pengganti MX-5, adalah wajar untuk mempunyai pilihan bumbung jenis keras (hard top) atau lembut (soft top).
Mazda tampaknya bersedia untuk menggegar dunia automotif dengan ICONIC SP yang menarik ini, dan sementara kita mungkin tidak tahu sama ada ia akan menggantikan model-model terdahulu atau membuka babak baru, yang pasti ia membawa semangat dan keunikan kepada jenama Mazda. Kita akan terus mengikuti perkembangan ini dengan penuh minat.
1 of 7
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Suzuki Malaysia baru-baru ini mengumumkan penghujung bagi salah satu model motosikal naked paling ikonik mereka – Suzuki SV650. Model yang pernah menjadi kegilaan ramai sejak kemunculannya pada tahun 1999 ini kini dilancarkan dalam edisi terakhir untuk pasaran tempatan.
Enjin
Bagi penggemar motosikal yang menghargai enjin V-Twin. Suzuki SV650 edisi terakhir masih mengekalkan warisan prestasinya dengan enjin 645cc, empat lejang, DOHC, V-berkembar 90 darjah yang disejukkan cecair.
Enjin ini mematuhi piawaian Euro5 dan mampu menghasilkan 72PS. Lebih menarik, ciri bantuan RPM rendah pada enjin ini memastikan tunggangan lebih lancar dan kawalan yang lebih baik ketika berada pada kelajuan rendah.
Reka Bentuk
Dari segi reka bentuk, SV650 mengekalkan identiti klasiknya dengan rangka jenis Truss Pipe yang ringan tetapi kukuh, digabungkan dengan elemen moden seperti lampu hadapan bulat berinspirasikan gaya retro.
Ukuran dimensi motosikal ini adalah 2,140mm panjang, 760mm lebar, jarak antara roda 1,445mm, jarak lega bumi 135mm, dan ketinggian tempat duduk 785mm. Menjadikannya mesra penunggang dengan pelbagai ketinggian.
Suzuki SV650 turut dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 14.5 liter. Memberikan jisim keseluruhan 198kg. Sistem suspensinya terdiri daripada fork teleskopik di bahagian hadapan. Monoshock dengan mekanisme linkage di bahagian belakang untuk kestabilan maksimum ketika tunggangan.
Untuk sistem roda dan brek, SV650 menggunakan rim 17 inci yang dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada dua cakera di bahagian hadapan dan satu cakera di belakang, lengkap dengan ciri keselamatan ABS bagi pengalaman tunggangan yang lebih selamat.
Teknologi dan Warna
Motosikal ini juga dilengkapi dengan pencahayaan belakang jenis LED. Panel instrumen LCD penuh yang memberikan paparan maklumat jelas kepada penunggang. Edisi terakhir Suzuki SV650 ini ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Pearl Viggo Blue, Pearl Matte Shadow Green, dan Matte Black Metallic.
Dengan harga permulaan serendah RM29,900 (tidak termasuk cukai dan pendaftaran). Suzuki SV650 edisi terakhir ini pastinya menjadi rebutan dalam kalangan peminat motosikal naked. Mereka yang mahukan jentera dengan gaya klasik, teknologi moden, dan prestasi mengagumkan pasti akan tertarik. Jika anda ingin memiliki secebis sejarah Suzuki ini, inilah peluang terakhir sebelum ia menjadi model lagenda yang hanya tinggal kenangan!
Cycle & Carriage terus memperluas rangkaian selepas jualan mereka dengan pembukaan pusat servis khas untuk kenderaan Peugeot di Batu Caves.
Langkah ini dimeterai melalui kerjasama...