Dunia EV di Malaysia terus rancak berkembang, dan kini ada berita gempak untuk semua pemilik kenderaan elektrik. JomCharge dan Alliance Bank telah melancarkan Kad Kredit Maya (Virtual Credit Card – VCC) pertama di Malaysia. 

Ia dikhaskan khas untuk pengecasan EV. Ini bukan sekadar kad biasa, tapi satu inovasi yang menggabungkan kemudahan. Ganjaran eksklusif dan gaya hidup hijau dalam satu pakej digital yang mesra pengguna.

Melalui kerjasama strategik ini, pengguna aplikasi JomCharge kini boleh memohon kad kredit maya Alliance Bank secara terus melalui aplikasi itu sendiri. Tak perlu keluar rumah, tak perlu tunggu kad fizikal sampai. Semua urusan dibuat secara digital dan pantas. Paling best, setiap permohonan yang berjaya akan menerima kredit JomCharge bernilai RM100. Boleh terus guna untuk cas EV tanpa guna duit sendiri dulu!

Tawaran Lain

Pemegang VCC ini juga akan menikmati rebat 20% setiap kali mengecas di lebih 3,000 stesen pengecasan seluruh negara melalui aplikasi JomCharge. Dan untuk kaki reward pula, setiap pengecasan yang dibayar menggunakan VCC ini akan memberi ganjaran 8x mata Timeless Bonus Points. Kiranya bukan saja jimat, tapi sambil cas EV pun boleh kumpul mata untuk tebus pelbagai hadiah menarik.

Menurut Ir. Lee Yuen How, Pengarah Urusan EV Connection, “Kerjasama ini adalah satu detik penting dalam ekosistem EV di Malaysia. Kad maya ini bukan saja memudahkan pengalaman mengecas. Tapi juga memberi ganjaran yang eksklusif kepada pengguna. Kami teruja bekerjasama dengan Alliance Bank untuk membawa solusi kewangan yang inovatif kepada pengguna EV.”

Ads

Sementara itu, Gan Pai Li, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank pula menambah, “Kami percaya bahawa perkhidmatan kepada pelanggan harus lebih daripada sekadar urusan transaksi. 

Dengan VCC ini, kami bukan sahaja memudahkan pengguna semasa mengecas EV, tetapi juga menyokong usaha ke arah kelestarian alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.”

JomCharge & Alliance Bank Lancar Kad Kredit Maya Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik
“(Fourth left to eighth right): Mr. Jervis Ong Zhe Ao, Operations Director of EV Connection, Dr. Che Hang Seng, Technical Director of EV Connection, Ir. Lee Yuen How, Managing Director of EV Connection, Ms. Gan Pai Li, Group Chief Consumer Banking Officer of Alliance Bank and Ms. Michelle Chuah, Head, Credit Cards and Personal Loans of Alliance Bank with the Alliance Bank and EV Connection teams at the launch ceremony.”

Kemudahan Yang Ringkas

Dengan pendekatan sepenuhnya digital, Kad Kredit Maya Alliance Bank ini tidak memerlukan kad fizikal langsung. Semua transaksi, penyata dan pemantauan perbelanjaan boleh dibuat terus dari aplikasi JomCharge – ringkas, cekap dan serba lengkap.

Ads

Secara ringkas, VCC ini adalah satu langkah ke hadapan dalam gaya hidup mesra alam. Ia menjadikan pengecasan EV lebih mudah, lebih jimat, dan lebih menguntungkan. Jadi kalau anda pemilik EV – atau sedang bercadang untuk tukar ke EV. Inilah masa terbaik untuk beralih kepada solusi pengecasan pintar ini.

Permohonan kini dibuka secara eksklusif melalui aplikasi JomCharge. Nak tahu lebih lanjut? Layari laman rasmi Alliance Bank di sini,  JomCharge VCC

Dari PRecious Comms

Ads

Baca Juga Leapmotor B01, Sedan Elektrik Baharu Sasar Golongan Muda

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI