Triumph Motorcycle Malaysia, melalui pengedar rasminya, Didi Automotive, baru-baru ini memperkenalkan penambahan yang menarik kepada siri Tiger – Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition.
Tiger 900 GT Aragon Edition melakukan penampilan pertamanya bersama model istimewa lain, iaitu Tiger 900 Rally Aragon, sebagai meraikan kemenangan Iván Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon menggunakan jentera ini pada Julai 2022.
Kedua-dua model Tiger 900 GT Aragon Edition dan Tiger 900 Rally Aragon hanya akan tersedia secara eksklusif untuk tahun 2023. Walau bagaimanapun untuk pasaran Malaysia hanya model GT yang akan ditawarkan.
Ads
Dari segi spesifikasi, 900 GT Aragon Edition mempunyai pelbagai ciri, teknologi, dan keupayaan yang serupa dengan model 900 GT Pro. Ia mengekalkan kuasa yang mengagumkan, iaitu 94 HP dan tork sebanyak 87 Nm dari enjin tiga silinder 900cc, berpasangan dengan transmisi 6-kelajuan dengan kopling bantu dan kopling slipper.
Untuk meningkatkan pengalaman memandu, motosikal ini dilengkapi dengan fork USD Marzocchi 45mm dengan pelarasan elektronik (RSU).
Dari segi penampilan luaran, 900 GT Aragon Edition memukau dengan kombinasi tiga warna yang mencorakkan – Diablo Red, Matt Phantom Black, dan Crystal White.
Ads
Sebagai model edisi istimewa, 900 GT Aragon Edition dilengkapi dengan bar pelindung enjin, dan Triumph juga menawarkan lebih daripada 65 aksesori tambahan yang direka khas untuk model ini.
Ads
Sebagai tambahan kepada keluarga Tiger di Malaysia, Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition boleh dimiliki bermula dari hanya RM81,000. Ia adalah penambahan yang mendebarkan kepada rangkaian ini yang pasti akan menarik perhatian di jalan raya.
1 of 8
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pengedar rasmi Mazda di Malaysia, Bermaz Motor, baru-baru ini memperkenalkan model terbaru mereka, Mazda 2 2023 facelift. Model terkini ini tersedia dalam dua bentuk badan, sedan dan hatchback, menarik minat penggemar dengan pembaharuan yang menarik.
Dari segi prestasi, Mazda 2 masih menggunakan enjin 1.5 liter bersesaran dengan transmisi automatik 6 kelajuan, memberikan daya sebanyak 114 HP dan tork sebanyak 149 Nm.
Selain itu, untuk menambahkan lagi kesan sporty, Mazda 2 facelift dilengkapi dengan rim aloi berukuran 16 inci yang memikat hati penggemar dengan padanan warna hitam dan krom.
Kredit Foto: Carscoops.com
Pada bahagian dalaman, sebahagian besar ciri kekal tidak banyak berubah. Namun, penambahan tempat duduk berbalut kulit hitam dengan jahitan merah dan trim papan pemuka berwarna hitam memberikan sentuhan elegan yang memikat hati. Skrin infotainment 7 inci masih kekal dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, memastikan pengalaman pengguna yang terkini dan dinamik.
Perubahan yang paling ketara pada Mazda 2 2023 adalah pada rekaan bahagian hadapan yang kini hadir dengan jeriji besar bergaya jenis honeycomb, menambah kesan kesukanan dan keanggunan pada kenderaan. Peminat Mazda akan teruja dengan sentuhan sporty yang ditampilkan.
Kredit Foto: Carscoops.com
Mazda 2 2023 diimport sebagai unit CBU dari Thailand dengan harga bermula dari RM 108,670. Ia disertakan dengan Waranti Pengeluar 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma 5 tahun atau perbatuan sehingga 100,000 km, memberikan keyakinan kepada pembeli mengenai prestasi dan kebolehpercayaan model ini.
Untuk pasaran Malaysia, Mazda 2 2023 facelift ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna yang memikat hati seperti Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Grey, AirStream Blue (khusus untuk varian Hatchback), dan warna terbaru, Aero Grey (khusus untuk varian Sedan).
Dengan rekaan yang dikemaskinikan dan prestasi yang tidak boleh dipersoalkan, Mazda 2 2023 menjadi pilihan menarik bagi mereka yang mengutamakan gaya, keselesaan, dan dinamik dalam pemanduan mereka.
1 of 7
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Walaupun semakin ramai pemandu yang tidak merokok, masih terdapat satu komponen yang hampir sentiasa ada dalam papan pemuka kereta moden iaitu tempat cucuh rokok.
Sering kali dianggap sebagai ciri lama, ia sebenarnya telah berubah fungsi dan kekal relevan dalam dunia automotif hari ini.
Asal-usul: Ciptaan untuk Merokok
Tempat cucuh rokok atau car cigarette lighter mula diperkenalkan dalam kereta sekitar era 1920-an dan menjadi standard menjelang 1950-an.
Pada waktu itu, merokok adalah norma sosial — malah sebahagian daripada gaya hidup kelas pertengahan dan atasan.
Justeru, pengeluar seperti Cadillac, Chrysler dan Ford mula memasukkan soket cucuh rokok sebagai ciri premium dalam kereta mereka.
Soket Cucuh rokok ini berfungsi melalui gegelung pemanas yang dipanaskan oleh arus DC 12 volt.
Apabila ditekan masuk ke dalam soket, gegelung tersebut memanas hingga ke tahap mampu menyalakan rokok dalam masa beberapa saat.
Perubahan Fungsi: Dari Merokok ke Mobiliti Elektrik
Menjelang era 2000-an, dengan kesedaran kesihatan yang meningkat dan pengharaman merokok di banyak ruang tertutup termasuk kereta sewa dan kenderaan awam, penggunaan cucuh rokok mula merosot.
Namun, soket itu sendiri tidak dibuang.
Sebaliknya, ia diberi fungsi baharu: sebagai sumber kuasa 12 volt atau accessory power outlet.
Hari ini, soket tersebut digunakan untuk:
Mengecas telefon pintar dan tablet
Menyambung peranti GPS
Menyokong dashcam dan kamera belakang
Mengoperasikan pemanas atau penyejuk mini
Menghidupkan pam tayar mudah alih dan vakum kereta
Dengan sambungan standard bersifat universal (male plug 12V), aksesori-aksesori ini boleh dipasang pada hampir semua model kenderaan, menjadikan soket ini satu keperluan praktikal.
Kenapa Ia Masih Dikekalkan dalam Reka Bentuk Kereta?
Terdapat beberapa sebab utama kenapa pengeluar kereta belum menghapuskan sepenuhnya soket cucuh rokok ini:
Standard Industri Universal Soket 12V adalah piawaian global. Banyak peranti automotif dibina berasaskan sistem ini, justeru pengeluar kereta kekal menyokongnya demi keserasian jangka panjang.
Kos Rendah untuk Dimasukkan Komponen ini murah dan mudah untuk dipasang dalam reka bentuk dalaman, tanpa perlu penyesuaian besar pada papan pemuka.
Permintaan Pasaran Global Di negara membangun atau pasaran sekunder, pengguna masih bergantung pada soket ini sebagai satu-satunya sumber kuasa dalam kereta.
Fungsi Kecemasan Ketika berlaku kecemasan (contohnya tayar pancit atau kereta terperangkap), soket 12V boleh digunakan untuk mengoperasikan pam, lampu suluh, atau pengecas bateri kecemasan (jump starter).
Ke Arah Masa Depan: USB-C dan Penyepaduan Pintar
Banyak pengeluar kini mula menggantikan soket ini secara berperingkat dengan port USB, USB-C.
Dalam kereta elektrik dan kenderaan pintar seperti Tesla, soket cucuh rokok sudah tiada atau hanya disediakan sebagai aksesori tambahan.
Namun begitu, selagi pengguna memerlukan sumber kuasa yang fleksibel dan serasi dengan pelbagai peranti sedia ada, soket cucuh rokok 12V mungkin masih akan wujud — sekurang-kurangnya dalam satu bentuk atau nama yang baharu.
Konklusi
Dari warisan gaya hidup perokok ke peranan penting dalam ekosistem peranti mudah alih, tempat cucuh rokok dalam kereta telah berevolusi menjadi satu sumber kuasa penting.
Ia mungkin kelihatan usang, tetapi hakikatnya, ia masih menjadi nadi kepada banyak aksesori automotif yang kita gunakan hari ini.
Dalam dunia kereta moden yang serba pintar, komponen ini mengingatkan kita bahawa sesetengah teknologi lama tidak semestinya lapuk — kadang-kadang, ia cuma perlu diberi nafas baru.
++Tonton video-video review kereta dan motosikal di Youtube, Instagram & TikTok Roda Panas!
Ford Ranger merupakan di antara trak pikap yang sentiasa menjadi pilihan hati rakyat Malaysia selain Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton. Sejak berada di pasaran Malaysia sekitar tahun 2000-an, ramai penggemar model ini menubuhkan komuniti, membuat modifikasi ringan dan berat serta menjelajah dengan Ranger mereka.
Terbaru, Ford Ranger memperkenalkan penambahan ahli baharu dalam segmen trak pikap mereka yang diberi gelaran Ranger plug-in hybrid (PHEV), dijangka menembusi pasaran dunia menjelang awal tahun 2025.
Ford Ranger PHEV dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris EcoBoost 2.3 liter turbo yang turut dipadankan dengan motor elektrik dan pek bateri yang tidak diketahui kapasitinya.
Kredit Foto : Ford
Namun begitu, Ford memberikan bayangan ia mampu menghasilkan daya kilas yang jauh lebih tinggi berbanding mana-mana Ranger, dengan jarak tanpa petrol, kuasa hibrid mampu menggerakkan kereta sejauh 45 km.
Sama seperti model Ranger standard, Ranger PHEV masih lagi mengekalkan keupayaan menunda beban seberat 3,500 kg walaupun kuasa pada varian ini telah bertambah. Salah satu ciri penting yang wujud pada Ranger PHEV ialah sistem outlet kuasa Pro Power Onboard.
Sistem elektrik ini membolehkan pemilik menyalurkan kuasa elektrik hibrid ini kepada perkakas elektrik seperti pengecasan telefon, barang memasak, lampu dan sebagainya. Ia boleh diakses menerusi ruang belakang dan di dalam kabin.
Kredit Foto : Ford
Perincian ini sangat berguna untuk mereka yang selalu ke luar kawasan samada berkhemah ataupun membuat kerja-kerja di tempat yang tiada kuasa elektrik seperti kawasan pembinaan, di dalam hutan dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Dari segi luaran, Ford Ranger PHEV boleh dibezakan menerusi kehadiran port pengecasan pada fender belakang bersebelahan dengan corong pengisian minyak. Ruang dalaman juga tidak banyak beza dengan varian lain. Rim aloi bersaiz 18 inci turut diberi nafas baru dengan rekaan yang lain.
Menurut Ford, produksi trak pikap Ranger PHEV ini akan bermula selewat-lewatnya hujung tahun 2024 dan penghantaran pertama akan dilakukan seawal tahun 2025. Macam biasa, pasaran yang akan menerima varian ini sudah tentunya dari Eropah, Australia dan UK dahulu kemudian dituruti dengan beberapa pasaran yang lain.
1 of 17
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Honda Vario 125 : Dua Warna Baharu Matte Blue & Vibrant Blue
Boon Siew Honda memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk model skuter popularnya, Honda...