Segmen kategori Off-Road Toyota mempunyai satu lagi tambahan dalam keluarga jenama ii iaitu Toyota Land Cruiser Prado 250 Series(Prado 250). Model ini baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Eropah dan Jepun. Kemunculan Prado 250 dalam pasaran dapat memberi pilihan baru buat pembeli yang inginkan kereta lasak namun masih menitikberatkan reka bentuk yang cantik.

Toyota Land Cruiser Prado 250 Series 2024 Tampil Impresif
Kredit foto : www.carexpert.com.au

Land Cruiser 250 ini bakal dijual di pasaran Jepun pada awal tahun 2024 dan selepas itu ke pasaran luar. Pengenalan varian baru ini juga tidak menjejaskan penjualan varian Land Cruiser sedia ada iaitu Prado 300 dan Prado 70 yang memang sudah mempunyai peminat yang tersendiri.

 

Pelbagai penambahbaikan yang dibuat oleh Toyota untuk menghasilkan varian 250 ini. Varian ini terletak di antara 70 series dan 300 series, jadi sudah tentu teknologi yang ada pada 250 series ini sedikit bercampur antara dua varian terbabit.

Toyota Land Cruiser Prado 250 Series 2024 Tampil Impresif
Kredit foto : www.carexpert.com.au

Prado 250 ini menggunakan platform TNGA-F sama seperti LC 300 series, Lexus GX dan LX. Toyota menggunakan platform tersebut adalah  untuk meningkatkan lagi prestasi Off-Road pada SUV ini. Dalam erti kata lain, chasis Prado 250 lebih tahan lasak (50% penambahbaikan) dan kereta akan lebih cepat bertindak balas mengharungi pelbagai situasi.

 

Selain daripada Wheel Articulation yang ditambah baik, Prado 250 turut dilengkapi dengan Electronic Power Steering (EPS), Multi-Terrain Monitor, Multi-Terrain Select dan Stabilizer Disconnect Mechanism (SDM) yang pertama kali dipasang pada model Toyota. Fungsi SDM adalah untuk mengubah keadaan penstabil hadapan supaya pemanduan atas dan luar jalan akan lebih selesa.

Ads
Toyota Land Cruiser Prado 250 Series 2024 Tampil Impresif
Kredit foto : www.carexpert.com.au

Pada bahagian enjin, Toyota memberi pelbagai pilihan kepada pembeli mengikut pasaran yang ditetapkan. Sebagai contoh, pasaran Amerika dan China bakal mendapat enjin hibrid 2.4 liter T24A-FTS berkuasa 330 PS dan 630 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik Direct-Shift 8-AT. Manakala, pasaran Timur Tengah dan Eropah Timur pula dijangka menerima enjin T24A-FTS bukan hibrid berkuasa 281 PS dan 430 Nm, pasaran Jepun pula menerima enjin 2.7 liter 2TR-FE berkuasa 163 PS dan 246 Nm, dipadankan dengan transmisi Super-ECT.

Di Australia, Land Cruiser 250 series dijangka menerima enjin 2.8 liter turbo diesel 1GD-FTV berkuasa 204 PS dan 500 Nm, digandingkan dengan transmisi Direct-Shift lapan kelajuan.

 

Akhir sekali, enjin yang sama tanpa turbo (1GD-FTV) yang menghasilkan kuasa 163 PS atau 161 HP dan 246 Nm, bersama transmisi 6 Super-ECT, juga boleh didapati di pasaran Eropah, Timur Tengah dan juga pasaran Jepun.

Ads

 

 

Beralih kepada rekaan, ciri yang paling jelas tentang reka bentuk varian ini adalah rekaan klasik-moden yang terdapat pada kereta ini. Toyota Prado 250 didatangkam sama ada dengan pilihan lampu bulat LED atau lampu berbentuk segi empat seperti model FJ62. Kalau ikut citarasa sendiri,bagi penulis lampu segi empat lagi menambat hati.

Ads
Toyota Land Cruiser Prado 250 Series 2024 Tampil Impresif
Kredit foto : www.carexpert.com.au

Prado 250 baharu juga merupakan kenderaan yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan ‘abangnya’, berukuran 4,925 mm panjang (+100 mm), 1,980 mm lebar (+95 mm), 1,870 mm tinggi (+20 mm) dan dengan jarak roda 2,850 mm (+60 mm). ‘Ground clearance’ bagi Prado 250 pula setinggi 220mm.

 

Ciri keselamatan Prado 250 ini juga ditambah baik dengan adanya Toyota Safety Sense seperti Adaptive Cruise Control, Auto Emergency Braking, Lane Departure Avoidance dan sebagainya. Bagi ruang dalaman Prado ini, ia mempunyai 7 tempat duduk dengan pemanas tempat duduk dan sterling serta pemilihan mod pemanduan mengikut situasi di jalanan.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI