Tourette Supreme merupakan model kereta mikro yang unik hasil ciptaan Carr Brothers yang berasal dari Purley, London.

Dibina antara tahun 1956 dan 1958, keajaiban kereta tiga roda ini pertama kali dipertontokan di pameran motor Earl’s Court pada November 1956.

Tampil dengan reka bentuk luaran badan yang bulat, pembeli mempunyai pilihan untuk memilih antara aluminium finish pada bingkai atau varian fiberglass.

Tourette dikuasakan oleh enjin dua lejang Villiers 197cc, dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan dan mempunyai kelajuan maksimum 90km/j. Pada waktu itu, reka bentuknya dianggap cukup inovatif dengan roda belakang tunggal dipasang dalam pivotal fork dan pergerakan roda depan dikawal oleh unit spring yang dihentikan secara hidraulik.

Ads
Tourette Supreme 1957: Permata Dalam Sejarah Automotif
Kredit foto : Website allcarindex.com

Pada bahagian dalam kereta pula terdapat hanya satu bangku tunggal yang boleh menampung dua dewasa dan seorang kanak-kanak serta ruang bagasi kecil terletak di belakang tempat duduk.

Pada tahun 1958, kenderaan ini dianggarkan berharga RM2,300. Menariknya, hanya 26 unit sahaja telah dihasilkan.

Ads

Tourette Supreme didaftarkan pada 4 Disember 1957, menambat  hati pengumpul dan peminat kereta mikro. Ianya dianggap sebagai salah satu daripada hanya tiga kereta yang masih ada di seluruh dunia.

Pada masa terkini, telah ada reproduksi kereta ini, tetapi keaslian dan keunikan Tourette, yang mengingatkan kita kepada kapal angkasa, adalah tiada tandinganya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan pilihan gear undur. Pada tahun 2016, kereta ini telah dijual dengan harga RM 182,000.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI