Bimota merupakan syarikat pengeluar motosikal daripada Itali terkenal dengan model motosikal berprestasi tinggi dan berbeza daripada yang lain. Nama Bimota merupakan gabungan tiga nama pengasas yang digabungkan iaitu, Bianchi, Morri dan Tamburini.

Kredit foto : Laman Sesawang bimota.it

Bimota Tesi H2 adalah sebuah model motosikal unik dan inovatif yang dibangunkan oleh Bimota dan Tesi H2 merupakan kerjasama antara Bimota dan Kawasaki yang menggunakan teknologi enjin berkelajuan tinggi daripada Kawasaki.

 

Salah satu ciri yang paling ketara pada Bimota Tesi H2 adalah sistem suspensi hadapan dan belakang yang sangat unik dan berbeza daripada motosikal lain. Ia menggunakan reka bentuk kawalan pusat lingkaran(hub-center steering design) yang digunakan untuk model motosikal Yamaha GTS1000, Bimota Tesi 3D dan Motoinno TS3 – Shockwave.

IKLAN

Suspensi hadapan motosikal ini digantikan dengan susunan lengan ayun berganda (double swingarm arrangement) yang berputar sekitar titik berhampiran pusat motosikal. Reka bentuk ini bertujuan untuk memberikan prestasi kawalan, pengendalian, dan sistem membrek yang lebih baik.

IKLAN

“H2” merujuk kepada enjin berkelajuan tinggi dengan pengecasan turbo dari keluarga H2 milik Kawasaki. Tesi H2 digerakkan oleh enjin empat-silinder dan enjin ini memberikan kuasa dan prestasi yang luar biasa, hasil daripada pengecas turbo yang memampatkan udara ke dalam enjin untuk meningkatkan kecekapan pembakaran.

 

IKLAN

Bimota dikenali dengan pengeluaran kuantiti terhad untuk motosikal-motosikalnya, dan Tesi H2 mungkin merupakan model yang eksklusif. Motosikal ini hanya dihasilkan sebanyak 250 unit sahaja dan anggaran harga pula mencecah RM315,551.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI