Ads

Sika Demonstrasi Ujian Pelanggaran Cermin Hadapan di MIROS Melaka

Sika Catat Rekod Malaysia, Demonstrasi Ujian Pelanggaran Cermin Hadapan Pertama Diadakan di MIROS

Cermin hadapan bukan hanya sekadar berfungsi untuk melindungi pemandu daripada angin, habuk atau hujan, sebaliknya turut memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada struktur keselamatan sesebuah kenderaan.

Perkara itu diperlihatkan menerusi satu demonstrasi ujian pelanggaran cermin hadapan yang dijalankan secara langsung oleh Sika Automotive Aftermarket di fasiliti Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) PC3 Laboratory, Ayer Molek, Melaka.

Demonstrasi berkenaan turut mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai First Automotive Windscreen Crash Test Evaluation 2026 in Malaysia.

Sika

Cermin Hadapan Juga Sebahagian Struktur Keselamatan

Dalam demonstrasi berkenaan, sebuah kereta digunakan untuk melanggar penghadang hadapan pada kelajuan 48 km/j bagi mensimulasikan impak kemalangan sebenar.

Ujian itu bertujuan menunjukkan bagaimana cermin hadapan yang dipasang menggunakan sistem pelekat dan prosedur yang betul mampu kekal pada kedudukannya ketika berlaku pelanggaran.

Hal ini penting kerana cermin hadapan juga turut membantu mengukuhkan struktur kabin, menyokong operasi beg udara apabila mengembang dan mengurangkan risiko penumpang terkeluar daripada kenderaan ketika kemalangan.

Selain itu, cermin hadapan yang dipasang dengan sempurna turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kekuatan struktur bumbung sekiranya kenderaan terbalik.

Menurut Ketua Automotive & Industry Sika Malaysia, Daphne Wong, aspek pemasangan cermin hadapan sering dinilai berdasarkan harga dan tempoh kerja semata-mata, sedangkan jenis pelekat serta kualiti pemasangan turut memainkan peranan penting terhadap tahap keselamatan.

Sika Demonstrasi Ujian Pelanggaran Cermin Hadapan di MIROS Melaka

Ads

Cermin hadapan merupakan komponen keselamatan, namun ia sering diganti berdasarkan harga dan masa pemasangan sahaja.

“Apa yang sama penting ialah jenis pelekat digunakan dan standard pemasangan kerana kedua-duanya menentukan sama ada cermin kekal pada kedudukannya ketika ia paling diperlukan,” katanya.

Pemasangan Tidak Betul Boleh Jejaskan Keselamatan

Penggunaan pelekat yang tidak sesuai atau memandu kenderaan sebelum bahan pelekat mencapai tahap pengerasan diperlukan boleh menyebabkan cermin hadapan tercabut ketika berlaku pelanggaran.

Keadaan cuaca panas dan lembap di Malaysia juga memberi cabaran tersendiri kepada proses pemasangan kerana ia boleh mempengaruhi tempoh kerja sesetengah bahan pelekat.

Atas faktor itu, Sika menjalankan Certified Auto Glass Installer Program di Malaysia bagi memberi latihan kepada bengkel pemasangan cermin supaya kerja pemasangan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

Menurut Sika, lebih 400,000 kenderaan di Malaysia menggunakan pelekat cermin hadapan keluarannya setiap tahun.

Ads

Sika Demonstrasi Ujian Pelanggaran Cermin Hadapan di MIROS Melaka

SikaTack DRIVE Digunakan Dalam Ujian

Demonstrasi pelanggaran di MIROS menggunakan SikaTack DRIVE, iaitu pelekat untuk penggantian cermin automotif yang menawarkan Minimum Drive Away Time (MDAT) selama 60 minit.

Tempoh berkenaan merujuk kepada masa minimum yang diperlukan sebelum sesebuah kenderaan selamat dipandu selepas cermin dipasang.

Sika mempunyai pengalaman dalam teknologi pemasangan cermin automotif sejak 1980 dan sepanjang lebih empat dekad lalu telah menjalankan lebih 80 ujian pelanggaran bagi menilai tahap keselamatan selepas proses penggantian cermin dilakukan.

Sika Demonstrasi Ujian Pelanggaran Cermin Hadapan di MIROS Melaka

Kempen Galakkan Pemilik Pilih Pemasang Bertauliah

Selain demonstrasi ujian pelanggaran, Sika turut menjalankan Sika Certified Auto Glass Installer Campaign bagi menggalakkan pemilik kenderaan mendapatkan khidmat bengkel pemasangan cermin yang telah menerima latihan dan pensijilan.

Ads

Bermula 15 September hingga 31 Disember 2026, pelanggan yang menggantikan cermin hadapan di bengkel pemasang bertauliah Sika juga berpeluang menyertai cabutan bertuah bulanan.

Pelanggan hanya perlu mengemukakan gambar papan tanda Sika Certified Auto Glass Installer bersama resit penggantian cermin kepada Sika Malaysia.

Sika Demonstrasi Ujian Pelanggaran Cermin Hadapan di MIROS Melaka

Tiga pemenang akan dipilih setiap bulan dengan masing-masing menerima kad petrol bernilai RM100.

Demonstrasi ini sekali gus membuka perspektif berbeza terhadap keselamatan kenderaan.

Jika selama ini perhatian banyak diberikan kepada beg udara, sistem bantuan pemanduan dan struktur badan, pemasangan cermin hadapan yang betul juga sebenarnya mempunyai peranan penting apabila berlaku kemalangan.

Baca Juga : Apa Maksud Kod EF, EG, EK, FD, FB, FK, FE dan FL Pada Honda Civic?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM!

Volvo EX90 Kini Lebih Berkuasa, 680 HP Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 617 KM Volvo Car Malaysia secara rasmi memperkenalkan evolusi terbaharu Volvo EX90, SUV elektrik...