Tempahan Porsche Cayenne 2024 facelift kini dibuka untuk pasaran tempatan. Model facelift ini diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada April lalu di pameran Auto Shanghai 2023 yang mana harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula daripada RM599,999.
Kredit Foto: Careta.my
Cayenne 2024 telah dikemaskini dengan perubahan rupa untuk bahagian luar, reka bentuk papan pemuka serba baharu dan naik taraf trenkuasa yang boleh dirasai ketika memandu.
Kredit Foto: Careta.my
Mengekalkan enjin V6 3.0 liter turbo, jurutera Porsche telah membuat penalaan yang mana ia kini menghasilkan 348 HP dan daya kilas 500 Nm yang turut dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan pacuan semua roda. Secara keseluruhan bahagian enjin kini meningkat kepada 13 HP dan 50 Nm berbanding model sebelum ini.
Kredit Foto: Careta.my
Satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia, Cayenne terbaharu ini akan dipasang di dalam negara (CKD) di kilang yang terletak di Kulim, Kedah. Selain perubahan luaran, model ini turut diberi peningkatan dari segi casis, perincian berteknologi tinggi dan juga paparan dan konsep kawalan digital.
Untuk keselesaan pengguna, sistem suspensi Cayenne baharu telah diberi nafas segar dengan penyerap hentak dua injap dengan peringkat lantunan dan mampatan yang berasingan, ini menjadikan pemanduan lebih selesa pada permukaan jalan yang tidak rata.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Tambahan lain, Cayenne facelift turut datang dengan standard sistem Porsche Active Suspension Management dimana ciri pitch-and-roll bertindak balas dengan lebih baik dari sebelumnya.
Perubahan lain pada model facelift adalah penggunaan lampu hadapan LED Matrix secara standard. Ia boleh dibezakan dengan reka bentuk yang lebih tajam dan juga kemasan lampu belakang baharu yang kelihatan lebih segar.
Untuk bahagian dalaman, papan pemuka kini dilengkapi dengan instrumen digital 12.6 inci pada bahagian pemandu manakala di bahagian tengah didatangi dengan paparan infotainment bersaiz 12.3 inci secara standard.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Teknologi keselamatan juga tidak ketinggalan untuk Cayenne 2024 dimana ia turut tersedia perincian Lane Change Assist dan Lane Keep Assist untuk semua varian.
Selain itu, Porsche turut meningkatkan ciri Adaptive Cruise Control, Soft-close door, Power Steering Plus, rekaan rim baharu bersaiz 20 inci, sistem audio Bose Surround dan pengecasan telefon tanpa wayar pengecasan induktif sehingga 15 watt.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Warna yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah Chromite Black Metallic, Carrara White Metallic dan Quarzite Grey Metallic setakat ini. Manakala untuk ruang dalaman, Porsche menawarkan pilihan warna hitam dan kulit merah.
Kredit Foto: Careta.my
Tempahan Cayenne 2024 kini boleh dibuat melalui platform digital rasmi mereka https://dealer.porsche.com/my dimana 250 tempahan pertama akan menerima kunci yang dipadankan dengan pilihan warna pemilik Cayenne 2024 masing-masing.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bermula hari ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan bangganya mengumumkan pelbagai pilihan warna baharu untuk model sportbike 250 cc mereka, YZF-R25, bagi tahun 2024.
Model yang diperkenalkan kini menyertakan dua pilihan warna baharu yang menarik iaitu Glacier White dan warna popular dari Yamaha, Racing Blue, yang kekal sebagai pilihan warna yang disukai oleh peminat motosikal. Warna-warna baru ini menjanjikan penampilan yang segar dan memikat untuk peminat YZF-R25.
Selain itu, HLYM juga gembira untuk menyatakan bahawa harga jualan yang disyorkan untuk model ini kekal stabil pada RM22,998, tidak termasuk yuran pendaftaran atau insurans. Ini bermakna peminat YZF-R25 masih boleh menikmati prestasi luar biasa dan reka bentuk yang menarik tanpa perlu membayar lebih.
Kredit Foto: HLYM
Sebagai tambahan kepada tawaran ini, setiap pembelian YZF-R25 baharu akan disertakan dengan kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100. Ini adalah satu lagi inisiatif dari HLYM untuk memastikan pengalaman pemanduan pelanggan mereka selamat dan puas hati.
Dari segi spesifikasi enjin, YZF-R25 masih dikuasakan oleh enjin dua silinder bersesaran 249cc DOHC yang telah terbukti memberikan prestasi yang mantap. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa output sehingga 35.4 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas sebanyak 22.6 Nm @ 10,000 rpm, memberikan pemanduan yang dinamik dan mengasyikkan kepada pemiliknya.
Selain itu, keselamatan terus menjadi keutamaan dengan kehadiran Anti-lock Braking System (ABS) yang memastikan brek yang stabil dan cekap dalam pelbagai keadaan jalan raya. Lampu isyarat LED juga turut disertakan, meningkatkan jarak pengihatan dan keselamatan penunggang, terutama pada waktu malam.
Dengan pengenalan pilihan warna baharu dan pengekalan harga yang kompetitif, HLYM menegaskan komitmen mereka untuk terus memberikan pengalaman menunggang yang terbaik kepada peminat motosikal di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai YZF-R25 dan penawaran terkini dari HLYM, sila layari laman web rasmi mereka atau hubungi pengedar tempatan anda hari ini.
Sebagai usaha memperluaskan rangkaian produknya dalam segmen motosikal adventure, Zontes Motorcycles kini memperkenalkan prototaip motosikal ‘adventure’ ZT-703F.
Dijangka akan muncul di pasaran menjelang penghujung tahun 2024, ZT-703F dilihat cukup menonjol dengan enjin 699cc. Ia sekali gus menandakan Zontes kini mula menghasilkan motosikal yang lebih berkuasa daripada kategori sedia ada iaitu 125 sehingga 350cc.
Enjin tiga silinder ‘liquid coolent’ sepenuhnya baru ini telah dikaji sejak 2021 dan bakal menjanjikan pengalaman pemanduan yang pastinya berbeza. ZT-703F adalah sebahagian daripada sepasang motosikal bersama dengan saudara kandungnya, ZT-703RR. Kedua-dua prototaip ini dipamerkan pada akhir 2023, menandakan hasrat Zontes untuk bersaing dalam kategori berkuasa tinggi.
Kredit Foto : motorcyclenews.com
Walaupun butiran khusus mengenai kedua-dua model masih agak terhad, Zontes mendakwa enjin 699cc memberikan kuasa puncak 100bhp pada 9000rpm dan tork puncak 63lbft pada 7200rpm. Secara perbandingan, ini menempatkan Zontes sebagai pesaing langsung kepada jentera Tiger 900 terkini daripada Triumph, walaupun Zontes mungkin tidak mencapai tahap kualiti dan teknologi yang sama.
ZT-703RR, dengan kelajuan yang sedikit lebih tinggi, mempunyai kuasa puncak sebanyak 110 kuasa kuda pada 11,000rpm tetapi dengan tork puncak yang sedikit berkurang sebanyak 55lbft pada 8600rpm. Kedua-duanya dilaporkan sepenuhnya mematuhi piawaian Euro5+, memenuhi piawaian emisi terkini.
Rangka diperbuat daripada cast alloy twin-spar frame dengan cast alloy swingarm yang sepadan, memastikan keseimbangan pada kekuatan dan kecekapan. Suspensi hadapan menggunakan fork terbalik yang kukuh dan monoshock yang boleh dilaras di bahagian belakang.
Kredit Foto : motorcyclenews.com
Sistem brek terdiri daripada cakera berkembar dipegang oleh caliper empat-piston Brembo. Roda, dihiasi dengan alloy-rimmed cross-spoke wires yang menggunakan tayar tanpa tiub dan hadir dalam diameter 19inci/17inci.
Di dalam kemasan badan yang pintar dan bergaya, pemandu akan menemui paparan TFT yang besar. Prototaip yang dipamerkan ini termasuk ciri-ciri praktikal seperti centerstand, crashbar, dan peti pannier.
Pada ketinggian 5,573.979 meter, dua unit Porsche Taycan 4 Cross Turismo dilaporkan berjaya mencatatkan rekod dunia Guinness World Record untuk perubahan altitud terbesar dengan menggunakan kereta elektrik (EV).
Perjalanan EV tersebut bermula dari Tasik Ayding, wilayah Xinjiang yang terletak 218.845 meter di bawah aras laut, sebelum mencecah puncak Hongtu Daban Tibet pada ketinggian 5,355.1 meter di atas aras laut.
Di antara kawasan yang dilalui oleh Taycan Cross Turismo adalah beberapa laluan off-road popular seperti Tomur Grand Canyon, Tarim Poplar Forest, Sansha Desert Highway, Dokuo-Lunque Highway dan G219 National Highway.
Kredit Foto: CaretaKredit Foto: Careta
Tempoh pengembaraan sepanjang 10 hari itu disokong oleh stesen pengecasan 22kW dan 120 kW, namun turut bersama adalah tempat pengecasan dari trak sokongan EnjoyElec yang dikendalikan oleh Porsche Ventures.
Berdepan keadaan cuaca sejuk ekstrim, Porsche Taycan Cross Turismo itu berjaya mencapai empat kemuncak berturut-turut pada ketinggian melebihi 4,900 meter.
Menurut Porsche, kedua-dua Taycan Cross Turismo itu telah melalui empat musim sepanjang perjalanan yang turut dibantu dengan mod pemanduan Gravel dan sistem brek regeneratif yang membantu menambah jarak gerak untuk pemanduan jarak jauh.
Kredit Foto: Careta
Porsche Taycan 4 Cross Turismo ini juga dikatakan menghasilkan 350kW/ 476PS dengan pecutan 0-100km/j hanya 5.1 saat sahaja. Manakala, dimensi model ini berukuran 1,409mm tinggi, 1,967mm lebar, 4,974mm panjang dengan jarak antara roda 2,904mm.
Jarak perjalanan bagi model ini mampu bergerak dari 370 km hingga 600 km bergantung kepada gaya pemanduan anda. Tempoh pengecasan pula, sepantas 5.3 minit untuk pengecasan pantas (DC) bagi 100 km jarak perjalanan.
Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia bagi model Taycan 4 Cross Turismo ini bermula dari RM598,000. Mereka yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi Porsche, www.porsche.com/malaysia atau boleh kunjungi bilik pameran Porsche yang terletak di Ara Damansara, Sungai Besi, Johor Bahru dan Penang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sportbike ‘Value for Money’ Bawah RM10,000
Sempena majlis perasmian Mforce SmartShop W H S Motor Sdn. Bhd. di Banting, QJMOTOR Malaysia melancarkan sebuah model baharu...