Hari ini bermula operasi Hormat Undang-Undang fasa dua dengan lebih tegas membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara sehingga 29 September.

Polis KL Lancar Op Hormat Undang-Undang (Trafik) Fasa 2 Bermula 15 Hingga 29 September 2023
Kredit Foto: techarp.com

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan semula berikutan impak positif dalam kalangan pengguna terhadap kepatuhan peraturan jalan raya.

Fasa dua ini meliputi tujuh operasi trafik iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

Polis KL Lancar Op Hormat Undang-Undang (Trafik) Fasa 2 Bermula 15 Hingga 29 September 2023
Kredit Foto: mStar

Secara keseluruhan, sebanyak 16 lokasi akan menjadi tumpuan pemeriksaan termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail.

Ads

Tambah Allaudeen, pelaksanaan operasi turut dijalankan pada waktu puncak membabitkan 1,000 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan rendah.

“Operasi itu melibatkan tiga agensi antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Ads
Polis KL Lancar Op Hormat Undang-Undang (Trafik) Fasa 2 Bermula 15 Hingga 29 September 2023
Kredit Foto: techarp.com

Sebagai panduan, operasi Hormat Undang-Undang fasa satu yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Julai yang lalu, PDRM telah mengeluarkan sebanyak 157,000 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Allaudeen turut menasihati pengguna jalan raya supaya tidak mengabaikan peraturan lalu lintas dan mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pihak.

Ads

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat yang terbabit dalam melakukan kesalahan jalan raya,” akhirinya.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI