Semasa kecil, pengasas Ferris Rezvani bercita-cita untuk menjadi juruterbang pejuang seperti bapanya. Untuk membangunkan keseronokan seperti menerbangkan jet pejuang F-4, Rezvani berhasrat mencipta Extreme Sport Car yang memberi peluang kepada pemandu untuk mengalami keseronokan dan g-force yang sama seperti di dalam jet pejuang Ketika memandu kenderaan ciptaannya.

Pacuan Enam Roda, Kalis Peluru & Tahan Letupan. Kenali Rezvani Hercules 6×6 Military Edition

Rezvani Motor terkenal dengan model Rezvani Tank yang telah dinobatkan sebagai model SUV paling hebat dan kukuh pernah dihasilkan. Syarikat pengubahsuai kenderaan yang beroperasi di California ini banyak menghasilkan kenderaan bertemakan ketenteraan dengan warna dan ciri-ciri kalis peluru yang ada pada model-model kereta mereka.

Pacuan Enam Roda, Kalis Peluru & Tahan Letupan. Kenali Rezvani Hercules 6×6 Military Edition

Kini syarikat tersebut telah menambah sebuah koleksi offroad mereka yang dikenali sebagai Hercules 6×6 Military Edition. Dengan enjin V8 Supercharged 7.0 liter 1,300 kuasa kuda, Hercules ialah kenderaan perisai paling berkuasa di bumi. Beberapa pilihan enjin lain tersedia termasuk 6.4L 500 HP SRT V8 dan Diesel V6 3.6-liter adalah varian standard. Perisai balistik yang terbaru ini mampu menghentikan senjata berkaliber tinggi dan senapang serangan. Radiator, bateri dan tangki bahan api semuanya dibalut dengan Kevlar dan bahagian bawah juga dilindungi daripada bahan letupan.

Ads

Pacuan Enam Roda, Kalis Peluru & Tahan Letupan. Kenali Rezvani Hercules 6×6 Military Edition

Apa yang lebih menarik mengenai kenderaan ini, ia dilengkapi dengan tayar larian gred tentera yan mana teknologi jalur yang ada pada tayar ini menyediakan keupayaan untuk memandu walaupun tayar telah rosak atau bocor. Ia juga menghalang tayar daripada terkeluar dari roda.  Kenderaan ini juga tersedia dengan kit survival keselamatan termasuk topeng gas gred tentera, kit hipotermia dan kit pertolongan cemas.

Ads

Pacuan Enam Roda, Kalis Peluru & Tahan Letupan. Kenali Rezvani Hercules 6×6 Military Edition

Rekaan bampar keluli dengan winch yang disertakan bersama boleh merempuh sebarang keadaan serta dilengkapi dengan lampu strob, Siren dan sistem interkom penuh dengan pembesar suara luaran dan mikrofon membolehkan pemandu berkomunikasi dengan ancaman luar tanpa perlu membuka pintu atau tingkap.

Ads

Pacuan Enam Roda, Kalis Peluru & Tahan Letupan. Kenali Rezvani Hercules 6×6 Military Edition

Harga kereta ini bermula daripada USD 465,000 bersamaan hampir RM2.1 Juta dan sudah pasti antara kategori kenderaan yang termahal di dunia. Bagi penulis ciri keselamatan ketenteraan yang ada pada kenderaan ini terlalu banyak dan mungkin kita tidak menggunakannya namun untuk seorang yang berpengaruh terutamanya individu yang berprofil tinggi, kereta ini mungkin sesuai untuk anda.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI