Menginjak usia 78 tahun, MV Agusta merupakan salah sebuah syarikat motosikal Itali yang paling tua dan masih beroperasi sehingga hari ini.

Bermula pada tahun 1943, dua tahun sebelum pendaftaran rasmi jenama Meccanica Verghera Agusta, jenama yang berpusat di Varese ini  memperkenalkan model terbaharu mereka MV Agusta Superveloce 98 Edizione Limitata edisi terhad.

Superveloce adalah motosikal klasik moden dalam rangkaian semasa MV Agusta dan diilhamkan oleh superbike MV Agusta F3. Ia berkongsi enjin tiga silinder 798 cc, rangka trellis keluli dan swingarm yang diperbuat daripada aluminium.

MV Agusta Superveloce 98  Edizione Limitata Edisi Terhad, Hanya 300 Unit Seluruh Dunia
Kredit Foto : Website MV Agusta

Mula diperkenalkan pada tahun 2018, Superveloce telah melihat pelbagai perubahan dan edisi istimewa sepanjang tahun. Superveloce 98, yang kini menyertai rangkaian semasa bersama model Superveloce asas dan Superveloce S melahirkan semula keunggulan motosikal pertama syarikat mereka iaitu MV 98.

Superveloce 98 hadir dengan warna metalik merah dan ungu diaplikasikan dengan buatan tangan yang dikenali sebagai ‘Rosso Verghera,’ dengan beberapa lapisan matte dan kemasan gloss.

Ads

Jalur perak menghiasi setiap sisi pelindung, disertai dengan logo ’98 Edizione Limitata’ yang istimewa pada bahagian belakang. Bingkai dan roda aluminium yang menggunakan jejari menarik dengan warna perak, mencipta kontras menarik dengan warna merah ungu yang gelap.

MV Agusta Superveloce 98  Edizione Limitata Edisi Terhad, Hanya 300 Unit Seluruh Dunia
Kredit Foto : Website MV Agusta

Superveloce 98 hampir serupa dengan Superveloce S. Enjin tiga silindernya mempunyai spinning crutches berlawanan arah jarum jam, DLC grooved cam dan beberapa bahagian dalaman titanium.

Ia menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso IV Corsa, dilengkapi dengan caliper brek hadapan Brembo Stylema, dan mempunyai paparan TFT dengan pelbagai bantuan elektronik bagi penunggang. Yang mengagumkan, berat keringnya hanya 173 kilo (381 paun).

Ads

Lebih menarik, kit perlumbaan yang boleh dipilih untuk MV Agusta Superveloce 98 juga turut tersedia merangkumi penutup tempat duduk penumpang (single seat cover), penutup motosikal, ECU perlumbaan dan sistem ekzos Arrow tiga saluran yang dicat hitam.

MV Agusta Superveloce 98  Edizione Limitata Edisi Terhad, Hanya 300 Unit Seluruh Dunia
Kredit Foto : Website MV Agusta

Walaupun MV Agusta belum mengumumkan harga untuk Superveloce 98, ia dijangka akan seiring dengan harga di Itali untuk Superveloce dan Superveloce S, bermula dari EUR23,100 (RM115,304) dan EUR27,900 (RM139,263).

Ads

MV Agusta hanya merancang untuk menghasilkan 300 unit, setiap satu mempunyai no siri tersendiri dan kebanyakan daripadanya telah mendapat tempat di garaj para peminat MV Agusta yang fanatik.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI