Mercedes-Benz Vans mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan model Elektrik Van (VAN.EA) pada tahun 2026. Namun sementera itu mereka hadir memberikan imej baharu kepada van bersaiz sederhana untuk tahun 2024.
Model-model seperti V-Class, V-Class Marco Polo, Vito, e-Vito, dan EQV semuanya menerima kemas kini dari segi dalaman dan luaran untuk kekal kompetitif dalam segmen yang sentiasa memberikan saingan kepada pencabar.
Bercakap tentang rekaan luaran terutamanya pada panel grill hadapan, ia kini dilengkapi dengan LED contour yang bercahaya pada V-Class / V-Class Marco Polo dan EQV. Manakala model V-Class Exclusive yang mewah mendapat logo bintang tegak yang dipasang pada hood untuk pertama kalinya.
Lampu hadapan LED Multibeam kini datang sebagai standard atau pilihan, sementara lampu belakang LED telah diberikan kemas kini dengan contour yang lebih gelap. Model V-Class atau EQV kini dilengkapi dengan trim krom tulisan Mercedes-Benz. Perubahan luaran lain termasuk lima warna cat baharu dan beberapa roda aloi yang dioptimumkan untuk aerodinamik dalam saiz 17, 18, dan 19 inci.
Bagi rekaan dalaman pula, semua varian kini dilengkapi dengan sistem infotainment MBUX terbaharu. Vito / eVito kini mempunyai panel meter berwarna 5.5 inci dan skrin sentuh 10.25 inci, manakala V-Class / V-Class Marco Polo dan EQV mempamerkan sepasang paparan 12.3 inci.
Konsol tengah yang dikemas kini kini dengan panel pengecasan tanpa wayar sebagai pilihan, dan terdapat ciri-ciri baru seperti heater steering wheel, keyless start, pencahayaan dalaman 64 warna, dan lampu belakang yang dimalapkan untuk pemanduan waktu malam.
Daripada segi keselamatan dan fungsi, Mercedes kini memasang pintu gelongsor sebelah kiri sebagai standard untuk V-Class dan EQV. Sementara itu, brek parkir elektrik juga menjadi standard pada versi komersial yang dilengkapi dengan transmisi automatik.
Jenama mewah Jerman ini menggambarkan van yang dikemas kini sebagai langkah menjadi model elektrifikasi penuh. Mercedes-Benz Vans meramalkan EV akan menyumbang lebih daripada separuh daripada jumlah jualan pada akhir dekad ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.