Hadir dengan slogan ‘Change The Game’, Kawasaki memperkenalkan motosikal hibrid terbarunya, Kawasaki Ninja 7 Hybrid yang menggabungkan kejuruteraan tradisional dengan inovasi terkini.

Kawasaki Ninja 7 Hybrid mempunyai enjin selari 451cc empat lejang liquid coolant. Enjin ini boleh dipadankan dengan gear manual atau automatik, memberikan pemandu fleksibiliti untuk penunggang untuk memilih gaya pemanduan mereka.

Kawasaki Ninja 7 Hybrid Bawa Revolusi  Perubahan Besar Dunia Motosikal
Kredit Foto : Website motorcycle.com

Melengkapkan kehebatannya adalah motor traksi yang digabungkan dengan bateri dengan memperkenalkan ciri ‘e-boost’. Gabungan ini menyaksikan ia mendorong kuasa enjin dari 43.5 kw kepada kuasa bersih hibrid yang menakjubkan sebanyak 51.1kw.

Hadir dengan saiz sederhana, Kawasaki Ninja 7 Hybrid menjanjikan prestasi yang setaraf dengan kelas 650cc hingga 700cc. Pecutannya yang segera bahkan boleh mencabar model supersport kelas 1,000cc, terutamanya apabila menggunakan fungsi e-boost Kawasaki.

Kawasaki Ninja 7 Hybrid Bawa Revolusi  Perubahan Besar Dunia Motosikal
Kredit Foto : Website motorcycle.com

Kecekapan bahan api adalah setanding dengan kelas 250cc, menjadikannya motosikal yang ekonomi tetapi tidak mengorbankan kuasa kepada motosikal. Mempunyai tiga mod pemanduan yang berbeza iaitu SPORT-HYBRID, ECO-HYBRID, dan EV. Setiap mod disesuaikan untuk memberikan pengalaman memandu yang unik sesuai untuk pelbagai situasi.

Ads

Kawasaki telah mengintegrasikan beberapa ciri inovatif ke dalam Kawasaki Ninja 7 Hybrid supaya dapat mengoptimumkan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan C02. The Automatic Launch Position Finder (ALPF) adalah ciri tambahan yang patut diketengahkan.

Ciri ini secara automatik memilih gear pertama apabila berhenti. Selain itu, “mod berjalan” ke hadapan dan ke belakang memudahkan manuver kelajuan rendah dan tempat meletak kenderaan

Ads
Kawasaki Ninja 7 Hybrid Bawa Revolusi  Perubahan Besar Dunia Motosikal
Kredit Foto : Website motorcycle.com

Kawasaki Ninja 7 Hybrid menampilkan versi khas rangka jenis trellis yang sinonim dengan Kawasaki. Penempatan strategik enjin petrol, motor traksi maksimum 9kw, dan bateri lithium-ion 48V memastikan pengagihan berat yang optimal.

Dari segi estetika, motosikal ini dihiasi dengan reka bentuk HEV unik, menggabungkan matt lime green with silver and black bodywork, menetapkannya berbeza daripada yang lain.

Ads
Kawasaki Ninja 7 Hybrid Bawa Revolusi  Perubahan Besar Dunia Motosikal
Kredit Foto : Website motorcycle.com

Kawasaki Ninja 7 Hybrid bukan sekadar tambahan lain kepada barisan model Kawasaki malah ia adalah model perintis yang menetapkan piawai untuk motosikal HEV. Ia menggabungkan elemen terbaik model ICE dan EV, menjadikannya sesuai untuk kedua-dua perjalanan bandar dan perjalanan di luar bandar.

Peminat motosikal di UK boleh menantikan pelancarannya pada April 2024, dengan butiran harga akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh pelancaran.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI