Pada minggu ini, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) akan melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan khususnya yang melibatkan lori membawa muatan pasir.

Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancangan & Operasi, Aedy Fadli Ramli,  berkata operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan yang melibatkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lepas sehingga mengorbankan dua nyawa.

Jelasnya lagi arahan telah dikeluarkan  kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri untuk melaksanakan operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebih muatan yang melanggar undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kredit Foto: Majlis Keselamatan Negara

Operasi khas ini akan bakal diketuai oleh pengarah JPJ di setiap negeri dan juga Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasaan.

IKLAN

Langkah ini untuk memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi ini kepada pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan.

Perkara ini disampaikan oleh Aedy Fadli ketika sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar pada malam Jumaat lalu.

Kredit Foto: Majlis Keselamatan Negara

Nahas yang melibatkan sebuah treler pasir dan 14 buah kenderaan di Putrajaya pada pagi Rabu minggu lepas telah menyebabkan dua penunggang motosikal maut, sementara tujuh lagi mangsa cedera selepas treler tersebut merempuh kenderaan mereka termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

IKLAN

Tambah beliau, laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan berkaitan kemalangan itu dijangka akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.

Walaupun laporan Audit Keselamatan mempunyai perincian tentang insiden yang berlaku, namun, ia masih belum boleh didedahkan kerana siasatan mendalam mengenai kemalangan itu masih sedang dijalankan oleh JPJ.

IKLAN

“Kami baru sahaja terima laporan itu daripada Polis Diraja Malaysia dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan,” akhiri Aedy Fadli Ramli.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI