Syarikat pembuat kenderaan mewah ini mengintegrasikan Pakej M Competition ke dalam model BMW M 1000 RR terbaru bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan penampilan motor superbike yang diminati ramai.

Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia melancarkan Pakej M Competition bagi model BMW M 1000 RR, sebuah penambahbaikan yang memberikan sentuhan sporty dan meningkatkan prestasi motosikal ini. Motosikal ini juga turut memberikan pengalaman menunggang yang tiada tandingannya dengan rupa yang lebih menawan dan pasti mencuri tumpuan mata yang memerhati.

BMW M 1000 RR Pakej M Competition , Harga Bermula Daripada RM 289,500.00

Hans de Visser, Direktor BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami amat berbangga untuk memperkenalkan BMW M 1000 RR yang kini dilengkapi dengan Pakej M Competition, menaikkan standard prestasi dalam dunia motosikal dan menonjolkan inovasi serta keahlian daripada jenama ini.

“Dengan peningkatan elemen sporty dan eksklusiviti, Pakej M Competition direka khusus untuk peminat yang mencari sensasi pemanduan di trek perlumbaan, disertakan dengan penambahbaikan daripada segi ciri-ciri yang menarik dan estetika. Kami yakin BMW M 1000 RR yang diperbaharui ini akan terus memikat hati ramai  pemilik motosikal di Malaysia.”

BMW M 1000 RR Pakej M Competition , Harga Bermula Daripada RM 289,500.00

Ads

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2021, BMW M 1000 RR kini muncul dengan inovasi yang menggabungkan pengalaman pemanduan di trek perlumbaan ke jalan raya biasa. Dengan tambahan Pakej M Competition, BMW M 1000 RR terbaru menawarkan ciri-ciri aerodinamik canggih dan tambahan ciri-ciri berorientasi sport.

Motor ini dikuasakan oleh enjin empat silinder liquid coolent, dan melalui Pakej M Competition, ia dilengkapi dengan Pelindung Enjin M. Dengan teknologi canggih BMW ShiftCam, motor ini boleh mencapai kelajuan maksima sehingga 314km/j.

BMW M 1000 RR Pakej M Competition , Harga Bermula Daripada RM 289,500.00

Ads

BMW M 1000 RR yang diperbaharui juga menampilkan skrin TFT 6.5 inci, dan kini dilengkapi dengan ciri M GPS-Laptrigger sebagai ciri yang standard. Pemilik juga boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan dengan tambahan Passenger Package.

Pelbagai aksesori tambahan disediakan untuk BMW M 1000 RR terbaru, termasuk pelindung angin dalam tiga jenis dan kombinasi warna yang menarik. Selepas kejayaan besar dengan pelancaran BMW M 1000 RR 50 Years M tahun lalu, penghantaran model terbaru dengan Pakej M Competition dijangka bermula pada tahun 2024.

BMW M 1000 RR Pakej M Competition , Harga Bermula Daripada RM 289,500.00

Ads

Dengan pilihan pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW M 1000 RR terbaru dengan Pakej M Competition bermula daripada RM 3,518.00 sebulan. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di laman web BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan BMW M 1000 RR terbaru dengan Pakej M Competition adalah RM 289,500.00.

BMW M 1000 RR Pakej M Competition , Harga Bermula Daripada RM 289,500.00 Untuk maklumat lanjut mengenai BMW M 1000 RR terbaru dengan Pakej M Competition, sila lawati laman web rasmi BMW Motorrad atau hubungi pengedar sah BMW Motorrad.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI