Kebakaran kenderaan tidak berlaku dengan kerap, tetapi apabila berlaku ia merupakan situasi kecemasan berpotensi membawa maut.
Jadi apa perlu anda lakukan bila berdepan situasi ini?
Ketahui apa yang perlu dilakukan apabila anda mengalami kebakaran kenderaan.
PUNCA KEBAKARAN KENDERAAN:
1. Circuit breaker yang meletup berulang kali
2. Kebocoran minyak atau cecair lain di bawah kenderaan
3. Kawasan kabel yang retak atau kendur atau mempunyai logam terdedah
4. Kerosakan kepada sistem ekzos (bunyi sangat bising boleh meniadi petanda bahaya kebakaran)
5. Perubahan cepat dalam tahap bahan api, tahap minyak, atau suhu eniin
6. Suhu Enjin yang terlalu panas
7. Akibat perbuatan jenayah
8. Tidak membuat penyelenggaraan sepatutnya
Apa yang perlu dilakukan jika terjadi kebakaran kenderaan?
Jika tercium asap atau ada melihat api keluar dari kenderaan anda semasa memandu, wajib untuk anda mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mencegah kecederaan daripada terus terbakar dan menvelamatkan nyawa.
Penting untuk tetap tenang serta bertindak dengan cepat dan berikut adalah langkah-langkah jika anda sedang memandu dan kebakaran bermula:
1. Beri isyarat dan segera pindah ke tempat yang lebih selamat dalam jarak terdekat untuk berhenti, terutama berhenti di bahu jalan atau keluar daripada bahu jalan.
2. Hentikan kenderaan dan matikan enjin.
3. Keluarkan semua orang daripada kenderaan dan jangan benarkan sesiapa kembali untuk mengambil barang peribadi.
4. Dengan pantas jauhkan diri daripada kenderaan yang terbakar untuk mengelakkan daripada terkena api dan asap beracun sekurang-kurangnya 100 kaki.
5. Hubungi BOMBA dengan segera.
6. Beri amaran kepada kenderaan lain sekiranya kenderaan yang terbakar hampir atau masih dalam Kawasan jalanraya.
Perlu difahami bahawa kebakaran kenderaan bole berlaku di tempat-tempat selain daripada bahagian enjin. la juga boleh berlaku di bawah kenderaan, berhampiran tayar atau brek, di papan pemuka dan di dalam kenderaan.
Secara amnya, tidak disyorkan anda cuba memadamkan kebakaran sendiri. Membuka hud atau pintu kenderaan akan meningkatkan kadar oksigen dan boleh mempercepatkan lagi kebakaran.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.