Tahun ini kita dapat lihat perkembangan peminat sukan permotoran di Malaysia yang semakin hari semakin mendapat sambutan yang luar biasa, baik dari generasi lama atau baru. Dari sudut landskap automotif, ini merupakan suatu perkara yang sangat positif.
Ia menandakan rakyat Malaysia semakin menerima budaya sebegini. Terbaru, selepas pelbagai acara permotoran yang telah berlangsung seperti Art of Speed, Retro Havoc, Tokyo Auto Salon dan lain-lain.
Kini, giliran dari penganjur Malaysia Motor Expo mengadakan acara automotif yang bakal diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) pada 27 hingga 29 Oktober 2023.
Acara ini merupakan sebuah ‘tingkap’ kepada peminat kereta untuk mengetahui model-model terbaharu daripada pengeluar jenama kereta yang ternama seperti Mazda, Kia dan Peugeot yang dibawa masuk oleh Bermaz Auto Berhad.
Bakal berada disana juga adalah model Tesla yang telah dimodifikasi secara keseluruhan oleh Exotic Mods Sdn Bhd dan juga koleksi ratusan kereta ikonik yang telah diubah suai luar dari kotak.
Selain kereta yang telah dimodifikasi, pengunjung bakal ‘mencuci mata’ dengan kehadiran kereta-kereta eksotik dan mewah yang dibawakan khas oleh salah satu pengumpul kereta terkemuka di Malaysia, JPM Museo dan Utama Motors.
Antara perkara yang mengujakan adalah pengunjung berpeluang untuk memandu uji kenderaan elektrik dari jenama terkemuka seperti Tesla dan BYD di tapak pameran. Inilah peluang terbaik buat peminat jenama tersebut untuk menikmati teknologi yang ditawarkan pada model masing-masing.
Jualan tiket sudah mula beroperasi dan anda boleh membeli secara dalam talian di https://ticket.malaysiamotorexpo.com. Pengunjung juga boleh membeli tiket di tapak acara dengan harga RM30. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan ke bawah masuk percuma dengan syarat harus ditemani oleh orang dewasa.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.internationalautomodified.com atau www.malaysiamotorexpo.com
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.