Gumball 3000

Baru-baru ini, video yang menampilkan kereta mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Pagani, dan Bugatti dengan nombor pendaftaran asing menjadi bualan hangat di media sosial. 

Kereta-kereta ini adalah sebahagian daripada peserta rali antarabangsa Gumball 3000, yang bermula di Ho Chi Minh, Vietnam pada 14 September dan menuju ke Singapura.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah tindakan pemandu-pemandu supercar dan hypercar ini yang memandu secara berbahaya di jalan raya Malaysia. 

Dalam video-video yang tular, kelihatan kereta-kereta ini memecut laju, dan ada yang menggunakan lorong kecemasan sesuka hati. 

Perkara ini telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan netizen tempatan yang bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Video Tular Supercar Gumball 3000, Polis Bukit Aman Beri Amaran

PDRM – JSPT

Susulan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman tidak mengambil ringan situasi ini. 

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan, tampil memberikan amaran keras kepada semua pemandu, termasuk warga asing, untuk mematuhi undang-undang trafik Malaysia. 

Menurut beliau, pihak polis telah mengenal pasti beberapa kesalahan dalam video-video tersebut, termasuk pemanduan melulu dan penggunaan lorong kecemasan.

Beliau juga menjelaskan bahawa sehingga kini tiada laporan rasmi diterima oleh pihak polis. 

Namun, beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat atau bukti berkaitan untuk tampil membantu siasatan. Datuk Seri Mohd Yusri menegaskan, undang-undang trafik Malaysia tidak mengenal kewarganegaraan. Setiap pemandu, sama ada tempatan atau asing, harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang ingkar.

Video Tular Supercar Gumball 3000, Polis Bukit Aman Beri Amaran

25 Tahun Rali

Untuk makluman, Gumball 3000 adalah rali kereta mewah yang sudah menjangkau usia 25 tahun. Rali ini menarik lebih daripada 100 kereta eksotik yang dipandu oleh selebriti terkenal serta pempengaruh media sosial. 

Peserta rali ini terkenal dengan gaya hidup mewah dan sering kali mempamerkan kehebatan kereta-kereta mereka di jalan raya, kadang kala dengan cara yang boleh membahayakan.

Kesimpulannya, semua pemandu termasuk peserta rali antarabangsa ini harus sedar bahawa mereka tertakluk kepada undang-undang Malaysia. 

Sifat bertanggungjawab di jalan raya bukan sahaja menjamin keselamatan diri sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain. Bukit Aman telah jelas menyatakan, sebarang pelanggaran peraturan trafik akan diambil tindakan, tanpa mengira siapa yang melakukannya.

Dari BuzzKini

Baca Juga Pelekat Livery Baharu Motosikal BMW R1250RT Milik PDRM

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI