Walaupun nama ABT Sportsline lebih lazim didengari pada jenama Audi, namun ia bukanlah satu penghadang bagi jenama dari Itali ini untuk menggunakan kreativiti mereka ke atas model paling laris yang pernah dihasilkan mereka iaitu SUV Lamborghini Urus.
ABT Urus Scatento atau dalam bahasa Itali bermaksud liar, lengkap didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar, dengan hantaran kuasa yang mencecah 810 HP dan mampu naik sehingga 144 HP dengan teknologi Power R.
Untuk bahagian luaran, anda boleh jangkakan rupa bentuk yang ekstrim dan agresif yang boleh dikatakan ‘signature’ bagi mana-mana model Lamborghini. Kit aerodinamik standard ini memang menambah rupa ‘garang’ yang memang sedia ada wujud pada Urus.
Ads
Kredit Foto: ABT Sportsline.com
Selain rupa yang ‘garang’, kit aero itu mempunyai tujuan yang penting iaitu untuk memastikan SUV ini lebih stabil di atas jalan raya kerana dengan casis yang lebar dan tinggi, pengendalian model ini sudah pasti tidak sama dengan model hatchback atau sedan.
Antara kit aero yang ditambah adalah spoiler berbilah di bahagian hadapan, ‘skirt’ belakang yang telah diubah suai dan juga spoiler belakang yang lebih tajam. Seperti biasa, model prestasi seperti ini sudah tentu dihiasi dengan gentian karbon di bahagian luar dan dalam untuk mengurangkan berat kenderaan.
Ads
Setiap unit yang dihasilkan akan dipadankan dengan rim ABT High-Performance IRL 23 inci, dan juga turut didatangi dengan sistem ekzos empat tip titanium. Menurut Lamborghini, hanya 99 unit sahaja edisi Urus ABT Sportsline yang akan dihasilkan, dengan harga jualan tidak didedahkan.
Kredit Foto: ABT Sportsline.com
Sebagai bayangan, Lamborghini Urus model biasa mempunyai tanda harga bermula daripada RM1,000,000, jadi anda boleh bayangkan berapa harga Urus talaan ABT Sportsline ini. Untuk maklumat lanjut mengenai edisi khas ini anda boleh layari laman web mereka www.abt-sportsline.com/abt-limited-editions/abt-urus-scatenato.
Dunia motosikal bukan sekadar tentang kelajuan atau kepraktisan, malah turut melibatkan elemen eksklusiviti, rekaan unik serta penggunaan material premium. Dalam segmen tertentu, terdapat motosikal paling mahal di dunia yang dihasilkan bukan sahaja sebagai jentera tunggangan, tetapi juga sebagai karya seni dan simbol status.
Beberapa model motosikal di dunia mencatatkan harga yang sangat tinggi, mencecah jutaan ringgit, sama ada disebabkan teknologi, sejarah, atau jumlah pengeluaran yang sangat terhad. Fenomena ini menjadikan motosikal paling mahal di dunia sebagai buruan kolektor dan peminat automotif elit.
Motosikal ini antara yang paling terkenal dalam senarai motosikal paling mahal di dunia. Dihasilkan dalam jumlah sangat terhad, model ini menampilkan rekaan futuristik dengan struktur rangka yang unik dan terbuka.
Harga motosikal ini pernah mencecah lebih USD11 juta dalam satu lelongan, menjadikannya antara yang paling mahal pernah dijual. Faktor eksklusiviti serta reka bentuk yang tidak konvensional menjadi penyumbang utama kepada nilainya.
Ecosse ES1 Spirit dibangunkan dengan teknologi yang diinspirasikan daripada jentera Formula 1. Motosikal ini tidak menggunakan rangka konvensional, sebaliknya bergantung kepada struktur khas yang mengintegrasikan enjin sebagai sebahagian daripada casis.
Dengan harga sekitar USD3.6 juta, motosikal ini menawarkan prestasi luar biasa serta kejuruteraan yang kompleks. Ia juga hanya dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad, menjadikannya salah satu motosikal paling mahal di dunia yang jarang ditemui.
Sebagai motosikal pertama yang pernah dihasilkan secara komersial, model ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi. Ia dibina pada tahun 1894 dan kini menjadi salah satu koleksi paling berharga dalam dunia automotif.
Walaupun bukan motosikal moden, nilai klasik dan kepentingan sejarah menjadikan harganya boleh mencecah lebih USD3 juta dalam pasaran kolektor.
BMS Nehmesis merupakan motosikal custom yang menonjolkan elemen seni dalam pembinaannya. Dengan rekaan yang panjang dan aerodinamik, motosikal ini kelihatan seperti jentera dari masa depan.
Ia mengambil masa bertahun untuk disiapkan, dengan penggunaan material premium serta sentuhan tangan yang teliti. Nilainya dianggarkan sekitar USD3 juta, menjadikannya antara motosikal custom paling mahal pernah dibina.
Model ini merupakan Harley Davidson yang diubah suai dengan sentuhan seni lukisan tangan oleh artis terkenal. Setiap bahagian motosikal ini dihiasi dengan corak unik yang menjadikannya seperti karya seni bergerak.
Dengan harga sekitar USD1.5 juta, nilai motosikal ini bukan hanya terletak pada jenama, tetapi juga pada hasil seni yang menjadikannya satu satunya di dunia.
Walaupun lebih kepada konsep berbanding motosikal praktikal, Dodge Tomahawk tetap menjadi antara jentera paling mahal dan ekstrem pernah dihasilkan.
Dikuasakan enjin V10 yang diambil daripada Dodge Viper, motosikal ini mampu menghasilkan kuasa luar biasa. Dengan harga sekitar USD550000, ia menjadi simbol kejuruteraan ekstrem dalam dunia motosikal.
Apa yang menjadikan motosikal paling mahal di dunia mahal bukan hanya prestasi semata mata. Faktor seperti rekaan unik, jumlah pengeluaran terhad, sejarah serta penggunaan material premium memainkan peranan besar dalam menentukan nilainya.
Selain itu, elemen eksklusiviti menjadikan motosikal ini lebih bernilai kerana tidak semua orang mampu memilikinya. Dalam banyak kes, ia menjadi pelaburan jangka panjang yang nilainya boleh meningkat dari semasa ke semasa.
Senarai motosikal paling mahal di dunia menunjukkan bahawa industri dua roda juga mempunyai segmen eksklusif tersendiri. Dengan harga yang mencecah jutaan ringgit, motosikal ini bukan sahaja mencerminkan kejuruteraan tinggi, tetapi juga nilai seni dan sejarah.
Walaupun kebanyakan pengguna tidak akan memiliki motosikal seperti ini, ia tetap menjadi bukti bahawa dunia automotif sentiasa berkembang melangkaui fungsi asas kepada sesuatu yang lebih luar biasa dan mengagumkan.
Kalau ada satu perkara yang kami di Roda Panas tidak akan berkompromi apabila menunggang motosikal, jawapannya ialah memakai topi keledar walaupun dalam jarak yang dekat.
Ya, ramai yang berkata, “Rumah dekat saja”, “Sekejap je keluar beli barang” atau “Jalan kampung, tak bahaya.”
Tetapi hakikatnya, kemalangan tidak pernah memilih lokasi, jarak atau masa. Ia boleh berlaku hanya beberapa meter dari rumah, ketika menunggang motosikal secara perlahan mahupun ketika trafik lengang.
Sebagai media automotif, kami bukan pakar perubatan. Namun selepas bertahun-tahun dalam industri automotif, menghadiri pelbagai kempen keselamatan jalan raya, berbual dengan penunggang dan melihat sendiri pelbagai insiden di jalan raya, satu perkara yang kami belajar ialah topi keledar bukan sekadar memenuhi syarat undang-undang, tetapi ia mungkin mampu menyelamatkan nyawa anda.
Berikut ialah 10 kesan yang pada pandangan kami wajar difikirkan sekiranya seseorang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Berbeza dengan tangan atau kaki yang mungkin boleh dirawat jika cedera, kepala ialah pusat kawalan seluruh tubuh badan. Sebarang hentakan pada bahagian ini boleh membawa akibat yang jauh lebih besar.
Sebab itu topi keledar sentiasa dianggap sebagai peralatan keselamatan paling utama bagi setiap penunggang motosikal.
Ada kemalangan yang nampak tidak begitu teruk. Motosikal hanya tergelincir atau terjatuh pada kelajuan rendah.
Namun jika kepala terkena permukaan jalan tanpa perlindungan, kesannya mungkin lebih serius daripada apa yang disangka.
Ramai beranggapan kemalangan serius hanya berlaku di lebuh raya atau ketika menunggang laju.
Realitinya, banyak kemalangan berlaku ketika perjalanan harian seperti pergi kerja, ke kedai atau menghantar anak ke sekolah.
Jarak yang dekat bukan jaminan keselamatan.
Sekiranya kecederaan yang dialami serius, proses pemulihan boleh mengambil masa yang panjang.
Ada yang terpaksa berehat daripada bekerja, menangguhkan aktiviti harian dan bergantung kepada bantuan ahli keluarga.
Selain kos membaiki motosikal, mangsa mungkin perlu menanggung kos rawatan, ubat-ubatan, pemeriksaan susulan dan pelbagai perbelanjaan lain.
Kadangkala, nilai sebuah topi keledar yang berkualiti sebenarnya jauh lebih murah berbanding kos selepas kemalangan.
Setiap kali seseorang keluar menunggang motosikal, pasti ada insan yang menunggu kepulangannya.
Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukan sahaja mangsa yang menerima kesan, malah seluruh keluarga juga akan menanggung beban emosi dan kewangan.
Ramai yang hanya mula menghargai kepentingan peralatan keselamatan selepas melihat sendiri atau mengalami kemalangan.
Hakikatnya, keputusan untuk memakai topi keledar dibuat sebelum enjin motosikal dihidupkan, bukannya selepas kemalangan berlaku.
Sebagai pengguna jalan raya, tindakan kita sering diperhatikan orang lain.
Apabila seseorang menunggang tanpa topi keledar, ia secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah peralatan keselamatan itu tidak penting.
Selain faktor keselamatan, pemakaian topi keledar juga diwajibkan di Malaysia.
Peraturan ini bukan diwujudkan untuk menyusahkan penunggang, sebaliknya bagi meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya.
Kalau ditanya kepada mana-mana penunggang yang pernah terlibat dalam kemalangan, hampir semuanya akan memberikan jawapan yang sama.
“Saya tak sangka perkara itu akan berlaku.”
Kemalangan memang tidak boleh dijangka.
Namun memakai topi keledar ialah satu keputusan yang boleh dibuat setiap kali sebelum memulakan perjalanan.
Kami sentiasa teruja berkongsi tentang motosikal baharu, teknologi terkini, aksesori dan pengalaman menunggang. Namun dalam apa jua situasi, kami percaya keseronokan menunggang tidak sepatutnya mengatasi aspek keselamatan.
Tidak kira sama ada anda menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja, pulang ke kampung, melakukan penghantaran atau sekadar tunggangan hujung minggu, jadikan topi keledar sebagai perkara pertama yang dipakai sebelum memulas pendikit.
Nota: Artikel ini ditulis berdasarkan pandangan penulis serta sebagai perkongsian umum mengenai keselamatan jalan raya. Ia bukan nasihat perubatan atau undang-undang, sebaliknya bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memakai topi keledar setiap kali menunggang motosikal.
Enjin diesel banyak digunakan dalam industri jentera berat di dunia. Kapal kontena merupakan salah satu jentera dalam kategori ini dan merupakan kapal terbesar dan terberat di dunia.
Kapal-kapal besar ini, yang panjangnya mencecah 1,200 kaki, mampu membawa antara 10,000 hingga 16,000 kontena besi sepanjang 20 kaki dalam satu perjalanan.
Kuasa besar yang diperlukan untuk menggerakkan gergasi laut ini datang daripada enjin diesel yang sama besar. Di antara enjin-enjin ini, RT-flex96C adalah yang terbesar dan terkuat di dunia.
Direka oleh pengeluar Finland, Wärtsilä, RT-flex96C adalah enjin diesel dua lejang dengan turbo yang melambangkan kecemerlangan kejuruteraan.
Dengan ketinggian 13.5 meter dan panjang 26.59 meter, enjin ini hampir sebesar sebuah pangsapuri kecil.
Dengan berat lebih daripada 2,300 tan, versi 14-silinder RT-flex96C mampu menghasilkan kuasa yang menakjubkan sebanyak 107,389.05 kuasa kuda.
RT-flex96C pertama kali digunakan pada bulan September 2006 di atas kapal kontena Emma Mærsk, yang merupakan kapal kontena terbesar pada masa itu. Reka bentuknya adalah iterasi moden daripada enjin RTA96C yang lebih lama, menggabungkan teknologi rel sepunya yang revolusioner.
Peningkatan ini menghapuskan keperluan untuk aci sesondol tradisional, gear rantai, pam bahan api, dan penggerak hidraulik, yang membawa kepada prestasi yang lebih baik pada putaran per minit (rpm) yang lebih rendah, pengurangan penggunaan bahan api, dan pengurangan pelepasan yang ketara.
Salah satu aspek yang paling mengagumkan tentang enjin ini adalah kecekapan terma yang tinggi, yang melebihi 50%.
Ini bermakna lebih separuh daripada haba yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api ditukar kepada kuasa, berbanding dengan kecekapan terma 25-30% yang dicapai oleh kebanyakan enjin automotif dan pesawat kecil.
Walaupun pada tahap kecekapan tertinggi, RT-flex96C 14-silinder menggunakan 2498 liter minyak bahan api berat setiap jam.
Spesifikasi mengagumkan RT-flex96C ini mengukuhkan statusnya sebagai gergasi dalam dunia kejuruteraan, mampu memenuhi keperluan luar biasa pengangkutan maritim moden.
Gabungan saiz, kuasa, dan kecekapan ini mewakili kemuncak teknologi enjin diesel, menggerakkan beberapa kapal terbesar di dunia melintasi lautan global.
Cycle & Carriage Buka Pusat Kia 3S Pertama di Glenmarie
Cycle & Carriage (C&C) secara rasmi membuka pusat Kia 3S pertamanya di Malaysia menerusi pembukaan...