Ads

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Honda Civic Type R 2027 Dikemas Kini

Honda memperkenalkan versi kemas kini Civic Type R 2027 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada prestasi pemanduan, aerodinamik, keselesaan kabin serta teknologi.

Menariknya, kemas kini kali ini tidak melibatkan perubahan besar terhadap formula asas Type R. Sebaliknya, Honda memilih untuk memperhalusi beberapa bahagian penting bagi menjadikan model berprestasi tinggi itu lebih menarik.

Civic Type R 2027

Antara perubahan utama ialah rekaan bahagian hadapan yang lebih agresif, tetapan suspensi yang dipertingkatkan, sistem Rev Match lebih pantas serta brake respon yang lebih cepat. Pada masa sama, Honda turut menambah beberapa kelengkapan baharu termasuk kerusi hadapan dengan fungsi pemanas dan integrasi Google built-in.

Rekaan Hadapan Baharu Civic Type R 2027, Aliran Udara Lebih Baik

Bahagian hadapan Civic Type R 2027 menerima sedikit perubahan menerusi bukaan gril lebih besar dan front splitter yang lebih dalam.

Menurut Honda, perubahan tersebut bukan sekadar untuk memberikan penampilan lebih agresif, tetapi ia direka bagi meningkatkan aliran udara ke ruang enjin, manakala pengurangan turbulens membantu meningkatkan kecekapan penyejukan ketika kereta dipandu dalam agresif.

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Front splitter yang lebih besar pula membantu meningkatkan daya mendap (downforce) pada bahagian hadapan, sekali gus menyumbang kepada kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Honda turut memperkenalkan warna baharu Meteorite Gray Metallic, menyertai Boost Blue Pearl, Sonic Gray Pearl dan warna ikonik Championship White.

Suspensi +R Dipertingkatkan

Selain perubahan kosmetik, aspek pemanduan turut menerima perhatian.

Tetapan damping suspensi untuk mod +R telah dioptimumkan bagi meningkatkan keupayaan kereta mengikuti permukaan jalan, di samping mengurangkan lantunan badan kereta dan hentakan ketika melalui permukaan tidak rata.

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Honda turut memperhalusi sistem Rev Match, membolehkan enjin memberikan tindak balas lebih pantas ketika penurunan gear.

Rasa pedal brek juga dipertingkatkan menerusi penggunaan yoke spring pada pedal bagi mengurangkan pergerakan bebas pada mekanisme sambungan. Hasilnya, Honda mendakwa tindak balas pedal kini lebih terus dan konsisten.

Ads

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Kekal Dengan Enjin Turbo dan Transmisi Manual

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Civic Type R masih mengekalkan enjin turbo K20C yang menghasilkan 315 hp.

Lebih penting bagi peminat Type R, Honda masih mengekalkan transmisi manual sebagai satu-satunya pilihan.

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Honda menyifatkan Type R sebagai satu-satunya model dalam kelasnya di Amerika Syarikat yang ditawarkan secara eksklusif dengan transmisi manual, sekali gus mengekalkan karakter pemanduan analog yang menjadi identiti model tersebut.

Kerusi Hadapan Kini Ada Pemanas

Bahagian dalaman menerima lebih banyak perubahan berbanding sebelumnya.

Buat pertama kali, kerusi sport hadapan Civic Type R dilengkapi fungsi pemanas tiga tahap untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Balutan kerusi berwarna merah pula menerima corak perforasi baharu bersama jalur hitam. Material seperti suede berdaya geseran tinggi itu direka untuk membantu mengurangkan pergerakan badan ketika kereta melalui selekoh pada kelajuan tinggi.

Ads

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Honda turut menggunakan material Ultrasuede pada bahagian atas papan pemuka dan panel pintu hadapan.

Selain memberi rasa lebih premium, permukaan tersebut membantu mengurangkan pantulan cahaya pada cermin hadapan.

Beberapa bahagian lain turut menerima kemasan baharu termasuk tombol gear aluminium berwarna kelabu gelap, tombol pendingin hawa hitam, kemasan konsol lebih gelap serta panel papan pemuka bercorak berlian.

Google Gemini Kini Masuk Civic Type R

Dari sudut teknologi, Civic Type R 2027 kini menerima Google built-in sebagai kelengkapan standard.

Sistem berkenaan merangkumi Google Maps, Google Play dan Google Gemini, selain Alexa built-in.

Integrasi Gemini membolehkan pemandu berinteraksi dengan sistem menggunakan arahan suara secara lebih semula jadi dan berterusan tanpa perlu mengalihkan perhatian daripada jalan raya.

Honda turut menambah dua port USB-C pada konsol tengah bersama pengecas telefon tanpa wayar yang sudah ditawarkan sebelum ini.

Ads

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Honda Sensing Turut Dipertingkatkan

Pakej keselamatan Honda Sensing juga menerima penambahbaikan.

Collision Mitigation Braking System kini mempunyai keupayaan pengesanan lebih baik terhadap motosikal dan basikal, manakala Adaptive Cruise Control menerima tindak balas pembrekan dan pecutan yang dipertingkatkan.

Lane Keeping Assist System pula dikemas kini supaya lebih baik dalam menangani perubahan permukaan dan kecondongan jalan.

Civic Type R 2027 turut menerima Post-Collision Braking buat pertama kali, yang direka untuk membantu mengurangkan risiko pelanggaran susulan selepas kemalangan pertama berlaku.

Honda Civic Type R 2027 Tampil Lebih Agresif

Harga Bermula AS$48,695

Di Amerika Syarikat, Honda Civic Type R 2027 ditawarkan pada harga cadangan AS$48,695, tidak termasuk beberapa caj berkaitan.

Honda mengesahkan model kemas kini itu akan mula tiba di pusat jualan di Amerika Syarikat pada bulan ini.

Kemas kini ini hadir bersempena ulang tahun ke-30 Civic Type R di peringkat global, sejak model generasi pertama diperkenalkan di Jepun pada 1997.

Walaupun tiada perubahan besar pada enjin atau formula asasnya, penambahbaikan pada aspek aerodinamik, casis, kabin dan teknologi menjadikan Civic Type R 2027 lebih lengkap tanpa mengubah karakter utama sebuah hot hatch bertransmisi manual.

Baca Juga : Honda City Hatchback Baharu Dibuka Untuk Tempahan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Porsche Perkenal PCCM Plus Baharu Untuk 911!

Porsche Perkenal PCCM Plus Baharu Untuk 911, Boxster dan Cayman Generasi Lama Memiliki Porsche yang sudah berusia lebih sedekad tidak semestinya bermaksud perlu terus bergantung...