BMW Group dan Toyota Motor Corporation sekali lagi membuktikan mereka adalah pelopor dalam dunia automotif dengan melangkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV).
Kedua-dua gergasi automotif ini sedang bekerjasama rapat untuk membawa teknologi sel bahan api ke tahap yang seterusnya.
Memberi pelanggan pilihan enjin elektrik yang lebih mesra alam dengan pelepasan sifar di peringkat tempatan.
Kredit – Press BMW Group
Fasa Pertama Pelan
BMW merancang untuk melancarkan kenderaan FCEV pengeluaran siri pertama mereka pada tahun 2028. Kerjasama antara BMW dan Toyota dalam pembangunan sistem kuasa ini tidak hanya mempercepatkan inovasi. Tetapi juga memperkukuhkan matlamat bersama mereka dalam menggerakkan ekonomi hidrogen.
Melalui pendekatan ‘technology openness’, mereka akan menyediakan pelbagai pilihan enjin elektrik untuk masa depan. Termasuk kenderaan sel bahan api ini yang diharapkan menjadi permintaan besar dalam dekad akan datang.
Kredit – Press BMW Group
Oliver Zipse
Ketua Lembaga Pengurusan BMW AG, menyatakan bahawa ini adalah satu titik penting dalam sejarah automotif. “Dikuasakan oleh hidrogen dan didorong oleh semangat kerjasama, teknologi ini akan mengukuhkan bagaimana kemajuan teknologi sedang membentuk mobiliti masa depan,” katanya.
Ads
Koji Sato
Presiden Toyota pula menegaskan kerjasama ini mencerminkan kepercayaan mereka terhadap ‘pendekatan pelbagai laluan’ untuk mencapai neutral karbon.
Apa yang menarik tentang kerjasama ini adalah pembangunan teknologi powertrain yang akan digunakan oleh kedua-dua syarikat untuk model kenderaan penumpang.
Teknologi teras sel bahan api ini (generasi ketiga) akan digunakan dalam model individu BMW dan Toyota. Memberi pelanggan lebih banyak pilihan kenderaan FCEV. Dengan bergabung tenaga, kos pembangunan teknologi sel bahan api ini dapat dikurangkan, menjadikannya lebih mampu milik untuk pelanggan di seluruh dunia.
Kredit – Press BMW Group
BMW iX5 Hydrogen
Setelah berjaya menguji model BMW iX5 Hydrogen di seluruh dunia. BMW kini sedang bersiap sedia untuk pengeluaran siri pada tahun 2028. Kenderaan ini akan ditawarkan sebagai satu varian tambahan kepada model sedia ada BMW.
Ads
Melengkapkan pilihan pemanduan elektrik yang mereka tawarkan – bersama-sama kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), dan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Lebih daripada itu, kedua-dua syarikat juga berusaha untuk memperluas infrastruktur pengisian semula hidrogen. Ini penting dalam memastikan teknologi hidrogen dapat digunakan dengan lebih meluas. Bukan sahaja untuk kenderaan komersial, tetapi juga untuk kenderaan penumpang.
Mereka juga bekerjasama dengan syarikat yang terlibat dalam pengeluaran hidrogen rendah karbon dan infrastruktur pengedaran.
Manfaat teknologi hidrogen ini adalah sebagai pembawa tenaga masa depan yang menjanjikan dalam usaha global untuk mengurangkan karbon.
Ads
Hidrogen dapat berfungsi sebagai medium penyimpanan tenaga yang efektif untuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Membantu menyeimbangkan penawaran dan permintaan serta membolehkan integrasi tenaga yang lebih stabil ke dalam grid elektrik.
Pada minggu lalu, tirai Malaysian Motocross International Festival 2023 telah melabuhkan tirainya dengan kemuncaknya penganjuran di Medini Motocross Circuit, Johor Bharu.
Pusingan akhir kejuaraan ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh kategori utama, di mana 170 peserta bergabung untuk bersaing dalam acara ini.
Pelumba Malaysia, Mohamad Khairul Afif telah dinobatkan sebagai JUARA dalam kategori MX2 Open secara tidak langsung membuktikan prestasi luar biasa Mohamad Khairul Afif dalam arena motocross dalam bersaing dengan pelumba hebat dari luar negara apabila beliau berlumba bersama peserta tempatan dan luar negara dari Singapura dan Indonesia.
Walaupun cuaca pada sebelah petang agak mencabar, namun mereka tetap memberikan aksi terbaik dan menyajikan satu corak perlumbaan yang penuh ketegangan dan kejutan kepada peminat motocross yang hadir.
Sokongan daripada peminat dan penyokong setia amat diperlukan untuk memastikan kesinambungan kejayaan daripada Malaysian Motocross International Festival disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara negara luar seperti Indonesia & Singapura.
Diharapkan penganjuran seperti ini akan diteruskan untuk mencari pelapis baharu dalam sukan permotoran lasak yang bertaraf antarabangsa ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Honda telah secara rasmi memperkenalkan kemaskini motosikal CB125 untuk tahun 2024. Model yang dikemas kini ini tidak hanya tertumpu kepada penampilan baharu tetapi juga mempunyai ciri-ciri teknologi yang canggih, termasuk paparan TFT baharu bagi memastikan penunggang menikmati gabungan prestasi dan gaya.
Honda CB125R menggunakan enjin 124.9cc silinder tunggal DOHC, kini mematuhi standard pelepasan Euro5+ yang lebih ketat. Enjin ini, mampu menghasilkan 14.8 kuasa kuda pada 10,000rpm dan tork 11.7 nm pada 8,000rpm yang direka untuk menawarkan gabungan kecekapan dan kuasa yang lancar.
Kredit Foto : Website Motorcyclenews
Walaupun mempunyai “top speed” yang sederhana 105 km/j, motosikal ini menjanjikan perjalanan yang selesa, mampu mengekalkan kelajuan dengan aliran trafik bandar, walaupun mungkin agak kurang ketika meluncur di lebuh raya. Pengenalan kotak gear enam-kelajuan menegaskan komitmen Honda untuk menyampaikan pengalaman menunggang yang dinamik dan responsif.
Kredit Foto : Website Motorcyclenews
CB125R mempunyai sistem ABS semasa MEM yang dikawal oleh IMU, mengekalkan tumpuan Honda terhadap keselamatan penunggang tanpa mengorbankan kelincahan motosikal tersebut. Penambahbaikan teknologi yang ketara adalah pengenalan paparan TFT berwarna 5-inci, inspirasi daripada model CB1000R. Paparan papan pemuka baru ini, bersama dengan switchgear yang diperbaharui dan pencahayaan LED penuh, meningkatkan pengalaman menunggang dengan sentuhan moden dan mewah.
Kredit Foto : Website Motorcyclenews
Sistem suspensi dan brek masih kekal mantap, model ini mengekalkan “fork” terbalik Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) 41mm dan kaliper empat-piston yang ditempatkan secara radial dengan cakera hadapan 296mm.
Dari segi gaya, CB125R mengekalkan reka bentuk saudara-saudaranya yang lebih besar iaitu CB300R, CB650R, dan CB1000R yang mempamerkan sikap minimalis tetapi agresif. Penyegaran model terkini memperkenalkan grafik CB125R yang lebih ketara dan mendedahkan empat pilihan warna yang mengujakan iaitu biru, hitam, merah, dan putih.
Kredit Foto : Website Motorcyclenews
Dengan harga permulaan £4699 (RM 22261.51), CB125R Honda yang baru menonjol sebagai pilihan yang menarik untuk penunggang yang mencari gabungan prestasi, teknologi, dan gaya. Motosikal ini tidak hanya mematuhi standard alam sekitar terkini tetapi juga meningkatkan pengalaman menunggang dengan ciri-ciri yang dikemaskini, menjadikannya pesaing yang mencerminkan pasaran motosikal bandar yang kompetitif.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Gaya dan keadaan memandu juga mempengaruhi tempoh penggantian minyak enjin. Sekiranya anda sering memandu dalam keadaan yang berat seperti:
Kesesakan Lalulintas: Memandu perlahan dan sering berhenti akan membuatkan enjin bekerja lebih keras.
Cuaca Ekstrem: Suhu yang terlalu tinggi atau rendah boleh mempercepatkan degradasi minyak enjin.
Perjalanan Jarak Pendek: Memandu jarak pendek tanpa memberi masa kepada enjin untuk mencapai suhu operasi optimum boleh menyebabkan pengumpulan karbon dan kelembapan dalam enjin.
Dalam keadaan ini, anda mungkin perlu menukar minyak enjin lebih kerap daripada yang disarankan oleh pengeluar.
Kredit Foto : Website pgfilters
4. Tanda-Tanda Anda Perlu Tukar Minyak Enjin
Selain daripada merujuk kepada jadual penyelenggaraan, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan minyak enjin perlu ditukar segera:
Warna Minyak Hitam Gelap dan Pekat: Minyak hitam yang berwarna hitam pekat menunjukkan ia sudah tepu dengan kotoran dan bahan buangan enjin.
Bunyi Enjin Kasar: Enjin yang mengeluarkan bunyi kasar atau tidak biasa mungkin menandakan minyak hitam sudah tidak berfungsi dengan baik.
Lampu Amaran Minyak: Jika lampu amaran minyak pada papan pemuka menyala, segera periksa dan tukar minyak hitam jika perlu.
5. Pelaburan Kecil Untuk Jangka Masa Panjang
Menukar minyak enjin secara berkala adalah satu pelaburan kecil untuk memastikan enjin kereta anda berfungsi dengan baik dan tahan lama.
Dengan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan penggantian minyak enjin, anda boleh merancang penyelenggaraan kenderaan dengan lebih baik dan mengelakkan masalah enjin yang serius.
Sentiasa rujuk kepada manual pengguna dan ambil kira keadaan memandu anda untuk menentukan bila waktu yang terbaik untuk menukar minyak hitam kereta anda.
Penyelenggaraan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos pembaikan di masa hadapan tetapi juga memastikan keselamatan anda dan penumpang sepanjang perjalanan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Realiti atau Sekadar Gimik?
Bayangkan sebuah kereta lumba Le Mans meluncur di jalan raya biasa dengan nombor pendaftaran yang sah. Kedengaran mustahil, bukan?Tapi itulah yang...