Voxan kembali menjadi tumpuan dunia apabila motosikal elektrik mereka berjaya memecahkan empat rekod kelajuan di Salt Flats, Bonneville, Utah.
Projek yang merupakan hasil kerjasama antara pengeluar Perancis, Voxan, dan pelumba Louis-Marie Blondel.
Rekod ini memperlihatkan keupayaan motosikal elektrik yang semakin mencabar dominasi motosikal konvensional.
Kelajuan Luar Biasa Tanpa dan Dengan Fairing
Rekod kelajuan tersebut dicatatkan dalam dua kategori iaitu motosikal dengan fairing dan tanpa fairing melalui permulaan ‘flying start’ untuk jarak satu kilometer dan satu batu.
Blondel berjaya membawa motosikal tanpa fairing ke kelajuan 168.712mph bagi jarak satu kilometer.
Ads
Dengan pemasangan fairing, kelajuan maksimum meningkat kepada 180.065mph, menjadikan ia rekod tertinggi daripada empat pencapaian.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Rekod Kelajuan untuk Jarak Satu Batu
Selain itu, untuk jarak satu batu, motosikal berkuasa 107bhp ini, yang menggunakan teknologi Lithium-ion dan motor axial flux magnet kekal, berjaya mencapai 168.593mph tanpa fairing, dan 180.035mph dengan fairing.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan motosikal elektrik untuk beroperasi pada kelajuan tinggi, sama ada dalam konfigurasi aerodinamik atau terbuka.
Ads
Ulang Tahun Ke-15 Kerjasama Voxan dan Venturi
“Empat rekod dunia baharu ini adalah hadiah hebat sempena ulang tahun ke-15 kerjasama kami,” ujar Gildo Pastor, Presiden Kumpulan Venturi yang memiliki Voxan.
Ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi kedua-dua pihak dalam perjalanan mereka membangunkan motosikal elektrik berprestasi tinggi.
Sejarah Rekod Kelajuan Voxan Bersama Max Biaggi
Kerjasama antara Voxan dan Universiti Ohio State pertama kali mendapat perhatian global pada tahun 2021 apabila Max Biaggi, juara dunia sebanyak enam kali, memecahkan beberapa rekod kelajuan motosikal elektrik menggunakan model Wattman dari Voxan.
Ads
Biaggi, dengan kehebatannya, mencatatkan purata kelajuan dua hala melebihi 283mph dan dalam satu sesi, beliau memecut sehingga 292.2mph.
RW-5: Generasi Terbaru dengan Prestasi Lebih Hebat
Kini, motosikal Voxan RW-5, hasil pembangunan daripada Wattman yang digunakan Biaggi, terus membuktikan bahawa masa depan motosikal prestasi tinggi semakin cerah dengan teknologi elektrik.
Voxan bukan sekadar membuktikan kemampuan, tetapi turut menetapkan penanda aras baharu untuk motosikal elektrik di masa akan datang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Nissan Note merupakan sebuah model hatchback yang telah mencuri perhatian sejak pertama kali membuat kemuncukan pada tahun 2020. Meneruskan keunggulan dalam pasaran dengan keluaran terkini, Nissan menggabungkan reka bentuk segar, teknologi canggih, dan keupayaan e-Power yang mengagumkan.
Terkenal dengan hanya menawarkan trenkuasa e-Power, generasi ketiga Nissan Note membanggakan penampilan baharu selepas menjalani facelift di pasaran Jepun. Perubahan signifikan pada bahagian luaran memperkenalkan rekaan bahasa V-motion yang lebih matang dan kemasan jeriji yang mengagumkan, menambah daya tarikan kepada peminat hatchback ini.
Dalam usaha untuk mencorak keunikan, Nissan Note 2024 turut memperkenalkan rim 16 inci dengan rekaan geometri tradisional Jepun. Ini memberikan sentuhan eksklusiviti kepada keseluruhan imej kenderaan. Dengan pilihan daripada 14 warna luaran termasuk dua warna dua tona yang menarik perhatian, ia memberikan pelbagai pilihan kepada bakal pembeli.
Kredit Foto: Nissan/Careta
Perubahan dalaman juga tidak kurang menariknya. Walaupun susun atur papan pemuka kekal hampir sama, pelbagai sentuhan dapat memperbaharui pengalaman pemanduan. Rekaan ‘Motif Mizuhiki’ yang dipaparkan pada panel instrumen memberikan sentuhan klasik, manakala corak jalur menegak pada tempat duduk fabrik menambahkan sentuhan elegan dalam kabin.
Keupayaan e-Power menjadi tarikan utama. Dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris HR12DE yang digabungkan dengan motor elektrik, model ini menawarkan pilihan pacuan roda hadapan (FWD) atau pacuan empat roda (AWD). Dalam versi FWD, Note mampu mengeluarkan 114 hp dan 280 Nm tork, sementara varian AWD mendapat sokongan motor elektrik belakang dengan daya 67 hp dan tork 100 Nm.
Di pasaran Jepun, Nissan Note 2024 ditawarkan dengan harga yang kompetitif, bermula dari 2,299,000 yen (sekitar RM73,480) untuk varian X 2WD, dan 2,586,000 yen (sekitar RM82,653) untuk varian X FOUR 4WD.
Nissan Note 2024 terus mempertahankan reputasinya sebagai pilihan terunggul dalam segmen hatchback, dengan ciri-ciri terkini, rekaan menarik, dan keupayaan e-Power yang menonjol. Ia tidak hanya menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan tetapi juga membuktikan kecekapan yang mengagumkan dalam teknologi hibrid.
1 of 13
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bagi para pengikut automotif dan peminat kereta laju, pasti tidak asing lagi dengan figura yang popular dari rancangan YouTube, Supercar Blondie. Alex Hirschi, hos di sebalik jenama Supercar Blondie, kini bakal mengorak langkah lebih jauh dengan pelancaran SBX Cars, sebuah platform lelongan dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis kereta eksotik dan unik.
Alex Hirschi berkata, “Kami menerima banyak permintaan dari orang yang ingin menjual kereta unik mereka, dan ada juga yang mencari kereta yang spesifik.” Sebelum pelancaran, SBX Cars telah mengesahkan lebih daripada AS$100 juta dalam konsainan.
Menurut Alex, SBX Cars akan beroperasi terutamanya dari Los Angeles dan Dubai, dengan pasukan yang berada di London. “Kami ingin membina platform yang benar-benar memberikan rasa premium kepada pengguna. Kami tidak mahu kereta mewah dijual bersama kereta biasa dengan harga rendah,” katanya.
Kredit: South China Post
SBX Cars bukanlah satu-satunya platform lelongan kereta dalam talian. Youtuber terkenal Doug DeMuro juga telah melancarkan Cars & Bids di Amerika Syarikat pada tahun 2020. Di Eropah, Collecting Cars, yang diasaskan oleh Edward Lovett pada 2019, melaporkan penjualan melebihi £130 juta pada tahun lalu.
Trend ini juga diteruskan oleh rumah lelong terkenal seperti RM Sotheby’s, Barrett-Jackson, dan Gooding & Co yang kini mengadakan jualan dalam talian. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia kereta mewah, Supercar Blondie bersedia untuk menempuh cabaran dalam pasaran lelongan dalam talian yang semakin pesat ini, menurut Lance Butler, Pengasas Stratas Auctions.
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) kini sedang giat mengadakan kerjasama dengan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi membenarkan pesawat domestik mereka beroperasi di luar negara.
Penerbangan sulung C919, pesawat penumpang buatan China, dilakukan pada bulan Mei tahun lalu, namun pengiktirafan hanya diterima daripada Pengawal Selia China.
China sedang menjurus untuk mempromosikan pensijilan pesawat C919 di Eropah tahun ini, sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi bersaing dengan ‘gergasi’ dalam industri penerbangan seperti Boeing dan Airbus. Pesawat C919 ini dikeluarkan oleh Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) dan direka untuk menandingi pesawat-pesawat seperti Boeing 737 dan Airbus A320.
Foto Ihsan: South China Morning Post
CAAC telah menjalin perjanjian dua hala tentang keselamatan penerbangan dengan EASA dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat untuk membolehkan produk aeroangkasa buatan China dieksport ke AS dan Kesatuan Eropah.
Zhou Xinmin, Pengurus Besar Comac, dengan jelas menyatakan keperluan meningkatkan pensijilan kelayakan udara pesawat China agar dapat terbang ke luar negara.
Pada tahun ini, CAAC mengutamakan semakan ke atas enjin CJ-1000, di mana ia dibangunkan untuk C919, dan AG600, pesawat amfibia terbesar di dunia. Tumpuan mereka adalah menyelesaikan masalah teknikal, proses pengeluaran, dan sistem operasi utama bagi mengurangkan risiko dalam pembangunan industri ini dalam jangka masa panjang.
Pembuatan penerbangan awam di China telah dianggap sebagai industri strategik yang mendapat sokongan dan galakan besar dari kerajaan, kerana memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini menunjukkan komitmen kuat untuk memajukan dan memperluaskan bidang ini ke skala global.
PROTON telah memperkenalkan PROTON X50 terbaharu kepada pihak media Malaysia sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun 2025. Dengan lebih 134,000 unit...