Kementerian Pengangkutan kini sedang mengatur butiran terakhir bagi kadar cukai jalan dan lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan dijangka akan diumumkan bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menyatakan bahawa antara butiran yang dipertimbangkan adalah untuk menjadikan kenderaan elektrik lebih menarik dan lebih murah berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalam (ICE).
“Cabaran yang kita hadapi dalam proses penentuan cukai sekarang adalah bagaimana hendak membandingkan kapasiti (CC) kereta ICE dengan EV. Saat ini, pengguna EV tidak perlu membayar cukai, tetapi pembeli EV bimbang akan ditambahkan cukai yang mungkin lebih tinggi daripada kereta ICE.
Kredit: Smart Car
“Komitmen kerajaan adalah untuk mengurangkan cukai yang berkaitan supaya pembeli EV dapat menikmati kadar cukai jalan yang munasabah. Oleh itu, kami berharap butiran cukai jalan EV akan diumumkan sebelum akhir April ini supaya kadar cukai jalan (EV) yang dikenakan masih munasabah,” katanya.
Ads
Dalam ucapannya, Loke menyatakan bahawa perkongsian teknologi dan pengetahuan antara China dan Malaysia melalui kerjasama seperti ini dapat memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan dan memupuk inovasi dalam industri automotif, meningkatkan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelaburan oleh pelabur global berkualiti tinggi.
Kredit: Hyundai
“Langkah ini menekankan kepentingan Malaysia sebagai destinasi utama bagi pembangunan antarabangsa dan menonjolkan daya tarikan negara sebagai pasaran pilihan untuk usaha niaga automotif.
Ads
“Seiring dengan matlamat kita untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih sifar menjelang 2050, kita menggalakkan WTCA dan GAC Motor International untuk memperkenalkan lebih banyak produk ke Malaysia, terutamanya EV, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pengangkutan lestari serta mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.
KTM baru sahaja mendedahkan motosikal perlumbaan RC 8C edisi terhad yang dibina khas untuk perlumbaan di litar. Walaupun tiada perubahan besar jika dibandingkan dengan model tahun 2023, tetapi mereka mendakwa unit ini mempunyai prestasi yang sama hebat dengan Moto2. Sangat mengagumkan!
Terhad hanya 100 unit RC 8C 2024 yang dibina secara manual ditawarkan, iaitu separuh pengeluaranya daripada tahun sebelumnya. Namun berapa harga yang ditawarkan oleh KTM sekiranya ingin memiliki motosikal ini? Harga yang ditawarkan adalah $41,499 (RM 195,000) dan anda perlu mempuat pesanan dalam talian apabila pra-pesanan dibuka pada 20 Mac 2024 nanti.
RC 8C 2024 telah dibina dengan kerjasama Krämer Motorcycles, sama seperti model sebelumnya. Seperti jangkaan, motosikal ini dilengkapi dengan semua kelengkapan litar seperti tangki yang boleh dilepaskan dengan cepat dan panel badan, sportrim Dymag yang ringan, dan tayar Pirelli race slicks.
Hadir dengan bahagian meter AIM MXS 1.2 RACE dan perakam data dengan fungsi GPS yang terbina di dalamnya untuk memastikan anda mempunyai “lap time” yang terbaik, dan anda boleh melihat semua maklumat yang berkaitan pada skrin TFT 5 inci. Individu yang bakal memiliki salah satu jentera litar ini boleh menggunakan AIM RaceStudio untuk melihat metrik prestasi dan berusaha untuk mengurangkan “lap time” mereka.
RC 8C dikuasakan oleh enjin “parallel-twin” 889 cc yang sama seperti yang digunakan oleh KTM dalam model 2023, namun talaan enjin untuk model ini telah ditingkatkan.Hasil maklumat daripada website KTM, motosikal ini menghasilkan 135 kuasa kuda dan 98 nm tork. Tidak diragukan lagi bahawa motosikal ini bakal menjadi salah satu motosikal yang paling menarik di litar, ditambah pula dengan sistem ekzos perlumbaan daripada Akrapovič.
Rangka enjin ditempatkan di dalam bingkai tiub keluli 25CerMo4, yang digandingkan dengan kelengkapan badan Carbon Kevlar, terinspirasi oleh KTM RC16. Berat kering untuk motosikal ini hanya 142 kilogram.
Motosikal ini menggunakan sistem suspensi WP APEX PRO fork 43 mm di bahagian hadapan, manakala monoshock WP APEX PRO 7746 dengan “remote preload adjuster” menawarkan “rebound settings” dan “tunable high and low-speed compression” di bahagian belakang.
Sistem brek utama menggunakan radial Brembo 19RCS CORSA CORTA yang diinspirasikan oleh MotoGP. Di bahagian hadapan, kaliper Brembo Stylema dengan “floating disc” 290 mm, manakala sebuah kaliper dua piston Brembo berfungsi dengan cakera 230 mm di bahagian belakang.
Dengan slogan rasmi KTM “Ready To Race” penghasilan model motosikal ini sangat bersesuaian dengan slogan mereka dan mungkin jenama motosikal lain juga boleh menjual unit-unit untuk perlumbaan yang sudah pasti menjadi pilihan pecinta kelajuan di luar sana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) bakal kembali untuk edisi ke-11 yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Bertemakan “Beyond Mobility”, acara ini akan menjadi pentas utama untuk menampilkan arah tuju masa depan mobiliti Malaysia daripada elektrifikasi dan tenaga alternatif hingga kepada penyelesaian pintar dan digitalisasi automotif.
Dengan sasaran lebih 300,000 pengunjung dan penggunaan lapan dewan pameran, KLIMS 2026 dijangka menjadi edisi paling besar dalam sejarah penganjurannya. Ia bukan sekadar pameran kenderaan, tetapi acara yang menghubungkan industri, pengguna dan pembuat dasar ke arah transformasi mobiliti negara yang lebih mampan.
Malaysia kini berada di landasan kukuh menuju era mobiliti rendah karbon dan berteknologi tinggi. Di bawah strategi nasional yang digariskan melalui Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) serta inisiatif elektrifikasi kerajaan, pelbagai sektor sedang digerakkan untuk memperkukuh ekosistem kenderaan tenaga baharu (NEV), infrastruktur pintar dan pelaburan bernilai tinggi.
KLIMS 2026 dilihat sebagai pemangkin utama dalam menyatukan pihak industri bagi membentuk hala tuju bersama termasuk syarikat pengeluar kenderaan (OEM), pembekal komponen, institusi penyelidikan, dan pemain teknologi mobiliti. Pameran ini akan menonjolkan kemajuan dalam kesalinghubungan, automasi, keselamatan, dan reka bentuk lestari sebagai asas kepada masa depan mobiliti Malaysia.
KLIMS 2026 dianjurkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dengan kerjasama Qube Integrated Malaysia, serta disokong oleh Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Presiden MAA, Encik Mohd Shamsor bin Mohd Zain, berkata penganjuran kali ini akan melangkaui kejayaan KLIMS 2024 yang mencatat lebih 183,000 pengunjung dan penyertaan 70 jenama automotif dan mobiliti.
“Untuk KLIMS 2026, kami mahu membawa pengalaman baharu yang lebih besar dan lebih mendalam. Ia bukan sekadar mempamerkan kenderaan baharu, tetapi memperkenalkan teknologi dan inovasi yang mampu mengubah cara kita bergerak dan berfikir tentang masa depan mobiliti,” ujarnya.
Sementara itu, Encik Richard Teo, Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia, menjelaskan bahawa edisi 2026 bakal menjadi pameran paling interaktif pernah diadakan.
“Kami bukan sekadar menyediakan ruang pameran, tetapi pengalaman menyeluruh dengan demonstrasi teknologi secara langsung, sesi jaringan industri dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung. Dengan lapan dewan pameran dan tempoh 10 hari, ini bakal menjadi KLIMS terbesar dan paling berimpak dalam sejarah,” katanya.
KLIMS 2026 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, antaranya perlumbaan e-sukan, sesi pandu uji berhalangan, pameran model ‘diecast’, persembahan langsung dan perhimpunan kelab kereta. Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah edisi khas dan menikmati pelbagai hidangan daripada trak makanan di lokasi pameran.
Bagi meningkatkan keterlibatan awam, kemasukan adalah percuma pada hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum). Selain itu, KLIMS Run 2026 turut akan dianjurkan di bawah tema Beyond Mobility, sebagai simbol keseimbangan antara gaya hidup aktif dan mobiliti moden.
KLIMS 2026 turut disenaraikan sebagai acara rasmi di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026), dengan sokongan Tourism Malaysia, Automotive Federation Malaysia (AFM), MASAAM, dan MACPMA. Ini sekaligus menegaskan kedudukannya sebagai pameran automotif dan mobiliti paling berprestij di rantau ini menonjolkan Malaysia sebagai hab inovasi yang progresif dan mesra pelabur.
Antara jenama yang telah mengesahkan penyertaan termasuk AION, Audi, BMW, BYD, DENZA, GAC, GWM, Honda, Hyundai, Jetour, Kia, Mazda, MG Motor, Nissan, Perodua, Proton, Proton e.MAS, smart, Toyota, Volkswagen, XPENG dan Zeekr, dengan lebih banyak nama besar akan diumumkan menjelang pameran.
Boon Siew Honda telah mengumumkan berita menggembirakan untuk peminat motosikal moped di pasaran Malaysia dengan pengenalan warna baharu bagi model terlaris mereka, Honda RS-X 2024. Warna-warna yang dipaparkan merangkumi Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red, dan Force Silver Metallic/Blue.
Menurut Boon Siew Honda, varian Mat Charcoal Grey Metallic/Gold akan tersedia lebih awal, dijangka dapat diperoleh di semua pengedar sah pada 4 Januari 2024 dengan harga permulaan serendah RM9,848.
Warna-warna lain, seperti Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red, dan Force Silver Metallic/Blue, dijangka akan tersedia pada 18 Januari 2024, dengan harga jualan bermula dari RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Meskipun pelbagai pilihan warna baharu, spesifikasi asas Honda RS-X tetap tidak berubah. Ia masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas sebanyak 13.6 Nm @ 7,000 rpm. Beberapa perincian seperti unit pencahayaan LED penuh, skrin paparan digital yang intuitif, dan sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal turut dikekalkan.
Honda RS-X terus menjadi pilihan popular di kalangan peminat motosikal, dan kini dengan pelbagai pilihan warna baharu, ia menawarkan lebih banyak lagi pilihan untuk menyesuaikan corak personaliti pengguna.
Kemunculan warna-warna menarik ini dijangka memberi corak baru kepada landskap motosikal di pasaran, sambil mengekalkan kecekapan dan daya tarikan yang telah dikenali ramai. Para peminat motosikal di seluruh negara dijangka tidak sabar untuk melihat kehadiran warna-warna yang segar ini di jalan raya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Had laju di jalan raya sering berbeza bergantung kepada kawasan yang dilalui oleh pemandu. Apabila memandu di jalan raya, pemandu pasti akan melihat papan...