Suzuki dikatakan bakal menggegarkan pameran Japan Mobility Show 2023 dengan memperkenalkan model Wagon R yang cukup sensasi.

Apa yang membuatkan ia sangat istimewa? Kenderaan ini dikatakan direka dengan menggunakan bahan api gas biometana yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kelestarian alam Suzuki.

Berbeza dengan model terdahulu, varian Wagon R ini bukan versi biasa yang boleh dilihat di atas jalan raya di Jepun. Rekaannya lebih panjang dan dibina menggunakan pelantar HEARTECT A. Perbezaan ini membawakan satu pengalaman yang lebih ketara kepada pemandu.

Elemen penting yang kita tidak boleh terlupa adalah penggunaan bahan api jenis gas biometana (CBG) dalam projek ini. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan India untuk mencipta sumber tenaga yang mesra alam. Suzuki dikatakan telah mula membangunkan Wagon R CBG ini sejak tahun 2022.

Suzuki Wagon R, Kendaraan Hijau dengan Biometana di Jepun
Kredit Foto: Careta.my

Pada Disember tahun itu, mereka memperkenalkan prototaip Wagon R yang boleh berfungsi dengan campuran ethanol-petrol. Ini adalah bukti jelas bahawa Suzuki komited kepada teknologi yang mesra alam.

Pengerusi Maruti Suzuki, R.C. Bhargava turut menekankan kepentingan teknologi hibrid, CBG, dan CNG dalam mengurangkan impak alam sekitar. Jadi dengan Wagon R CBG, kita sedang menyaksikan perubahan menuju masa depan yang lebih hijau.

Jika pembaca masih terpinga-pinga tentang teknologi ini, mari kita fahami apa itu CBG. Ia adalah bahan api yang diperoleh daripada penguraian bahan organik seperti sisa pertanian, tahi lembu, dan sisa kumbahan. Ini sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan api dari sumber petroleum.

Suzuki Wagon R, Kendaraan Hijau dengan Biometana di Jepun
Kredit Foto: Careta.my

Tambahan lagi, kerajaan India sangat komited untuk melabur sebanyak USD24 bilion (RM114.852 Bilion) bagi menghasilkan 15 juta tan biogas termampat daripada 5,000 loji. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan alam sekitar, malah ia juga mengurangkan kebergantungan terhadap import CNG.

Jadi, dengan Suzuki Wagon R yang dikuasai oleh CBG, kita sedang menyaksikan pendekatan yang lebih hijau dalam industri automotif. Ia adalah satu langkah positif ke arah masa depan yang lebih bersih dan lestari.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI