Royal Enfield, jenama terkemuka dalam segmen motosikal bersaiz sederhana (250cc-750cc) terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia. Ini selepas pelancaran model terbaru Guerrilla 450 dan versi baharu Classic 350.
Dua model ini direka khas untuk memenuhi keperluan penunggang yang mahukan gaya unik, prestasi hebat, dan pengalaman menunggang yang mengujakan.
Guerrilla 450 – Roadster Moden dengan Jiwa Klasik
Royal Enfield Guerrilla 450 merupakan sebuah roadster premium yang dibina untuk memberi pengalaman tunggangan yang tulen dan penuh keseronokan. Ia direka dengan ketelitian tinggi untuk memberikan keseimbangan antara kuasa, kawalan, dan kelincahan yang luar biasa.
Sama ada untuk perjalanan harian di dalam kota, menakluk jalan berliku pada hujung minggu, atau menjelajah perjalanan jauh. Guerrilla 450 menjanjikan kepuasan setiap kali berada di jalan raya.
Dikuasakan oleh enjin Sherpa 452cc satu silinder dengan penyejukan cecair. Guerrilla 450 mampu menghasilkan kuasa maksimum 40 PS pada 8,000 rpm dan tork puncak 40 Nm pada 5,500 rpm.
Dengan lebih 85% tork tersedia seawal 3,000 rpm, motosikal ini menjanjikan pecutan yang lancar dan responsif. Kotak gear 6-kelajuan dengan klac ‘assist & slip’ pula memastikan tunggangan lebih selesa dan selamat, terutama pada kelajuan tinggi.
Ads
Dari segi reka bentuk, Guerrilla 450 menampilkan elemen minimalis yang mengutamakan fungsi. Ia dilengkapi tangki bahan api 11 liter, tempat duduk ‘stepped bench-seat’, lampu utama LED, lampu isyarat LED, serta ekzos upswept yang menonjolkan gaya sporty.
Suspensi depan teleskopik 43mm dan monoshock jenis linkage di bahagian belakang meningkatkan kestabilan serta keselesaan. Manakala rim 17 inci dengan tayar tubeless memastikan cengkaman maksimum di pelbagai permukaan jalan.
Sistem elektronik canggih seperti ‘Engine Management System’ (EMS) dan teknologi ‘ride-by-wire’ membolehkan penunggang menukar mod tunggangan antara ‘Performance Mode’ dan ‘Eco Mode’ mengikut keperluan. Varian tertinggi turut dilengkapi panel meter Tripper Dash dengan paparan 4 inci yang menyokong navigasi Google Maps, kawalan muzik, ramalan cuaca, dan banyak lagi.
Di Malaysia, Guerrilla 450 diperkenalkan dalam varian Flash dengan dua pilihan warna menarik: Yellow Ribbon dan Brava Blue, masing-masing pada harga RM28,700.
Ads
Classic 350 – Ikon Elegan dengan Sentuhan Moden
Bagi peminat motosikal klasik, Royal Enfield turut memperkenalkan versi terkini Classic 350 dengan pilihan warna baharu. Model ini mengekalkan reka bentuk retro yang menjadi identiti Royal Enfield, sambil menerima beberapa naik taraf moden seperti lampu utama LED, paparan gear pada meter, serta port USB jenis C untuk pengecasan peranti.
Classic 350 versi baharu diperkenalkan dalam lima pilihan warna menarik: Medallion Bronze, Commando Sand, Gun Grey, Stealth Black, dan Emerald. Dengan enjin 349cc yang menghasilkan 20.2 bhp dan 27 Nm tork, motosikal ini sesuai untuk perjalanan harian serta penjelajahan santai. Harga bermula dari RM23,700, menjadikannya pilihan berbaloi bagi mereka yang mencari motosikal dengan gabungan gaya klasik dan teknologi moden.
Aksesori & Pakaian Eksklusif
Untuk melengkapkan pengalaman pemilik Guerrilla 450, Royal Enfield turut menawarkan aksesori asli (Genuine Motorcycle Accessories). Ini termasuk pelindung enjin, tempat duduk urban, cermin sisi hitam, serta beg sisi yang praktikal untuk pengembaraan dalam bandar. Koleksi pakaian khas termasuk jaket Crossroader dengan pelindung titanium, kemeja-T, topi, dan pelbagai aksesori lain yang direka untuk peminat gaya urban moto-culture.
Ads
Dengan pelancaran Guerrilla 450 dan versi baharu Classic 350, Royal Enfield terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia sebagai jenama motosikal yang menawarkan kombinasi terbaik antara warisan klasik dan inovasi moden. Sama ada anda mencari roadster yang agresif atau cruiser yang elegan, dua model ini pasti memenuhi keinginan para peminat motosikal tempatan.
Volkswagen telah menggegar pasaran dengan pengemaskinian terkini pada model Golf GTI menerusi facelift 2024. Ini bukan sekadar pembaharuan kosmetik, tetapi juga pembaharuan pada bahagian mekanikal hatchback yang dinamakan ‘hot hatch’ ini.
Enjin Lebih Berkuasa
Golf GTI 2024 tetap setia dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo EA888, tetapi kini dengan kuasa yang lebih mengagumkan. Dengan standard 261 hp, ini menandakan peningkatan sebanyak 20 hp yang memacu roda hadapan.
Selamat Tinggal Manual, Selamat Datang DSG
Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, varian manual bagi Volkswagen Golf GTI kini menjadi kenangan. Kini, ia hadir dengan versi automatik DSG tujuh nisbah kelajuan yang eksklusif.
Rekaan Luaran yang Lebih Sporti
Perubahan pada rupa luaran hot hatch ini begitu ketara. Rekaan semula lampu utama dan lampu belakang yang menampilkan grafik baharu memberikan nafas segar. Inspirasi dari rekaan rim Golf terdahulu juga dapat dilihat pada rekaan rim yang baru.
Kredit Foto: Volkswagen
Trim Karbon Pertama Kali
Sebagai yang pertama dalam sejarah, Volkswagen menawarkan varian GTI dengan trim gentian karbon asli dalam kabin. Kini, GTI turut dilengkapi dengan skrin info hibur baharu yang dipertingkatkan, berserta butang kawalan fizikal pada roda stereng. Antara lain, susun atur menu pada skrin juga telah disederhanakan untuk kemudahan pengguna.
Pilihan Warna yang Luas
Golf GTI kini dapat dipersonalisasi dengan pilihan 15 warna luaran empat warna lebih banyak daripada model terdahulu dan juga pilihan bumbung hitam untuk menambah keunikan.
Dengan perubahan ini, Golf GTI 2024 facelift membuktikan bahawa ia bukan sekadar kenderaan, tetapi sebuah karya seni yang menggabungkan prestasi dan gaya dengan penuh kehebatan.
GWM Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan yang dinanti-nantikan, iaitu varian Performance GWM ORA 07. Ia menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang mesra alam.
Varian Performance ini menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi luar biasa, melebihi jangkaan untuk sebuah coupe elektrik. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.3 saat.
GWM Malaysia teruja untuk memaklumkan bahawa batch pertama varian Performance GWM ORA 07 telah tiba di Pelabuhan Klang. Anggaran masa penghantaran ke bilik pameran GWM di seluruh Malaysia adalah pada akhir Jun 2024.
Ini memastikan pelanggan kami dapat menikmati reka bentuknya yang mewah dan elegan serta ciri-ciri pintar yang lebih menakjubkan dalam jangka masa yang singkat.
Ora 07 Performance Di Pelabuhan
Tentang Great Wall Motor (GWM)
Great Wall Motor adalah sebuah syarikat teknologi pintar global yang berdedikasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang pintar dan mesra alam kepada pengguna globalnya.
Operasi perniagaan syarikat ini merangkumi reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan automotif dan alat ganti.
Selain itu, susun atur keseluruhan rantaian industri dalam bidang tenaga bersih seperti tenaga hidrogen dan tenaga suria.
Dengan fokus utama pada pembangunan teknologi masa depan seperti membina rangkaian sambungan pintar, pemanduan pintar, cip, dan aplikasi.
Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk berpusatkan pengguna. Pelancaran produk pintar tahap baru telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai senario. Dalam pada itu ia turut membantu dengan pembangunan kenderaan tenaga baru di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
– Encik Ray Chan | ray.chan@gwm.com.my | 012-239 6068
– Cik Koay Lay Di | laydi@boldinspiration.com | 012-433 3545
Wap pada cermin kereta bukan sahaja mengganggu pandangan, tetapi juga boleh membahayakan keselamatan ketika pemanduan.
Di sini kami kongsikan beberapa cara efektif untuk menghilangkan wap pada cermin kereta setiap pagi.
1. Gunakan Pendingin Hawa (Air Conditioner)
Salah satu cara paling cepat dan mudah untuk menghilangkan wap pada cermin adalah dengan menggunakan pendingin hawa kereta.
Setkan penghawa dingin kepada mod defrost atau hembusan ke arah cermin depan.
Udara sejuk dari penghawa dingin akan membantu mengeringkan wap yang terperangkap pada cermin.
2. Buka Sedikit Tingkap Kereta
Sekiranya anda tidak ingin menggunakan penghawa dingin, buka sedikit tingkap kereta untuk membenarkan udara luar masuk.
Ini akan membantu menyeimbangkan suhu dalam dan luar kereta, sekali gus mengurangkan pembentukan wap pada cermin.
3. Lap Cermin dengan Kain Mikrofiber
Simpan kain mikrofiber di dalam kereta anda untuk mengelap cermin apabila diperlukan.
Kain mikrofiber lebih efektif berbanding tisu atau kain biasa kerana ia mampu menyerap kelembapan dengan lebih baik tanpa meninggalkan kesan kotoran pada cermin.
4. Gunakan Cecair Anti-Kabus
Terdapat banyak cecair anti-kabus di pasaran yang boleh membantu mengurangkan pembentukan wap pada cermin kereta.
Hanya sembur dan lap cermin dengan cecair ini sebelum memulakan perjalanan anda. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan wap, tetapi juga mencegah wap daripada terbentuk semula.
5. Pastikan Kabin Kereta Kering
Kelembapan yang tinggi dalam kabin kereta boleh menyebabkan cermin berwap dengan lebih cepat.
Pastikan karpet dan tempat duduk kereta anda sentiasa kering. Jika perlu, gunakan penyahlembapan kecil untuk mengurangkan kelembapan dalam kereta.
6. Periksa Sistem Pengudaraan Kereta
Kadang-kadang, masalah cermin berwap mungkin berpunca daripada sistem pengudaraan kereta yang kurang berfungsi dengan baik.
Pastikan penapis udara dalam kereta anda sentiasa bersih dan bebas daripada halangan.
Ini akan memastikan udara dalam kereta beredar dengan baik dan mengurangkan kemungkinan cermin berwap.
Pada waktu pagi, ketika enjin kereta masih sejuk, wap cenderung untuk terbentuk lebih cepat.
Panaskan enjin kereta selama beberapa minit sebelum memulakan perjalanan. Ini akan membantu menstabilkan suhu dalam kereta dan mengurangkan pembentukan wap.
Kesimpulan
Cermin kereta yang berwap adalah masalah biasa, tetapi dengan beberapa langkah pencegahan yang mudah, anda boleh menghilangkan wap tersebut dengan cepat dan berkesan.
Pastikan anda sentiasa bersedia dengan alatan dan produk yang diperlukan agar perjalanan anda lebih selamat dan selesa setiap pagi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sime Motors Raikan 45 Tahun Kecemerlangan Automotif Dengan Malam Simfoni di Dewan Filharmonik PETRONAS
Sime Motors meraikan ulang tahun ke-45 penubuhannya dengan sebuah majlis gala...